Jumaat, 28 November 2008

Katil kakak dah siap

Pukul 10.00 pagi aku tergedik2 mengarahkan maid aku mengemas biliknya dan bilik maklang. Coz aku nak ambik katil dari bilik maklang letak kat bilik maid aku. Sebab anak aku yang sulung, si kakak nak tido bilik maid aku. Alasan kenapa anak aku tak tido ngan maklangnya ialah, maklang every morning bangun pagi2 sebab nak pi keje. Dia aakan bukak lampu sebab nak bersiap pepagi. Poor my daughter la sebabnya nanti tidonya terganggu. Then bila tidonya terganggu maka mood dia pun hampeh. LAst2 mood aku jugak terganggu then aku gak yang stress. Sebab bila kakak bad mood dia akan kacau adik. Adik la koala bear maka akan merengget kat aku. MAk oi.. panjangnya alasan.
Meh tengok katil kakak...
Aku letak banyak bantal kt tepi dinding, takut dia asyik mengadap dinding yang sejuk. Kakak pun layanka aje mama dia. Adik pun sebok nak duduk kat katil kakak.
Ok test tido lak. Untuk pengetahuan korang macamana anak aku akan tido ngan maid? Anak aku tido kat atas, (yg diorang tgh landing tu) dan maid aku akan tido kat bawah (yang nampak tilam warna kelabu tu). Katil maid aku ni drawer kat bawah katil anak aku. Layankan aje... Aku siap sound anak aku lagi.
Mama : Lepas ni kakak dah tak boleh tido ngan mama dan papa.
Kakak : Kenapa?
Mama : Sebab mama dah belikan kakak tilam untuk tido kat bilik kak Ila.
Kakak : Kakak suka tilam baru ni. Kakak tak nak tido bilik mama lagi.
Mama : (alamak, aku ingat dia nak cakap kakak tido kadang2 aje boleh mama? tapi lain lak ayat yang keluar. Padan muka mama)
Tapi mama berbangga sebab kakak adalah anak mama yang suka berdikari dengan sendirinya. Dulu masa kecik dia jugak dengan sendirinya taknak pakai pampers. Masa tu umo 1thn 8bulan. Sekarang umo 4 tahun 9bulan kakak sudah tido asing ngan mama papa. SYABAS!!! Adik dah 2 tahun 2 bulan masih takde tanda2 nak tanggalkan pampers. Masa mama cuti ni try tak pakai pampers tapi dia leh request nak pakai pampers. Adoi...

Tiada ulasan: