Ini lah gambar ibuku yang tersayang... Dia adalah mak yang aku kenal sejak kecik lagi. Aku ni anak angkat. Mak pak kandung aku tak nak bela aku atas sebab masalah keluarga dan kewangan. Maka diorang serahkan aku kat arwah mak aku sejak berusia 5 hari. Maka aku membesar atas didikan arwah mak aku ni. Aku dijaga dan diasuh dengan penuh kasih sayang oleh arwah mak dan along aku. Aku ingat lagi masa tu darjah satu, 1987. Biasanya along aku yang hantar dan ambik aku dari sekolah. Tapi ada satu masa along aku pi rombongan ke Cameron Highland. Maka arwah mak akulah yang menghantar dan menjemput aku, jalan kaki lagi. Kita orang susah masa tu. Bayangkan arwah mak aku yang berumur 57tahun jalan kaki semata-mata nak hantar dan jemput aku ke sekolah. Jalan kaki selama setengah jam sehala. Maksudnya arwah mak aku jalan 2 jam sehari selama 3 hari sebab nak pastikan aku ke sekolah. Aku sampai sekarang ingat macamana rasa penatnya berjalan kaki ke sekolah. Aku yang budak ni tenaga masih kuat tapi arwah mak aku dah lebih separuh abad tetap gagah. Aku sayang sangat arwah mak aku.... Tanpa arwah dan along aku tak mungkin akan berada ditempat sekarang. Ini kerana, adik beradik aku semuanya tak kemana. Yang seorang tu pun bukan pak aku yang jaga tapi mak tua yang jaga. Alhamdulilah sebab aku dijaga oleh arwah mak dan along. Terima kasih mak.... Terima kasih Along. Eda sayang mak dan along...
Arwah masa kenduri pindah rumah baru
Raya kat rumah Kak izan
Gambar arwah mak dengan kakak
1 ulasan:
salam ziarah...harap tabahkan hati ya..insyaAllah,doakan kebahagiaan beliau di sana..moga beliau ditempatkan bersama orang-orang yg soleh
Catat Ulasan