Selasa, 24 Ogos 2010

Umai

Umai
Isi ikan tenggiri (2 keping)
(tapi zaidah xde iakn tenggiri tukar ngan ikan kembung)
Bahan ditumbuk
1 bawang merah
1 bawang putih
3 biji cili padi
1 batang serai
dimayang
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji limau nipis
3 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Isi ikan dicincang halus. Dibasuh dengan 1/2 biji perahan limau kasturi. Perap selama 1/2 jam kemudian basuh.
- Campurkan semua bahan yang ditumbuk dan dimayang ke dalam mangkuk. Masukkan juga isi ikan yang telah dicuci.
- Perahan jus limau nipis dan kasturi, gula dan garam dicampur juga ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perap semua bahan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- Siap dihidang.
Selamat Mencuba!

Tiada ulasan: