Jumaat, 24 Oktober 2008

Naurah Qistina binti Mohd Radzi

Dia anak aku yang pertama... Permata hati aku dan juga papa. Malah kesayangan tok dan wan di Kedah. Along ngan mak kat Johor pun sayang sangat kat dia. Dia aku panggil kakak, adiknya pula panggil tatak. Aku sayang sangat kat dia. Dia dah pandai membaca sukukata kvkv yang senang2. Malah dah pandai eja nickname dia "NANA". Aku bangga giler. Dia senang di asuh, tak banyak meragam tak macam adik... Tapi dia cukup2 payah bangun pagi (ikut mama dia). Kalo nak ke sekolah dia cukup menyiksakan, kena dokong ke bilik mandi. Lepas mandi ok aje.. Hahahahaa... Anak sapa la ni! Pandai jaga adik. Memang anak yang boleh diharapkan. Senang dijaga, kalo demam diam aje. Suap ubat pun senang tak banyak meragam. Pandai pujuk gak, panjang akal.


Malam ni kakak akan balik keKedah dengan maklang dia. Tok ngan wan rindu nak jumpa. Maklumlah raya hari tu kitaorang tak balik kedah pun.. Aku berat nak lepaskan tapi sebab kesiankan FIL yang rindu giler kat cucunya. Maka dengan redha aku izinkan. Aku selalu gak tanya dia akan nangis tak. Tapi dia cakap dia takkan nangis. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar... Malam ni kitaorang hantar maklang ngan kakak ke hentian bas jalan Duta. Tengoklah macam mana nanti... hehehehehehee... mesti mamanya yang sedih giler, kakak maintain aje... hahahahaha

Tiada ulasan: