Jumaat, 31 Oktober 2008

Open house aka bacaan Yasin rumah Kak OYA

Kak Oya telah berjaya membuat rumah terbuka aka bacaan Yasin kat rumah dia pada malam terakhir syawal. Bravo.. Kak Oya ni member hubby aku. Dia belajo kat IAB sekarang tapi lain kelas. Hubby aku kelas SR1 tapi kak Oya SR2. Sama ngan abang Taib. Hehehee..
Maka dengan penatnya aku balik dari PPDG terus bersiap2 ke Klang. Memula kena pungut hubby kat tepi tol la pulak. Sian hubby aku!!! Bawak balik bagi dia can mandi2 dulu. Aku ngan Ila siapkan anak2. Aku pun bersiap serba tak ringkasnya. Penat! Badan lotih tapi kerana nak berkenalan ngan kawan2 hubby aku gagahkan jugak. Paling2 aku tahu ngan sapa laki aku kawan. hehehehe... Jealous tandanya sayangkan papa? Wakakakakaa....
Lagi penat sebab hubby aku sesat merat tah kemana-mana tah. Anak lak menjerit2 dalam kete. Aduh tertekan sungguh. Aku ni tahap gaban gak panas barannya. Apalagi, mak jadik suara guruh. Hubby aku lak tertekan. Wakakakakaka... Sepatutnya boleh samapi pukul 7 lebih sampai rumah kak Oya pukul 8 lebih... Sejam beb kitaorang sesat...
Sampai2 diorang terus siap2 sembahyang Isyak. Aku yang MC ni duduk kat luar aje ngan bini abang Taib, kak Ana ngan anak2 kami. Lepas sembahyang Isyak depa pakat2 baca Yasin. Dah abis semua tu, apalagi..... MAKAN TIME
Banyak gak lauk2 yang disediakan. Hubby aku dengan jayanya menjadi pembakar ikan dan otak2. Alamak tak snap gambar la pulak. Lagi satu bateri handset aku dah abis.. Maka layan baca aje. GAmbar nanti aku mintak hubby aku sedut dari member2 dia SR2 tu... Payah2 mintak ngan abang Zainurul aje. Hehehehehee... Kami pun MAKAN2... pastu makan2....
Yang bestnya aku jumpa orang kampung... Dapat la mengeratkan silaturahim... Next entry kita layan gambar lak. Sekarang gambar takdo kat aku... Tunggu!!!!!

Khamis, 30 Oktober 2008

Aku seharian di PPDG - kerja terlanjur


Hari ni pagi2 aku ada meeting kat ppd. Aku dengan dedikasi pun pi la ke PPD pukul 8.30 dah sampai. Meeting pukul 9.00 pagi. Aku ada taklimat Data PROTIM. Layan!!

Pukul 10.36pagi dapat call dari Sekolahku Syurgaku. Tapi aku takdan angkat. Aku dalam meeting la sayang. Then dapat msg dari keraniku tersayang, Cik Miza yang tersayang. Msgnye berbunyi "Kak zaidah dtg pej amik surat pglan mesy.. ari ni kat ppdg kol 2" Ambik ko copy bijik2 dari msg miza. Aku yang baru nak pulang ke rumah pukul 11.00 pagi terus terbantut.

Stay aje kat ppd. Malas nak balik. Rugi minyak ngan duit parking. Hahahaha... maka aku pun berkampung di PPD.

Tapi yang bestnya, mintak2 masin mulut kakak sorang tu. Tak lama lagi aku jadik orang PPD la sebab dah berkampung kat PPD. Wakakakakakaa... Mak suke!!!! Insya Allah tak lama lagi la tu. Meh tgk aku yang ke poyoan menunggu dari pukul 11ppagi ke pukul 2 ptg...

Rabu, 29 Oktober 2008

Luahan Rasa

Aku baru hari ni masuk ke bilik pemulihan aku. Masuk2 kosong. Banyak benda2 yang kak Mahini cabut. Aku sedih giler. Sampaikan besi yang atas meja pun dia simpan nak ambik. Aku paham yang dia set up bilik tu, tapi jangan la ambik semua. Aku ni ada apa aje. Dah la aku ni budak baru belajar. Tapi aku kena terima keadaan ini dengan redha. Aku pun akan mula setup bilik aku ni masa cuti nanti. Cuti sekolah ni aku tak balik kampung pun. Balik pun kejab aje. JAdik masa terluang aku gunakan untuk buat balik bilik pemulihan aku. Akan aku angkut Ila dan anak2 aku sekali. Kat situ ada air cond, tv semua siap jadik senang.
Aku betul2 terkejut tadi. Semua carta dia cabut. Aku rasa tu carta yang sekolah beli tapi dia tampal2 skit benda lawa2. Benda macam tu pun dia ambik. Lantakla. Yang pentiing bilik yang canggih aku punya. Wakakakaka... Kelas ko pun belom tahu lagi kat mana! Hahahahaa... Aku ni saja nak luahkan kat sini sebab aku sakit hati dan kecil hati. Mulai hari esok aku akan terus pegang laptop dan aku malas nak bawak sekolah lagi. Sebab nanti ex-bos aku nak ambik balik laptop dia. Asyik dok tanya bila nak pulangkan. Ambik la.. aku dah ada laptop pemulihan dah. Wek :P

My Hubby

Hari ni aku nak cite pasal hubby aku. Nak tahu kenapa? Saja suka akulah.. Wakakaka... Aku berkenalan ngan hubby masa kat Penang. Masa tu aku matriks dan dia senior maktab. Aku matriks ni menumpang kat Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) atau nama dolu2nya Malaysian Teacher College (MTC)... Aku kenal ngan dia atas usaha seorang chef, aku panggil chef ni abang Farid. Dolu2 dia keje kat The Dome KLCC, tapi aku rasa dia dah pindah kot. Lama gak aku tak dengar cite mamat tu. Atas berkat setiap hari abang Farid panggil aku cakap ada mamat krem salam maka last2 aku balas la salamnya dengan terpaksa. Malu beb, setiap hari abang Farid panggil aku "Zaidah, ada abang maktab krem salam!" Kekadang suaranya kuat, aku rasa satu dewan makan leh dengar. Malu!!! Semua kekawan aku dok pandang2 aku. MAK TAK BERSALAH! Rupa2nya lepas aku dah kenal ngan hubby aku, dia bagitahu yang dia krem salam sekali aje tapi abang Farid jadik tok dalang menokok tambah sehinggakan aku rasa setiap hari hubby aku pesan kat dia. Wakakakakaa... Kira abang Farid juga merupakan pemangkin untuk aku memjawab salam hubby aku.. Bagus2!!!
Lepas aku jawab salam, keesokkannya aku dapat no telefon. Alamak no handset la pulak. Aku malas nak call. Simpan gak dekat 3/4 hari. Tapi satu hari aku call mak aku, tapi mak aku takde. Aku call rumah atok depan rumah aku. Cucu dia yang angkat cakap mak aku pi kenduri. Alamak, aku masuk syiling emas RM1. Rugi nak tepon sapa ni? Jadik aku dengan gediknya menekan nombor2 handset yang hubby aku kasi. Rupanya handset kawan dia, tapi dia ada kat situ. Skema giler aku cakap ngan dia. Malu beb gua yang tepon dia. Hahahahahaa.... Dia pun tergagap2 cakap ngan aku. Hehehehe sama2 malu masa tu. Aku tak cakap lama duit syiling aku sangat sayang masa tu. Jadik habis aje syiling emas tu, maka terputusla panggilan untuk kali itu.
Kat asrama aku tu ada tepon yang boleh call in, maka hubby aku dengan jayanya call aku. Maka bermulalah aktiviti bergayut aku dengan dia. Kekadang dia call aku atau aku call dia. Tapi lawaknya aku tak pernah jumpa dia. Aku ada kenal sorang abang maktab yang dikirakan rapat ngan aku. Aku hanya tanya kenal tak si polan ni... ok tak dia? Abang maktab yang rapat ngan aku ni kata ok. Boleh buat kawan. Tapi masa tu aku tak pikir apa pun. Apa kelas kawan ngan abang maktab. Kat U nanti mesti ada abang engineer yang hensome2.. Wakakakakakaa... Jahatnya aku. Maka mula aku berkawan dengannya tanpa ada sebarang masa depan.
Bersambung....

Selasa, 28 Oktober 2008

My Lil' Family Complete Again

Kakak, anak aku yang sulung dah balik dari Kedah. Hubby paling excited, Maklang msg dah sampai Rawang dia terus rush pakai baju nak pi ambik kakak. Aku biasa aje (yer la tu)... Anak aku sampai2 cakap dia lapar. Kesiannya! Aku pun ajak hubby pi makan.
Tapi sebelum pi makan dia telah membelok ke KL.. Aku pun confuse aje, tp aku diamkan aje. Rupa2nya dia telah membawa aku ke Jalan Masjid India (aku request pagi2 lagi nak pi Jln Masjid India ngan Hubby) Aku nak beli tudung Dubai. RM15 aje kat sini. Kat Uptown RM25 ma... Kalo aku beli 2 helai kat uptown aku boleh dapat 3 helai kat Jalan Masjid India siap berbaki RM5 lagi. Jadik memang aku beli 3 helai pun. Light brown, dark brown dan putih suci. Hehehhee...
Dari Jalan Masjid India hubby aku terus bawak kami ke Jln Gombak, nak makan Nasi Ayam Mancongkam... hehehehee... Sup dia yang tak leh tahan, aku suka giler.. Lagipun Air buah dia masih lagi murah berbanding tempat lain. Aku minum air mangga tapi Aqil yang tolong habiskan. Aku order nasi ayam biasa, hubby order nasi goreng hailam ayam garing. Tapi aku sempat snap nasi aku aje. Nasi Hubby tak dan sebab anak2 aku dah menjerit2 nak makan. Hehehehee...


Isnin, 27 Oktober 2008

Muhammad Naufal Aqil

Disebabkan ada entry yang speacial untuk kakak. MAka dengan adilnya mama juga buat entry untuk adik. Nama Muhammad Naufal Aqil, anak Koala mama. Sebabnya kalo kemana2 mesti melekat dekat dada mama macam koala. Terutamanya ke klinik. hehehehhee.... Panggilan manja Aqil atau adik. Papa yang tak tahannya kekadang panggil Mamat. Sesuai ke? Aqil sendiri bahasakan dirinya baby. Caca Merba.... Layankan aje
Buah hati mama... Kakak dan Aqil

Harimau kesayangan mama

Disebabkan kakak takde maka untuk memujuk Aqil, papa dengan bangganya telah membelikan satu permainan lelaki untuk Aqil. Gambar seperti di atas. Semalam pegi taman pun bawak benda alah tu. Lepas tu, jumpa orang aje terus tembak. Alamak, macam mana ni? Ada gaya2 toot... hehehehee... Sebelum ni mama ngan papa tak tahu pun yang adik minat ngan senjata, tetapi sejak balik raya hari tu la baru mama perasan. Itu pun sebab budak2 dekat blok ni ada pistol. Senapang kat atas tu berbunyi dan vibrate. Siap ada laser lagi. Seronok betul. Mama layankan aje. Yang tak tahannya papa yang beli tapi bila Aqil main mesti dia bising sebab bising gak bunyi senapang tu.

Semalam mama pi pasar dan beli kerang. Mama bagi adik rasa kerang, sekali rupanya adik alergik... Malamnya mata dia gatal, dok la dia gosok. Akhirnya mata yang sepet bertambah sepet sebab bengkak. Mama dengan paniknya mencari ubat alergik adik. Sebelum ni pun pernah jadik gak. Tengok2 tarikh, genap sebulan adik kena macam tu gak. Pang.. pang... salahkan mama.. Sorry mama tak tahu sebab hari tu jadik adik tak makan pun kerang. Kesian anak mama... Nak makan ubat punyala susah. Nak titis ubat pun payah. Macamana nak baik sayang..

Ahad, 26 Oktober 2008

Makan Sarapan


Aku, hubby ngan adik lapar pagi terus ke...


Makan nasi lemak kukus.


Hanya ada gambar adik sebab mama malu muka selenga, papa lak mama lupa nak snap gambar dia... Sorry yer papa..


Part 2 - Naurah Qistina

Entry sebelum ni aku citekan tentang anak aku yang akan balik ke Kedah dengan Maklangnya sahaja. Aku dan hubby tak balik....
Nak tahu apa yang terjadi...
Adik ngan papa baru sampai kat Hentian Jalan Duta
Kakak ngan Maklang tengah tunggu bas
Kakak muka terpaksa sambil tangan memeluk bantal geli
Taknak langsung duduk ngan mama&papa, duduk hanya dekat maklang
Aku & hubby sedih tau... Anak nak balik Kedah, Waaawaaaa
Bas anak aku dah sampai.. WaaWaaa....
Dia seronok aje naik bas ngan Maklang
Siap senyum lagi dari bas pandang mama...Waaa..waaa...
Adik nangis sambil menyebut nama kakak dia... sedih tau mama dengar. Sampai dalam kete adik nangis panggil "Tatak... tatak!" Mama apa lagi menitik2 air mata tak leh tahan. Waaa... Waa.... Anak tak nangis siap tersenyum lagi, tapi mamanya tak leh tahan... Apa la..
Last2 hubby sound, tu la anak 2 orang aje... Hilang sorang aje dah nangis teruk.. Kalo ramai pun mama nangis gak sebab anak mama la papa...

Jumaat, 24 Oktober 2008

Naurah Qistina binti Mohd Radzi

Dia anak aku yang pertama... Permata hati aku dan juga papa. Malah kesayangan tok dan wan di Kedah. Along ngan mak kat Johor pun sayang sangat kat dia. Dia aku panggil kakak, adiknya pula panggil tatak. Aku sayang sangat kat dia. Dia dah pandai membaca sukukata kvkv yang senang2. Malah dah pandai eja nickname dia "NANA". Aku bangga giler. Dia senang di asuh, tak banyak meragam tak macam adik... Tapi dia cukup2 payah bangun pagi (ikut mama dia). Kalo nak ke sekolah dia cukup menyiksakan, kena dokong ke bilik mandi. Lepas mandi ok aje.. Hahahahaa... Anak sapa la ni! Pandai jaga adik. Memang anak yang boleh diharapkan. Senang dijaga, kalo demam diam aje. Suap ubat pun senang tak banyak meragam. Pandai pujuk gak, panjang akal.


Malam ni kakak akan balik keKedah dengan maklang dia. Tok ngan wan rindu nak jumpa. Maklumlah raya hari tu kitaorang tak balik kedah pun.. Aku berat nak lepaskan tapi sebab kesiankan FIL yang rindu giler kat cucunya. Maka dengan redha aku izinkan. Aku selalu gak tanya dia akan nangis tak. Tapi dia cakap dia takkan nangis. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar... Malam ni kitaorang hantar maklang ngan kakak ke hentian bas jalan Duta. Tengoklah macam mana nanti... hehehehehehee... mesti mamanya yang sedih giler, kakak maintain aje... hahahahaha

Papa Demam

Papa demam teruk. Suhu badannya 38.8 oc.... Sian sangat. Papa balik tumpang Taib, mama jemput kat tepi highway. Memula tengok kesian sangat. Tak lalu makan, hanya pejam mata aje. Mama yang kena drive rasa macam tak bleh drive aje bila selalunya papa the tuff man jadik lembik sebab tak makan dan tak sihat.... Speechless sungguh. Mama terus drive ke klinik bawak papa ditemani anak2. Masa ni tak sempat snap gambar pun sebab panik. Papa seluruh badan berbalut, dari atas sampai bawah.
Selepas 24 jam di bawah jagaan mama, Alhamdulilah papa dah beransur sihat. Suhu badan pun tak setinggi semalam. Dah boleh makan seperti biasa. Semalam kena suap sebab dia tak lalu.. tapi tengah hari ni dia dengan jayanya makan sendiri. Syukur.
Alhamdulilah Papa dan beransur sihat, dah boleh main ngan anak2
Ubat2 yang papa kena makan

Isnin, 20 Oktober 2008

Kursus IT Hari Terakhir....

Hari ni hari terakhir aku berkursus... Ahhh... Lepas azab sebab aku boring gilerrrr.... aku lebih rela ke sekolah mengadap murid aku... hari ni tak banyak yang baru just Learning Essential... Boleh la.. tapi aku prefer guna stail aku... hehehehee, degil..
Hari ni aktiviti present aje.. Senang keje si Asrul tu.. hehehee.. dia duduk tengok aje kitorang present.. Layankan aje.. Tak yah stress asal ada.. dia bukan nak tengok yang advance pun hanya yang biasa2 aje. Jadik aku malas nak force member group aku. Lantakla... Wakakakakaa....
Cikgu2 tengah present

Senang keje mamat ni, tengok orang present

Aku yang poyo mendengar presentation bersama 'bestfriend'

Rumah Terbuka

Ahad aku ada 2 jemputan rumah terbuka. Satu daripada En Hasnal dan yang kedua Kak Zaida.
Memula aku sefamily telah meyerbu rumah En Hasnal punya open house... Best gile dia punya open house. Menunya banyak.. Aku makan laksa, hubby makan nasi tomato, anak2 makan sate, ada gak soto, lemang, nasi himpit dan sebagainya. Airnya ada air anggur, ada jugak ABC (air batu campur). Sedap.. Layan sungguh.. tapi sayang aku tak snap gambar makanan yang ada hanyalah seperti dibawah.

Lepas tu aku ngan family pegi bertolak ke rumah baru kitaorang kat platinum walk... Kak Zaida ni kira jiran satu kawasan lain blok... Aku punya rumah blok C dia punya rumah blok A.. Tapi dia buat open hall bukan open house. Sebab dia buat kat dewan bawah. Kat sini hubby aku jumpa semua member lama dia satu sekolah. Jadik lama la sikit kita orang kat sini. Aku layankan aje.
OTW ke rumah kak Zaida
Muka2 beginner blogger yang kurang tegar
Perbincangan tentang blogger ke???

National Library..

Aku bawa kakak ngan adik ke National Library untuk kali pertamanya... Ya Allah sukanya diorang... kakak tak cukup tangan pilih buku.. adik lak dapat satu buku bentuk ikan... cantik...
Dekat sejam aku ajak diorang balik. Kakak leh tak nak balik. Aku kena culik anak aku masuk kete sebab dia tak nak naik kete. Lawak giler. Nangis.. "Kakak tak nak pi Low Yat". Aku nak pi Low Yat sebab nak beli WebCam dan betulkan handset aku yang rosak... Nampaknya Webcam dapat di cari tapi handset aku takboleh betul kena beli lain... wakakakakakaa.... Suke.... Aku dapat handset baru!!!!


Kakak yang sedang membaca buku pertama

Aqil dengan buku yang berbentuk ikan

Open house Kak Dah... (Blok A)

Lepas balik dari sekolah (Kursus Perkembangan Staff) aku terus ke rumah Kak Dah di blok A. Blok dia ada buat open blok.. hahahaha... Maka dengan laparnya aku dan hubby menyerang blok A. Hahahahaa.... Banyak makanan yang disediakan. Satu rumah bawak satu lauk. Hasilnya memang banyak. Semua negeri ada wakil makanan yang dihidang. Kak Dah sendiri sediakan nasi dagang. Tapi aku rasa pun sebab aku lebih minat masakan orang johor, SOTO.
Gambar tuan rumah
Aku, hubby dan suami kak dah, tengok la meriah atas meja

Sabtu, 18 Oktober 2008

Perkembangan Staff

Sabtu ada perkembangan staff.. Kali ni tajuknya adalah berkaitan kerja rutin di sekolah... Main task ada mengajar, yang lain tu sebagai bonus.. hehehehehe.. yer ke? Layan......
Aku pakai blouse ngan skirt rupanya tak boleh pakai macam tu... wakakakakaa
Tengok la rupa2 cikgu sebelum perkembangan staf.. Ramai lagi tak sampai..
Dalam meeting pun sempat direct selling lagi.. Jual minyak wangi takpe jangan jual minyak dagu dah la... hahahahahaaa...

Jumaat, 17 Oktober 2008

TOLONG!!!!!!!!!!!!!


Payah betul... aku ada seorang member group yang sangat lemah dalam pengetahuan komputer... duduk sebelah aku lak... wakakakaka... Aku kena layankan..... Aku kan baik... Waaa...waaa... waa...

Kursus Hari Kedua....

Hari ni hari kedua aku kat kelas ICT... tadi kumpulan aku kena present macamana nak install printer dan print test print... hehehehee... kacang seh... nasib baik la ada member kumpulan yang nak ke depan joint present... lega hati aku, ingatkan aku yang kena present sesorang.. tapi aku taklah snap gambar tadi... tapi meh tengok gambar yang dan aku snap

En Asrul menerangkan sesuatu dengan tekun


Ida ngan kak Siti mendengar dengan teliti


Muka aku yang poyo dan mengantuk