Isnin, 20 Oktober 2008

Rumah Terbuka

Ahad aku ada 2 jemputan rumah terbuka. Satu daripada En Hasnal dan yang kedua Kak Zaida.
Memula aku sefamily telah meyerbu rumah En Hasnal punya open house... Best gile dia punya open house. Menunya banyak.. Aku makan laksa, hubby makan nasi tomato, anak2 makan sate, ada gak soto, lemang, nasi himpit dan sebagainya. Airnya ada air anggur, ada jugak ABC (air batu campur). Sedap.. Layan sungguh.. tapi sayang aku tak snap gambar makanan yang ada hanyalah seperti dibawah.

Lepas tu aku ngan family pegi bertolak ke rumah baru kitaorang kat platinum walk... Kak Zaida ni kira jiran satu kawasan lain blok... Aku punya rumah blok C dia punya rumah blok A.. Tapi dia buat open hall bukan open house. Sebab dia buat kat dewan bawah. Kat sini hubby aku jumpa semua member lama dia satu sekolah. Jadik lama la sikit kita orang kat sini. Aku layankan aje.
OTW ke rumah kak Zaida
Muka2 beginner blogger yang kurang tegar
Perbincangan tentang blogger ke???

Tiada ulasan: