Aku rindu giler kat hubby. Semalam dia tak balik, tido kat Genting Highland. Nak study, kalo kat rumah dia tak boleh study. Anak2 kacau, aku pun kacau dia gak. Wakakakaa... Disebabkan aku tengah 'feeling blues today'. Aku nak sambung cite aku ngan hubby.
Selepas 2 minggu kitaorang calling tanpa bersua. Maka dengan bangganya hubby aku ajak keluar dating, hari Sabtu 13.03.1999. Sampai sekarang aku ingat lagi tarikh ni. Kira macam tarikh keramat bagi aku la. aku pun tunggu kat Shell depan maktab. Pukul 7.30 pagi lagi aku dah terpacak kat situ. Gabra seh. Aku kalo gabra lain skit pesennya. Hanya hubby aku tau macamana kalo aku gabra. Aku tunggu tak lama, dalam 2 minit aje. Hubby aku datang ngan moto TZM. Aku masa tu tak tahu dia pakai moto ape? Layankan aje naik moto tu.
Jalan2 pusing2 Penang Island. Korang rasa berapa lama aku dating ngan dia? Jangan terkejuz... 8 jam kitaorang pusing2 ngan moto. Satu island kitaorang pusing. Dari Gelugor ke Batu Feringgi ke Air Hitam ke Balik Pulau ke Bayan Baru dan balik semula ke Gelugor. Lengkap satu pulau kitaorang redah. Penatnya tuhan aje yang tahu. Aku balik2 dari dating terus telentang atas lantai sebab pinggang aku sakit sangat. Naik moto sampai 8 jam. PENAT!! Sampai sekarang aku masih lagi dapat rasakan kesakitan pinggang aku itu.
Lepas lepak2 kat bilik sekejab. Aku keluar balik ngan hubby sebab nak makan malam lak. Ko bayangkan. Betapa gilernya kita orang masa tu. Tapi belah malam dia bawak moto dia sendiri. Moto yamaha biasa aje. Lega skit aku sebab sakit pinggang aku naik moto TZM tu. Makan kat mana aku lupa. BSN Gelugor ke atau kat Pantai Seagate. Tah??? Lupa.
Sejak dari tarikh itu, maka aku dengan rasminya kureng la nak makan kat cafe maktab. Aku dah ada driver yang sanggup ke bulan untuk bawak aku makan. Seharunnya aku sentiasa mengada-ngada nak makan yang best2 lagipun dia belanja aku. Wakakakaka....
HAsil dari perbelanjaan melampau hubby aku terhadap hal makan minum aku, berat aku naik mendadak sehinggakan bila balik kampung semua tegur aku dah berisi. Hahahahaha... dia memang pandai jaga aku masa berchenta dulu2. Sekarang dia pandai gak jaga aku tapi berat badan aku hanya 45kg. Payah betul nak naik. Ni berat aku pagi tadi timbang kat bilik si Aisyah. Ringannya aku. Sapa yang bersalah????
Ok tu aje kali ni. Sambungan lain kali... tengok mood aku. Wakakakaka....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan