Isnin, 10 November 2008

Ear piercing

Anak aku yang sulung kan pompuan umo 4 tahun. Dari bulan 8 lagi dia request nak bersubang.
Nana: Mama, Auni kan pakai subang. Kakak nak pakai subang gak.
Raya lepas aku pun gediks2 pakai semua barang kemas aku. Dia nampak aku pakai subang siap nak pakai lagi. Tapi mana ada lubang lagi masa tu. Aku siap sebok2 carikkan clip earing lagi untuk dia. Tapi aku tak jumpa yag cute2 untuk budak punya. Maka raya lepas dia hanya tengok aku pakai. Semalam di Selayang Mall aku lalu di Wah Chan terus singgah. Tanya pasal ear piercing. RM15. Maka aku dengan jayanya menindik telinga anak aku. Dia tahan gak sakit. Walaupun yang kedua kali (sebelah kiri) dia rasa gayat skit sebab dah rasa sakit tindik sebelah kanan. Cantik!! Anak mama dah tindik... Sukee.... Maknya yang over... hehehehehe...

Tiada ulasan: