Hubby akan pergi ekspedisi Ke Gua Tempurung pada 15 Nov 2008. Masa tu aku pulak ada jamuan High Tea. Waaa... waaa.... sapa nak hantar aku... Maka selepas ke IJN aku ngan hubby straight ke Pertama Kompleks. Hubby aku terus melilau mencari kasut outdoor yang sesuai. Aku layankan aje. Selepas puas melilau sana sini. Akhirnya hubby aku berkenan kat kasut ni. Aku menganguk aje sebab yang nak pakai dia. Aku kalo dia kata cantik maka secara automatik jadik cantik gak. Harganya pun dalam kemampuan kami.
Bila dah bayar sekali hubby aku kata ketat la pulak. Masa test tu guna kasut display ok. Tapi bila ambik stok baru hubby aku kata ketat. Mana taknya, kasut display dah berapa orang test tu yang dah besar skit. Tapi bila yang stok baru baru la tahu saiz yang sebenar. Tanya saiz 8, tokei kedai tu terus cakap out of stock. Alamak.... Carik la model lain. Nasib baik ada tapi kena topup skit sebab harganya mahal skit dari yang tadi.
Aku suka warna dan model yang ni sebab macam warna kasut aku gak. Dari td aku dok usha tapi hubby tak pegang pun. Tapi bila tokei tu suggest then hubby pun setuju maka aku dengan lajunya menganggukkan kepala.
Cantik kan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan