Isnin, 30 Ogos 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. MERDEKA!!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Gulai Nangka bersama Ikan Masin

Gulai Nangka Bersama Ikan Masin
Bahan-bahan
2 ulas bawang merah kecil (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai daun kari
Tulang Ikan Masin (5 keping)
1 paket sebuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
Nangka 6 keping dipotong kecil
Asam jawa
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa (jika dah masin x perlu bubuh)
Cara:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
- Larutkan serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk selepas bahan tumis naik bau.
- Kacau supaya kari tidak berkerak, kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan sedikit air dan asam jawa ke dalam kari. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan nangka dan ikan masin. Masukkan juga sedikit santan. Kacau supaya jangan naik minyak. Masak dengan api sederhana
- Selepas mendidih masukkan semua santan dan kacau sehingga mendidih lagi.
- Rasa garam, jika kurang tambah sedikit. Tapi biasanya x perlu sebab ikan masin telah cukup masin.

Selasa, 24 Ogos 2010

Umai

Umai
Isi ikan tenggiri (2 keping)
(tapi zaidah xde iakn tenggiri tukar ngan ikan kembung)
Bahan ditumbuk
1 bawang merah
1 bawang putih
3 biji cili padi
1 batang serai
dimayang
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji limau nipis
3 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Isi ikan dicincang halus. Dibasuh dengan 1/2 biji perahan limau kasturi. Perap selama 1/2 jam kemudian basuh.
- Campurkan semua bahan yang ditumbuk dan dimayang ke dalam mangkuk. Masukkan juga isi ikan yang telah dicuci.
- Perahan jus limau nipis dan kasturi, gula dan garam dicampur juga ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perap semua bahan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- Siap dihidang.
Selamat Mencuba!

Ayam Bakar Istimewa PV10





Ayam Bakar Istimewa PV10
Ayam (10 ketul)
Bahan Perap
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar sos tiram
1 subu besar kicap manis
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan, kemudian masukkan ayam yang ditos kedalam bahan perap. Perap selama 1jam (lagi lama lagi sedap).
- Bakar atas api sederhana sehingga masak
Selamat mencuba!

Selasa, 10 Ogos 2010

Anak-anakku Hari ini (Tahun 3)



Hari ni budak tahun 3 kena belajar melukis dan mewarna semua benda yang aku dah ajo... Perkataan KVKVKK.... kena lukis bawang, benang, burung, butang, cacing, dayung, dulang dan gasing... Semua benda yang aku ajar dan eja untuk hari ni... kena lukis besar2 dan warna... hehehehe... seronok gak tengok diorang melukis dan mewarna....