Semalam aku malas sangat nak masak, sebab terlupa nak rebus tulang awal2... Pujuk punya pujuk aku telah berjaya mengajak hubby ku makan luar... walaupun aku tahu suamiku bukanlah mamat yang suka makan luar... jadik untuk mengumpan dia buka puasa kat luar maka aku telah bersetuju untuk makan nasi kandar kat mamak... sebab kat sana laki aku tak pening nak pilih makanan... dia tahu menu yang dia nak...
Lauk yang terpilih
sebelum buka adik nangis sebab ada mamak tegur dia sebab dia main air... lagipun papa berdehem pada dia... apa lagi merajuk la member... menangis mendayu-dayu....
Adik sebelum nangis
Kakak lak seronok aje... "kakak nak makan nasi ngan kuah... minum air milo.." seronok buka kat mamak... dia pun memang keluaran mamak... sebab masa mama mengandungkan dia hanya lauk mamak sahaja yang boleh masuk dalam tekak aku.Kakak yang gembira dan berselera
Ni kali kedua kami buka diluar sepanjang puasa ni... sebelum ini makan nasi bukhara Syed.... tapi aku tak makan pun.. order lain.... aku ni sebenarnya tak boleh masuk sangat lauk2 mamak... tapi kari Zameer aku tak tolak.... alamak terasa nak makan roti canai Zameer la pulak... ok... dah.... lama lagi nak buka.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan