Jumaat, 28 November 2008

Aku memang cepat terasa

Sekarang kakak dah tak nak tido ngan mama dan papa. Mama sedih sangat sebab sekarang katil tak penuh. Mama paksa dia tido ngan mama tapi dia protes balik. Dia lebih suka tido ngan maid kat bilik sebelah. Aku dok la sayu hati sebab tak dapat peluk dia malam. Kalo tak mesti berebut suruh mama peluk. Terutamanya bila papa takde. Kalo ada papa boleh gak sorang papa peluk then sorang lagi mama peluk.

Tapi hubby aku cakap lak "Bagus la dia sendiri taknak tido ngan kita. Kita tak payah paksa dia tido asing. She willing. Kan ke bagus". Bila aku pikir balik betul gak cakap hubby but kesian ngan anak aku tu kena tido atas toto sebab tilam tak dan nak beli lagi. Mama bz ke hulu ke hilir bayar hutang. Papa lak study. Mama cadang nak pi beli hari ni la..

Sekarang ni hanya adik aje yang tinggal kat sebelah mama. Kalo dulu Papa, Kakak, Mama, Adik... Sekarang ni tinggal Papa, Mama dan Adik aje... Tapi takpe ini menunjukkan anak mama dah boleh berdikari.. Kakak BAGUS!!!!

Tiada ulasan: