Khamis, 9 Oktober 2008

Penculikan

Tajuk menakutkan aje. Hehehee... Jadik kes seh.

Anak akukan si kakak, aku sekolahkan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). Jadik dia ramai kawan yang satu sekolah dengannya di kuarters tempat tinggal aku ni. Ada yang dari blok A, B, C dan dll.... Aku tak kenal semua. Yang aku kenal pun sebab kakak selalu sebut. Antaranya Auni, Iman, Amin, Adam, Ajwad, Ilyasa, Kamalia, Balqis dan ada beberapa orang lagi..

Kakak senyum nak pi PASTI


Adik pun ikut sekali menunggu van PASTI

Nak dijadikan KES PENCULIKAN semalam bermula:
Kakak turun ke taman nak main2 ngan kawan2. Masatu dalam pukul 6.30 petang. Tapi turun tak sampai 10 minit dah naik. Naik bawak kawan dia si Auni. Auni ni duduk kat blok A, aku sefamily duduk kat blok B. Aku pun sebab kawan pertama yang anak aku bawak balik. Maka aku pun layan baik punya. Bagi makan kuih raya, bagi minum air laici.
Lepas tu dia orang main kat dalam bilik mak lang sebab bilik tu memang aku letak kotak2 mainan anak2 aku. Diorang main dengan seronoknya. Tapi masa tu aku tak ambik gambar pun. Bukan lupa tapi malas sebab aku tengah sembang2 dengan mak lang.
Aku tanya Auni,mak dia tahu tak dia datang rumah aku ni. Dia kata dah cakap kat along dia. Aku kira ok la tu, dari tak cakap langsung sebab masa tu dah dekat pukul 7.30 malam. aku tanya dia nak balik tak, dia kata tak nak lagi... dia ni cakap loghat kelate skit. Aku yerkan aje.
Dalam pukul 8 malam aku ajak maklang turun dan semua anak2 termasuk Auni. Aku nak hantar Auni balik dan nak pi beli lauk untuk malam ni. Aku tak masak sebab hubby aku tak makan kat rumah. Dia pi open house dah.
Masa turun tu, aku dengar orang kecoh2 cakap budak hilang. Dalam hati aku tak lain tak bukan mesti Auni. Memang betul tekaan aku. Aku jumpa mak bapak Auni mintak maaf. Semua settle... Rupanya ada announcement tentang kehilangan Auni. Aku tak dengar pun.

Kesimpulannya;
kakak merupakan penculik yang paling licik sebab mangsa culikan tak meronta atau menjerit masa diculik. Siap seronok main tak ingat rumah
Aku, maklang, ila dan adik merupakan orang yang bersubahat dalam kes ni. Aku lak siap bagi makan dan minum lagi.

Pengajaran;
Jaga anak2. Pesan jangan ikut sesapa pun walaupun kawan atau kenalan. Bahaya dan mencemaskan
Aku pulak sepatutnya minta Auni balik masa pukul 7pm lagi. Ni aku biarkan sampai pukul 8pm. Silap besar. Jangan kesian budak2 nak main kesiankan makpak yang susah hati.

Tiada ulasan: