Jumaat, 28 November 2008

Katil kakak dah siap

Pukul 10.00 pagi aku tergedik2 mengarahkan maid aku mengemas biliknya dan bilik maklang. Coz aku nak ambik katil dari bilik maklang letak kat bilik maid aku. Sebab anak aku yang sulung, si kakak nak tido bilik maid aku. Alasan kenapa anak aku tak tido ngan maklangnya ialah, maklang every morning bangun pagi2 sebab nak pi keje. Dia aakan bukak lampu sebab nak bersiap pepagi. Poor my daughter la sebabnya nanti tidonya terganggu. Then bila tidonya terganggu maka mood dia pun hampeh. LAst2 mood aku jugak terganggu then aku gak yang stress. Sebab bila kakak bad mood dia akan kacau adik. Adik la koala bear maka akan merengget kat aku. MAk oi.. panjangnya alasan.
Meh tengok katil kakak...
Aku letak banyak bantal kt tepi dinding, takut dia asyik mengadap dinding yang sejuk. Kakak pun layanka aje mama dia. Adik pun sebok nak duduk kat katil kakak.
Ok test tido lak. Untuk pengetahuan korang macamana anak aku akan tido ngan maid? Anak aku tido kat atas, (yg diorang tgh landing tu) dan maid aku akan tido kat bawah (yang nampak tilam warna kelabu tu). Katil maid aku ni drawer kat bawah katil anak aku. Layankan aje... Aku siap sound anak aku lagi.
Mama : Lepas ni kakak dah tak boleh tido ngan mama dan papa.
Kakak : Kenapa?
Mama : Sebab mama dah belikan kakak tilam untuk tido kat bilik kak Ila.
Kakak : Kakak suka tilam baru ni. Kakak tak nak tido bilik mama lagi.
Mama : (alamak, aku ingat dia nak cakap kakak tido kadang2 aje boleh mama? tapi lain lak ayat yang keluar. Padan muka mama)
Tapi mama berbangga sebab kakak adalah anak mama yang suka berdikari dengan sendirinya. Dulu masa kecik dia jugak dengan sendirinya taknak pakai pampers. Masa tu umo 1thn 8bulan. Sekarang umo 4 tahun 9bulan kakak sudah tido asing ngan mama papa. SYABAS!!! Adik dah 2 tahun 2 bulan masih takde tanda2 nak tanggalkan pampers. Masa mama cuti ni try tak pakai pampers tapi dia leh request nak pakai pampers. Adoi...

Aku memang cepat terasa

Sekarang kakak dah tak nak tido ngan mama dan papa. Mama sedih sangat sebab sekarang katil tak penuh. Mama paksa dia tido ngan mama tapi dia protes balik. Dia lebih suka tido ngan maid kat bilik sebelah. Aku dok la sayu hati sebab tak dapat peluk dia malam. Kalo tak mesti berebut suruh mama peluk. Terutamanya bila papa takde. Kalo ada papa boleh gak sorang papa peluk then sorang lagi mama peluk.

Tapi hubby aku cakap lak "Bagus la dia sendiri taknak tido ngan kita. Kita tak payah paksa dia tido asing. She willing. Kan ke bagus". Bila aku pikir balik betul gak cakap hubby but kesian ngan anak aku tu kena tido atas toto sebab tilam tak dan nak beli lagi. Mama bz ke hulu ke hilir bayar hutang. Papa lak study. Mama cadang nak pi beli hari ni la..

Sekarang ni hanya adik aje yang tinggal kat sebelah mama. Kalo dulu Papa, Kakak, Mama, Adik... Sekarang ni tinggal Papa, Mama dan Adik aje... Tapi takpe ini menunjukkan anak mama dah boleh berdikari.. Kakak BAGUS!!!!

Khamis, 27 November 2008

Apa aku buat pagi ni

Pepagi aku bangun terus baca blog. Wakakakaka... Lepas tu aku terus baca sampai aku tak sedar masa itu berlalu.... DAh habis baca dan buat sikit entry aku shut down lappy aku. Aku landing tepi kakak. Alamak aku tertido la pulak. Pastu aku bangun balik terus masak kat dapur. Masak yang simple aje.. Ayam goreng, stock lauk aku dah elek. Pas mandi aku ajak kakak ke bank. TApi dia boleh cakap tak nak ikut mama. Waa..Waa.. sedih seh. TApi lagi bagus senang skit keje ringkas perjalanan. Adik lak sedap aje tido tak bangkit2 lagi...
Aku terus ke CIMB ambik borang ASNB nak baut ASD untuk anak2. LAma tunggu tapi akukan penyabar. Rupa2nya ramai non-bumi sebok buat saving dalam ASW.. Alamak time ni jugak aku rajin nak ke bank. Akhirnya siap akaun anak2 aku... Pastu ke maxis center bayar bil tepon. Lepas tu terus berdezup aku ke Bank Rakyat, settlekan skit hutang rumah aku. Wakakaka... Balik dari BAnk Rakyat singgah ke Sekolah aku. SAja nak ambik fail yang aku tinggalkan kt dalam bilik pemulihan tu.

Cancel

Hari ni aku rancang nak pi klinik gigi dengan kakak. Aku suka nak bawak kakak sebab dia ni tak takut jumpa doktor. Tak macam adik, melalak aje kalo jumpa mana2 doktor... Aduh la anak jantan mama. Tapi atas kesilapan teknikal maka aku tak dapat pi sebab GL aku ada dalam moto. Kunci moto ada dalam Kete Mazda Astina. Kete tu lak hubby aku bawak naik genting. Wakakakaa.... KAlo aku nak ambik yang baru mesti lambat. Last week aku pi pukul 9.45 kena tunggu sampai 11.30 baru nombor aku kena panggil. Orang yang tak pi senang cakap tapi aku yang nak menunggu tu azab.
Ni nombor aku kena tunggu... masa tu no sekarang 1022
Pastu dekat 45 minit baru nombor 1024.. Aku penat menunggu. Lagipun pagi2 ni mana ada lagi kerani. Aku malas nak rush2... TENSION!!!!!!!!!!!!

Siapa yang makan cili dia terasa pedasnya

Sejak semalam lagi aku terasa hati. Kecik betul hati aku. Waa.. waa.. Payah betul! Aku ni aku rasa betul2 penyokong dia tapi sejak semalam kenapa dia tak sokong aku? Aku salah ke atau ada yang tak puas hati. Entah la. Renung2 la apa yang dia bagi kat aku berbanding apa yang aku bagi kat dia. Oklah. Itu aje... Heheheheehe...

Rabu, 26 November 2008

Rasa mcam nak try aje...

Aku rasa teruja sangat nak join yang member maya aku ni buat... Aku ni Silent reader dia. Tapi macam seronok lak tengok dia orang menjahit tudung. Tak yah pakai sewing mesin lagi. Jahit tangan aje. Aku pun bukannya ada mesin jahit. Baru cadang2 nak beli tapi tak tahu bila. Wakakakaka.. Rancangan baik tapi tercapai belom tentu lagi... Aku pun cadang nak pi Jalan TAR weekend ni. InsyaAllah aku akan membeli sedikit kain untuk buat tudung macam ni

Sebab aku jugak jenis suka pakai tudung macam ni. Sarung aje.. Bila dah expert boleh hadiahkan kat along aku. Besar cita2.. Heheheheheee

Selasa, 25 November 2008

Kereta baru hubby

Hubby aku baru aje dapat kereta yang diidamnya... dah dekat2 seminggu dah dia dapat ketenya.. Bukan main seronok lagi. Aku kalo dia seronok maka aku pun seronok gak. Aku pun seriau setiap kali dia pergi balik ke genting naik moto. Alhamdulilah rezeki dia nak jugak kereta dah tercapai. Aku asyik tak dan nak ambik gambar kete dia. Yang ni pun sempat ambik masa naik kete jalan2 ke perpustakaan negara hari tu... boleh la dulu. Nanti aku upload yang lain lak...

Ziarah rumah kak Zana

Lepas duty kak Zana ajak aku ke rumah dia. Td masa duty dia belanja aku makan kat Zameer. Sekarang ni dia ajak aku ke rumah tapi aku memang suka nak tengok rumah dia. RUmah dia cantik. Kemas dan cantik hiasannya. Aku suka... kalo aku mesti tak macam tu... Cadar katil dia tegang semacam... Aku selut kat dia... Hehehee. Aku kena belajar dari dia. Hiasan pun bagus tak nampak serabut. Dari pintu masuk hingga ke bilik air, bersih. CAntik betul. Aku kena betul2 belajar ngan dia... Betul2 aku kena berguru ngan dia

Bertugas

Hari ni aku ditugaskan untuk datang ke sekolah. Hanya DG41 dan DG32... Aku baru DC41 pun dah kena datang duty... Layankan aje... Aku yang menurut perintah.. HAri ni aku duty ngan Kak Zana (kakak yang ada dlm entry hi tea). Aku respect kak zana sebab dia ni memang rajin, buat keje sampai last2 minute. Aku lak menyembang aje ngan clerk2. Wakakakaaa... Aku memang giler. HEheheee....

Hilang loceng

Pagi ni aku sedih giler... aku hilang loceng gelang kaki... Hadiah dari along dah tak sempurna. Aku nak ganti tapi tak tahu bila? Rupanya tukang emas tu tak patri pun loceng tu. Waaa... waaa... Sedihnya

Isnin, 24 November 2008

Tension!!!

Aku dari pagi sampai ke malam tak berjaya gak meletakkan wallpaper yang aku buat ke dalam blogspot aku... Ada sesapa yang boleh tolong... PLZZZZZZZZ

Wakakakak... aku berjaya juga buat... pada pukul tepat 1.01am.... OK aku nak turu...zzzzzzzzzzzzzzz

Ahad, 23 November 2008

Adakah aku yang cepat terasa???

Aku sedih sebab arwah mak dah takde. Aku takde sapa2 dalam dunia ni hanya mak ngan along. Sekarang pun along dah ada tanggungjawab lain. Kata hubby aku penghubung antara aku dan along dah takde (arwah mak la). Aku sedih giler, aku terasa yang along dah mula meminggirkan aku sikit demi sedikit. Sekarang dia bz ngan hubby dia, anak2 tiri dia dan cucu2 dia. Aku dah jarang sangat dapat bergurau ngan along macam dulu2. Tapi along bagi aku gelang kaki sebelum aku balik ke KL hari tu. Adakah along masih sayang aku macam dulu dia sayang kat aku???

Untuk melupakan dan menghilangkan rasa prasangka aku tu aku mula membaca buku ni.
Banyak gak kata2 dalam ni yang dapat membuatkan aku BERSYUKUR dengan apa yang aku ada sekarang. Insya Allah...

Jangan terliur...

Jangan terliur melihat gambar yang aku post untuk entry kali ni. HEhehehehee... sebabnya adik ipar aku baru balik dari Penang... Memang aku dah pesan dengan dia supaya membeli serba sedikit asam kat Chow Road Star... yer ke macam tu ejaannya.. LAntak la... hehehehehhe... Aku telah diberitahu oleh adik ipar aku bahwa ejaan di atas salah... ejaan yang betulnya chowrasta... Apa la cikgu ni... hehehehehe....
Satu paket berharga RM10 sponsored by Maklang
Satu mangkuk untuk aku... Heheheheee

Sabtu, 22 November 2008

Panduan dan Pedoman

Kisahnya mengenai Syaitan yang tidak putus-putus mencari jalan untuk menghancurkan anak Adam dari mematuhi suruhan Allah. Suatu hari, ibu syaitan tengah berfikir bagaimana agaknya hendak mengenakan anak cucu Adam... dan tiba-tiba, dia nampak anaknya Khannaz, lalu dipanggilnya. "Khannaz, mari ikut mak. Kita pergi rumah nabi Allah Adam dan isterinya Hawa". Maka, pergilah kedua anak beranak syaitan itu merupai wajah manusia.. Pada ketika itu, nabi Adam a.s baru sahaja meninggalkan rumah untuk mencari nafkah,dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk. Dibukanya pintu, dan bertanyalah Hawa "Siapa kamu?" Ibu syaitan menjawab "tolong jaga anak saya.. nanti saya akan datang untuk ambilnya balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberikan sahaja pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terkejut dan bertanyakan gerangan anak siapa itu. Hawa berkata "Tak tahulah... tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini sehingga dia datang semula." Nabi Adam a.s berfikir sejenak, dan "ini mesti anak Syaitan.. yang mahu mengganggu anak cucu kita.." "Jadi, apa yang harus kita lakukan?" Tanya Hawa. Setelah sekian lama berfikir... "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isinya di pokok luar rumah kita... Nanti, bila ibunya datang, biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tiada... " idea Adam. Keesokkannya, ibu syaitan datang lagi ketika Adam keluar bekerja.
"Mana anak aku?" Tanya ibu syaitan pada Hawa... Hawa pun menjawab dan dengan jujurnya menerangkan apa yang telah mereka lakukan terhadap anak syaitan itu. Dengan tenang, ibu syaitan itu berkata.. "oh, ye ker?" dan kemudian, dia berteriak " Khannazzzzz.....!!! " dengan tiba-tiba, daging-daging Khannaz yang telah dikerat-kerat itu dan bergantungan itu bercantum kembali dan menjadi hidup serta menjadi Khannaz yang sempurna kembali... Ibu syaitan tidak berputus asa dan masih lagi datang pada keesokkan harinya dan masih meminta Hawa menjagakan Khannaz dan berpesan akan kembali lagi hari keesokkannya.
Apabila Adam pulang, terkejutlah beliau melihat Khannaz masih lagi hidup dan bermain-main di rumahnya. Hawa menerangkan apa yang berlaku. "Kita tidak boleh biarkan usaha syaitan untuk mengganggu anak cucu kita berhasil.." Kata Adam. "Lantas, apa yang harus kita lakukan?" Tanya Hawa. "Begini.. biar kita bakar anak syaitan ini... dan abunya kita buangkan ke laut.. Biarkan abunya di bawa arus laut dan ibunya tidak akan mendapatkannya lagi.." terang Adam lagi...
Keesokkannya, datang lagi ibu syaitan dan bertanyakan " Mana anak aku?" "Anak kamu, sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!" Jawab Hawa. "Oh yer ker?.."kata ibu syaitan lantas meneriak " Khannaz...!!!!!" sekali lagi, abu-abu Khannaz keluar dari dasar lautan dan berkumpul dan bercantum semula menjadi Khannaz yang sempurna. Kemudian, ibu syaitan menyerahkan kembali kepada Hawa dan menyuruh untuk menjaganya.
Apabila Adam pulang, dan mendapati anak syaitan itu masih ada, "Ini tidak boleh jadi....Kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan." "Apa lagi yang harus kita lakukan?"Hawa bertanya lagi... "Begini sahajalah... kita belah dua kan anak ini. kamu telan sebelah, aku telah sebelah."Cadang Adam.
Ibu syaitan datang lagi pada keesokkan harinya, dan bertanyakan anaknya. "Mana anak aku?" Hawa berkata dengan penuh keyakinan "Kali ini, kamu tidak akan dapat kembali anakmu.... Kami telah belah dua, dan kami masing-masing telah menelan anak kamu."
"oh... iyer ker..." jawab ibu syaitan itu dengan sinis, lantas dia berteriak... "Khannazz....." "Iye mak... " Jawab Khannaz dari dalam badan Hawa... "Bagus anakku... bagus.... duduklah di dalam sana... Jangan kamu keluar sehingga hari kiamat nanti..."arah ibu syaitan pada Khannaz...
....................................................
Itulah ceritanya. Maka, bermulalah Khannaz dengan tugasnya dalam badan manusia sehinggalah ke hari ini.Tugasnya:-

Bila kita makan, diapun makan. Bila kita minum, dia pun minum... dan apa juga aktiviti yang kita buat, dia akan buat... kalau kita tidak mulakan dengan BISMILLAH...

Bila kita bersolat, dia akan mengganggu dan menjadikan kita was-was, dan tidak khusyuk...
membuatkan kita terlupa, keliru atau ingat-ingat lupa... Ubatnya.. banyakkan ASTAGHFIRULLAH
Khannaz akan berlari / bermain dalam darah kita... ubatnya... banyakkan ZIKIR
Sahabat Rasullullah pernah bertanya, bagaimana hendak mengelak dari Khannaz ini...PEsan Rasulullullah S.A.W, setiap apa yang dikerjakan, mulakanlah dengan BISMILLAH. Khannaz akan bertambah kurus, kelaparan bila kita berpuasa, dan bila mana suami isteri ber'sama' bacalah doa...

Surah An-Nas juga menceritakan hal yang sama yang buatkan diri kita was-was. Wallahualam.............

Jumaat, 21 November 2008

What Does Your Height Say About You?

You are a rational, stable person. You have a strong head on your shoulders.You are a good judge of character - and you don't suffer fools gladly.You are highly motivated and a bit of a daredevil. You crave success.Limitations and rules frustrate you, but you have enough savvy to overcome them.

Heheheee... saja suke2... Tapi aku suke!!! Wakakakaa....
http://www.blogthings.com/whatdoesyourheightsayaboutyouquiz/

The Nokia N96 Race

Nokia’s organizing the Nokia N96 Race on 29th November 2008 where mind and muscle will be put to the test and they have kindly set aside two places especially for Nuffnangers. The good news is, just by participating you will automatically receive a Nokia N96 to be your key to completing the race.

Aku harap sangat dapat masuk ke dalam pertandingan ini. Paling kurang dapat gak aku mengurangkan rasa sedih di hati. Aku sekrang ni tengah cuti dan sentiasa bersedih atas kehilangan oarang yang tersayang. Dengan adanya 'race' ni dapat gak aku meluangkan masa yang terluang dengan keje2 yang berfaedah. Mintak2 aku berjaya masuk ke dalam pertandingan ini.

Gambar kenangan

Ini lah gambar ibuku yang tersayang... Dia adalah mak yang aku kenal sejak kecik lagi. Aku ni anak angkat. Mak pak kandung aku tak nak bela aku atas sebab masalah keluarga dan kewangan. Maka diorang serahkan aku kat arwah mak aku sejak berusia 5 hari. Maka aku membesar atas didikan arwah mak aku ni. Aku dijaga dan diasuh dengan penuh kasih sayang oleh arwah mak dan along aku. Aku ingat lagi masa tu darjah satu, 1987. Biasanya along aku yang hantar dan ambik aku dari sekolah. Tapi ada satu masa along aku pi rombongan ke Cameron Highland. Maka arwah mak akulah yang menghantar dan menjemput aku, jalan kaki lagi. Kita orang susah masa tu. Bayangkan arwah mak aku yang berumur 57tahun jalan kaki semata-mata nak hantar dan jemput aku ke sekolah. Jalan kaki selama setengah jam sehala. Maksudnya arwah mak aku jalan 2 jam sehari selama 3 hari sebab nak pastikan aku ke sekolah. Aku sampai sekarang ingat macamana rasa penatnya berjalan kaki ke sekolah. Aku yang budak ni tenaga masih kuat tapi arwah mak aku dah lebih separuh abad tetap gagah. Aku sayang sangat arwah mak aku.... Tanpa arwah dan along aku tak mungkin akan berada ditempat sekarang. Ini kerana, adik beradik aku semuanya tak kemana. Yang seorang tu pun bukan pak aku yang jaga tapi mak tua yang jaga. Alhamdulilah sebab aku dijaga oleh arwah mak dan along. Terima kasih mak.... Terima kasih Along. Eda sayang mak dan along...
Arwah masa kenduri pindah rumah baru
Raya kat rumah Kak izan
Gambar arwah mak dengan kakak


Aku, kakak dan arwah mak..

Masih mood sedih

Semalam aku seharian menghabiskan masa dengan membaca Yasin dan Surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah mak. Aku pun didik kakak untuk membaca Surah Al-Fatihah untuk arwah atoknya. Alhamdulilah... Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin..

Rabu, 19 November 2008

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Sedihnya... Aku sekarang ni lengkap gelaran anak yatim piatu... Abah dah lama takde. 18hb November 2008 (birthday mak aku jugak) aku kehilangan perempuan yang paling aku sayang. Mak aku telah kembali tepat pukul 10.40pg mengadap Ilahi semasa genap usianya 78tahun. Masa tu aku dalam kete dalam perjalanan balik ke kg. Sedihnya. Aku tak sempat jumpa mak aku. Aku sampai dia dah takde. Hanya jasad aje yang menunggu aku. Aku tak sempat mohon ampun. Last aku jumpa mak masa raya. Aku ada meeting hari Isnin dan Selasa sebab GB aku nak pi Haji jadi meeting kita orang diawalkan. Lepas tu, Aku kan baru lagi keje, takde gaji, duit kena budjet. Jadik dah lama aku tak balik kg. Katanya aku dapat gaji bulan November ni. Aku dah rancang nak balik kg dengan gaji pertama aku. Nak belikan mak kain batik yang cantik2. Sebab mak aku memang suka kalo dapat kain batik yang baru. Lagi2 warna merah. Tapi last2 tak kesampaian. Sedih gile.

Aku dah takde mak untuk bermanja. Aku dah takde mak untuk peluk cium aku. Aku dah takde mak yang akan panggi aku "anak". Aku sebak bila melihat jasadnya untuk kali terakhir dimandikan. Aku tak tinggalkan mak walaupun sudah ada khiarat yang menguruskanya. Aku turut bersama2 mandikan mak. Itu jasa aku kepada mak untuk kali terakhir. Masa mengapan mak juga aku duduk berdekatan mak. Paling terharu masa semua orang di panggil untuk menatap wajah mak kali terakhir. Aku cepat2 carik anak2 aku dan juga hubby yang bz membaca tahlil. Aku mengucup dahi mak untuk kali terakhir. Bau mak sangat wangi. Aku suruh anak aku yang sulung cium dahi atoknya. Lepas cium dia bisik kat aku wanginya bau atok. Aku rasa macam nak luruh jantung aku masa diorang tutup muka mak. Aku tak tahan, hanya menangis aje. Sampai ke kubur aku mengikut. Aku sayang mak!!!

OKlah, aku dah tak larat nak sambung. Habis keyboard aku basah dek air mata. Lain kali aku sambung... Doakan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang Iman. Al-Fatihah, Amin...

Ahad, 16 November 2008

Friso Brings My Family Out

Sekarang ni cuti sekolah. Aku dan Hubby suka time nie sebab waktu ni aje kita orang cuti. Masa ni juga merupakan peluang My lil' Family untuk bergembira.

Anak-anak aku minum susu Friso menjadikan diorang aktif. Jadi aku suka bawak diorang ke taman. Diorang bebas berlari ke hulu dan ke hilir. Semua tenaga ini diorang dapat hasil minuman susu Friso. Anak-anak aku memang suka minum susu Friso.

Susu Friso membantu anak-anak aku meneroka alam dengan selesa. Mereka boleh bermain dengan aktif dan bertenaga. Aku juga tidak perlu risau memikirkan tentang kesihatan anak-anak aku. Ini sebabnya, anak-anak aku dilindungi dengan khasiat daripada susu Friso.
Terima kasih susu Friso sebab memberi peluang anak-anak aku meneroka dan menimba pengalaman. Aku dan Hubby juga dapat bercuti dan keluar dengan gembira. Tetapi jangan lupa bekalan susu Friso sebab nanti susah. Anak-anak yang penat bermain pasti kehausan. Pasti susu Friso yang diorang mintak. Aku suka sangat sebab aku tahu diorang dapat semua khasiat yang diperlukan daripada bekalan susu Friso. TQ susu Friso.






Sabtu, 15 November 2008

XPDC Gua Tempurung

Aku sebok2 makan2 kat Hotel Renaissance, Hubby aku lak pi hiking ke Gua Tempurung. Dia pi sebab projek luar dia ngan kekawan sekelas. Aku gak yang tolong dia buat buku program. Kalo cantik tu memang aku punya design la tu. Hehehehehee....

tengah tunggu bas nak betolak pi gua tempurung...

Hubby aku ngan membernya Zul dalam bas. Kat belakang lak Kak Zailati dan Kak Rai... Masing2 mengantuk layan mata...

Gambar kat main entrance gua tempurung. En Wan tengah memantau hubby dan member2nya sebelum masuk ke gua.


Hubby aku dan Tay giat berusaha mengambil gambar dalam gua yang gelap gulita. Kira okla, nampak gak batang hidung dan lubang hidung diorang. Wakakakakaa... jangan mara yer... hehehehehe...

Hubby aku meninjau keadaan dalam gua tersebut. Alhamdulilah XPDC tamat dengan jayanya walupun ada gak beberapa orang yang jatuh dalam air semasa menjelajah sungai gua tu. Hehehehee... Adat la tu. Hubby balik sakit kepala, sapa yang kena picit? Aku gak. Dia sampai rumah dalam pukul 5 lebih. Petang la... kira dekat gak la jugak. Lain kali kita pi ye papa. Mama nak gak masuk gua. Hehehehehee....

Hi tea sekolah...

Hari ni aku ada jamuan hi tea sekolah. Hi tea tu kat hotel renaissance. Aku pi ke sana tumpang Huda. Dia datang ambik aku. Pukul 11pagi dia datang jemput aku. Tapi biasala minah tu mesti lewat skit. 11.30pg baru dia sampai.
Aku yang poyo sebelum pi ambik gambar kat dalam bilik air. Harus!!
Makanan yang aku ngan member2 semeja pilih untuk makan. Makan tak ingat2 sampai perut sengkak. Aku nak duduk relax tak leh. Kena duduk tegak macam kak Asiah lak. Wakakakaka....


Ni kak ayu tengah meng'ayu'kan diri makan dengan jayanya. Sempat gak dok usha2 budak pelayan. Kalo tak silap namanya Ashraf kot... Wakakakakaa.. Boleh tahan ustazah kita ni

Ni member skepala aku Kak Zah. Benggang giler dia tak dapat cabutan bertuah. Kak Ayu yang duduk sebelah dia boleh dapat. Member hangat hanget satu badan la.

Ni pulak kak Zana. Aku suka ngan dia. Mature giler walaupun umonya muda lagi. Lagi satu dia ni lembut aje. Aku suke!!!! hehehehehee... Yang lain pun aku suke gak....


Harus ada gambar aku yang poyo...

Ni gambar aku ngan members skepala dalam bilik air. Harus gedik2. Tapi Kak Zah punya gedik over sebab terlebih makan puding. Hahahahaha... Yang sebelah aku Huda bakal pengantin baru 23hb ni... Minah ni nak kahwin pun boleh sempat lagi bergedoombek ngan member. Tapi aura seri pengantinnya tetap ada... Nanti cite kahwin dia aku cite la dalam ni.

Aku gak tak dapat apa2 cabutan bertuah... mungkin kureng bertuah. TApi nasib baik hadiah tahun ni kira ok... Tray katering. diorang janji nak bagi set complete. Jadik harus stay kat sekolah ni lama2 nak bagi cukup satu set. Wakakakaka... Bagusnya cita2...

Update Abg Lan di IJN-part 2

Untuk pengetahuan semua abang Lan telah selamat menjalani pembedahan di IJN pada hari Isnin 9.0o pagi. Pembedahan yang berjalan selama 4 1/2 jam berjaya. Abang LAn sekarang berada di wad biasa IJN sejak semalam selepas dua hari di ICU dan sehari di HDU.... Menurut kak atun abang lan mungkin akan keluar dari IJN 2/3 hari lagi... InsyaAllah... Sama2 kita doakan.. Cewah... Macam pembaca berita lak aku ni. Wakakakaka....
Luka di dada abang Lan. Nyeri aku tengok.. Sakitnya... Adoi....
Pasangan bahagia yang saling bantu membantu...

Abang kepada abang lan (Rais)

Aku yang selenge dan hubby yang hensome....

Kijam... kijam... 200X

Aku 1st time membawa kete naik ke genting. Ini sebab aku nak ambik hubby dari IAB Genting Highland. Dia nak balik naik moto tapi aku tak bagi sebab hujan. Maka dengan gumblenya aku drive seorang diri naik ke Genting. Tapi hubby aku suruh aku datang sorang2 aje tak yah bawak anak2. Aku ok aje. Tapi sikit confuse la.. Nape hubby aku tak kasi aku bawak anak.. Nanti la tanya dia...


Keadaan kabus yang tebal sampai susah gak nak nampak benda depan. Aku gabra giler. 1st time lagi tu. Follow lampu kete depan aje. bawak slow lak. Waaa... waaa... takutnya...

Aku yang poyo....
Sampai atas aku tanya hubby

Aku: Kenapa abang tak bagi eda bawak anak2 naik atas sekali?
Hubby: Yerla... Kalo apa2 jadik macam mana?
Aku: Apa2 nya?
Hubby: Kalo la accident ke? Satu family kat dalam kete. Takkan tinggal abang sorang aje.
Aku: CEh!! Kalo macam tu abang tak kisah la kalo eda takde?
Hubby: Bini boleh carik lain, anak takde klonnya...
Aku: Waaa... waaa... tak adil. (muncung panjang sedepa)

Ada ke patut macam tu lak dia boleh pk... teruk betul...

p/s: kecik hati ku....

Hari Anugerah Cemerlang Progress

Aku ditugaskan untuk menyiapkan pentas untuk hari anugerah.. Aku letakkan sikit gambar untuk tatapan.

Pentas in progress


Aku yang poyo harus ada mukanya

Dah siap... budak2 tengah latih buat persembahan


Harus aku yang poyo...

treats by Papa

Sorry dah lama tak update. Aku bz skit sebab dah nak cuti sekolah. Kena uruskan benda macam2. Cite kali ni pasal hubby aku belanja makan nasi ayam ayamas... kat On The Run ESSO.

Adik tengah boring tunggu nasi. Dah buat macam2 perangai. tu yang duduk kaki dah ke atas.


Kakak lak muka boring sebab tengah lapar sangat. Gambar papa kat belakang tengah beratur nak order. Yang baju biru la tu....


Kakak request nak ambik gambar subang dia... layan...


Akhirnya kakak terus teman papa meng'order' makanan di kaunter.. Dah jerit lapar. AKu yang tak tahan suruh dia cakap kat papa. Tu yang dia ikut sekali kat kaunter tu...


Nasi aku kena share ngan kakak... Rugi lak rasanya kalo belikan kakak satu nasi asing. Dia bukan makan banyak pun... Tapi boleh tahan la jugak cara dia makan... Bagus kakak....