Sedihnya... Aku sekarang ni lengkap gelaran anak yatim piatu... Abah dah lama takde. 18hb November 2008 (birthday mak aku jugak) aku kehilangan perempuan yang paling aku sayang. Mak aku telah kembali tepat pukul 10.40pg mengadap Ilahi semasa genap usianya 78tahun. Masa tu aku dalam kete dalam perjalanan balik ke kg. Sedihnya. Aku tak sempat jumpa mak aku. Aku sampai dia dah takde. Hanya jasad aje yang menunggu aku. Aku tak sempat mohon ampun. Last aku jumpa mak masa raya. Aku ada meeting hari Isnin dan Selasa sebab GB aku nak pi Haji jadi meeting kita orang diawalkan. Lepas tu, Aku kan baru lagi keje, takde gaji, duit kena budjet. Jadik dah lama aku tak balik kg. Katanya aku dapat gaji bulan November ni. Aku dah rancang nak balik kg dengan gaji pertama aku. Nak belikan mak kain batik yang cantik2. Sebab mak aku memang suka kalo dapat kain batik yang baru. Lagi2 warna merah. Tapi last2 tak kesampaian. Sedih gile.
Aku dah takde mak untuk bermanja. Aku dah takde mak untuk peluk cium aku. Aku dah takde mak yang akan panggi aku "anak". Aku sebak bila melihat jasadnya untuk kali terakhir dimandikan. Aku tak tinggalkan mak walaupun sudah ada khiarat yang menguruskanya. Aku turut bersama2 mandikan mak. Itu jasa aku kepada mak untuk kali terakhir. Masa mengapan mak juga aku duduk berdekatan mak. Paling terharu masa semua orang di panggil untuk menatap wajah mak kali terakhir. Aku cepat2 carik anak2 aku dan juga hubby yang bz membaca tahlil. Aku mengucup dahi mak untuk kali terakhir. Bau mak sangat wangi. Aku suruh anak aku yang sulung cium dahi atoknya. Lepas cium dia bisik kat aku wanginya bau atok. Aku rasa macam nak luruh jantung aku masa diorang tutup muka mak. Aku tak tahan, hanya menangis aje. Sampai ke kubur aku mengikut. Aku sayang mak!!!
OKlah, aku dah tak larat nak sambung. Habis keyboard aku basah dek air mata. Lain kali aku sambung... Doakan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang Iman. Al-Fatihah, Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan