Selasa, 28 Oktober 2008

My Lil' Family Complete Again

Kakak, anak aku yang sulung dah balik dari Kedah. Hubby paling excited, Maklang msg dah sampai Rawang dia terus rush pakai baju nak pi ambik kakak. Aku biasa aje (yer la tu)... Anak aku sampai2 cakap dia lapar. Kesiannya! Aku pun ajak hubby pi makan.
Tapi sebelum pi makan dia telah membelok ke KL.. Aku pun confuse aje, tp aku diamkan aje. Rupa2nya dia telah membawa aku ke Jalan Masjid India (aku request pagi2 lagi nak pi Jln Masjid India ngan Hubby) Aku nak beli tudung Dubai. RM15 aje kat sini. Kat Uptown RM25 ma... Kalo aku beli 2 helai kat uptown aku boleh dapat 3 helai kat Jalan Masjid India siap berbaki RM5 lagi. Jadik memang aku beli 3 helai pun. Light brown, dark brown dan putih suci. Hehehhee...
Dari Jalan Masjid India hubby aku terus bawak kami ke Jln Gombak, nak makan Nasi Ayam Mancongkam... hehehehee... Sup dia yang tak leh tahan, aku suka giler.. Lagipun Air buah dia masih lagi murah berbanding tempat lain. Aku minum air mangga tapi Aqil yang tolong habiskan. Aku order nasi ayam biasa, hubby order nasi goreng hailam ayam garing. Tapi aku sempat snap nasi aku aje. Nasi Hubby tak dan sebab anak2 aku dah menjerit2 nak makan. Hehehehee...


Tiada ulasan: