Isnin, 27 Oktober 2008

Muhammad Naufal Aqil

Disebabkan ada entry yang speacial untuk kakak. MAka dengan adilnya mama juga buat entry untuk adik. Nama Muhammad Naufal Aqil, anak Koala mama. Sebabnya kalo kemana2 mesti melekat dekat dada mama macam koala. Terutamanya ke klinik. hehehehhee.... Panggilan manja Aqil atau adik. Papa yang tak tahannya kekadang panggil Mamat. Sesuai ke? Aqil sendiri bahasakan dirinya baby. Caca Merba.... Layankan aje
Buah hati mama... Kakak dan Aqil

Harimau kesayangan mama

Disebabkan kakak takde maka untuk memujuk Aqil, papa dengan bangganya telah membelikan satu permainan lelaki untuk Aqil. Gambar seperti di atas. Semalam pegi taman pun bawak benda alah tu. Lepas tu, jumpa orang aje terus tembak. Alamak, macam mana ni? Ada gaya2 toot... hehehehee... Sebelum ni mama ngan papa tak tahu pun yang adik minat ngan senjata, tetapi sejak balik raya hari tu la baru mama perasan. Itu pun sebab budak2 dekat blok ni ada pistol. Senapang kat atas tu berbunyi dan vibrate. Siap ada laser lagi. Seronok betul. Mama layankan aje. Yang tak tahannya papa yang beli tapi bila Aqil main mesti dia bising sebab bising gak bunyi senapang tu.

Semalam mama pi pasar dan beli kerang. Mama bagi adik rasa kerang, sekali rupanya adik alergik... Malamnya mata dia gatal, dok la dia gosok. Akhirnya mata yang sepet bertambah sepet sebab bengkak. Mama dengan paniknya mencari ubat alergik adik. Sebelum ni pun pernah jadik gak. Tengok2 tarikh, genap sebulan adik kena macam tu gak. Pang.. pang... salahkan mama.. Sorry mama tak tahu sebab hari tu jadik adik tak makan pun kerang. Kesian anak mama... Nak makan ubat punyala susah. Nak titis ubat pun payah. Macamana nak baik sayang..

Tiada ulasan: