Rabu, 29 Oktober 2008

My Hubby

Hari ni aku nak cite pasal hubby aku. Nak tahu kenapa? Saja suka akulah.. Wakakaka... Aku berkenalan ngan hubby masa kat Penang. Masa tu aku matriks dan dia senior maktab. Aku matriks ni menumpang kat Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) atau nama dolu2nya Malaysian Teacher College (MTC)... Aku kenal ngan dia atas usaha seorang chef, aku panggil chef ni abang Farid. Dolu2 dia keje kat The Dome KLCC, tapi aku rasa dia dah pindah kot. Lama gak aku tak dengar cite mamat tu. Atas berkat setiap hari abang Farid panggil aku cakap ada mamat krem salam maka last2 aku balas la salamnya dengan terpaksa. Malu beb, setiap hari abang Farid panggil aku "Zaidah, ada abang maktab krem salam!" Kekadang suaranya kuat, aku rasa satu dewan makan leh dengar. Malu!!! Semua kekawan aku dok pandang2 aku. MAK TAK BERSALAH! Rupa2nya lepas aku dah kenal ngan hubby aku, dia bagitahu yang dia krem salam sekali aje tapi abang Farid jadik tok dalang menokok tambah sehinggakan aku rasa setiap hari hubby aku pesan kat dia. Wakakakakaa... Kira abang Farid juga merupakan pemangkin untuk aku memjawab salam hubby aku.. Bagus2!!!
Lepas aku jawab salam, keesokkannya aku dapat no telefon. Alamak no handset la pulak. Aku malas nak call. Simpan gak dekat 3/4 hari. Tapi satu hari aku call mak aku, tapi mak aku takde. Aku call rumah atok depan rumah aku. Cucu dia yang angkat cakap mak aku pi kenduri. Alamak, aku masuk syiling emas RM1. Rugi nak tepon sapa ni? Jadik aku dengan gediknya menekan nombor2 handset yang hubby aku kasi. Rupanya handset kawan dia, tapi dia ada kat situ. Skema giler aku cakap ngan dia. Malu beb gua yang tepon dia. Hahahahahaa.... Dia pun tergagap2 cakap ngan aku. Hehehehe sama2 malu masa tu. Aku tak cakap lama duit syiling aku sangat sayang masa tu. Jadik habis aje syiling emas tu, maka terputusla panggilan untuk kali itu.
Kat asrama aku tu ada tepon yang boleh call in, maka hubby aku dengan jayanya call aku. Maka bermulalah aktiviti bergayut aku dengan dia. Kekadang dia call aku atau aku call dia. Tapi lawaknya aku tak pernah jumpa dia. Aku ada kenal sorang abang maktab yang dikirakan rapat ngan aku. Aku hanya tanya kenal tak si polan ni... ok tak dia? Abang maktab yang rapat ngan aku ni kata ok. Boleh buat kawan. Tapi masa tu aku tak pikir apa pun. Apa kelas kawan ngan abang maktab. Kat U nanti mesti ada abang engineer yang hensome2.. Wakakakakakaa... Jahatnya aku. Maka mula aku berkawan dengannya tanpa ada sebarang masa depan.
Bersambung....

Tiada ulasan: