Kak Oya telah berjaya membuat rumah terbuka aka bacaan Yasin kat rumah dia pada malam terakhir syawal. Bravo.. Kak Oya ni member hubby aku. Dia belajo kat IAB sekarang tapi lain kelas. Hubby aku kelas SR1 tapi kak Oya SR2. Sama ngan abang Taib. Hehehee..
Maka dengan penatnya aku balik dari PPDG terus bersiap2 ke Klang. Memula kena pungut hubby kat tepi tol la pulak. Sian hubby aku!!! Bawak balik bagi dia can mandi2 dulu. Aku ngan Ila siapkan anak2. Aku pun bersiap serba tak ringkasnya. Penat! Badan lotih tapi kerana nak berkenalan ngan kawan2 hubby aku gagahkan jugak. Paling2 aku tahu ngan sapa laki aku kawan. hehehehe... Jealous tandanya sayangkan papa? Wakakakakaa....
Lagi penat sebab hubby aku sesat merat tah kemana-mana tah. Anak lak menjerit2 dalam kete. Aduh tertekan sungguh. Aku ni tahap gaban gak panas barannya. Apalagi, mak jadik suara guruh. Hubby aku lak tertekan. Wakakakakaka... Sepatutnya boleh samapi pukul 7 lebih sampai rumah kak Oya pukul 8 lebih... Sejam beb kitaorang sesat...
Sampai2 diorang terus siap2 sembahyang Isyak. Aku yang MC ni duduk kat luar aje ngan bini abang Taib, kak Ana ngan anak2 kami. Lepas sembahyang Isyak depa pakat2 baca Yasin. Dah abis semua tu, apalagi..... MAKAN TIME
Banyak gak lauk2 yang disediakan. Hubby aku dengan jayanya menjadi pembakar ikan dan otak2. Alamak tak snap gambar la pulak. Lagi satu bateri handset aku dah abis.. Maka layan baca aje. GAmbar nanti aku mintak hubby aku sedut dari member2 dia SR2 tu... Payah2 mintak ngan abang Zainurul aje. Hehehehehee... Kami pun MAKAN2... pastu makan2....
Yang bestnya aku jumpa orang kampung... Dapat la mengeratkan silaturahim... Next entry kita layan gambar lak. Sekarang gambar takdo kat aku... Tunggu!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan