Selasa, 21 Disember 2010

2nd Day di Langkawi

Pepagi tu kami makan sarapan yang simple aje. Makan roti kelapa (ni kes silap tengok ingatkan roti kaya). Pastu pagi2 lagi 3 beranak (hubby dan anak2) ni dah mandi pantai. Aku disebabkan sedikit masalah teknikal x dapat join. Hanya tengok dari tepi pantai aje. Dorang mandi seronok aje. Sampai paras dada hubby dia bawak anak2 mandi. Kakak dan aqil lak pakai arm ring syok aje diorang mengikut papa mereka berenang.

Lepas dah puas mandi, terus bersiap-siap ke Jeti nak beli tiket feri balik ke Kuala Kedah. Sampai kat Jeti hubby dan kakak aje yang pegi. Aku lak stay dalam kete sebab aqil tertido. Rupa-rupanya tiket feri tak boleh dibeli 2 hari sebelum tarikhnya. Tiket hanya boleh dibeli sehari sebelum tarikh feri berlepas. Kena ingat tu. Hubby lak terus beli tiket cable car di kuanter Jeti, dapat diskaun Rm1. Harga asal RM15 untuk dewasa. Tapi bila beli kat jeti dapatla RM14 per adult. Harga tiket kanak-kanak lak RM5 per kid. Jadi semuanya RM38.




Sebelum ke Oriental Village kami makan dulu di JOM IKAN BAKAR, berdekatan dengan Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dulu harganya murah tetapi sekarang boleh tahan mahalnya.. Kalo dulu kami sekeluarga makan x sampai RM20 tapi kali ni makan x seberapa pun tapi harganya sampai RM26. Pastu ikan x rasa fresh sangat. Rasa terkilan sikit




Sampai kat Oriental Village kene beratur ramai sangat orang nak naik cable car. Sejam jugak beratur, nasib baik aku pregnant dapat duduk. Hubby ngan anak2 aje beratur. Naik2 dalam cable car mengerikan sebab jauh sungguh dari platform bawah ke platform tengah. Aku pegang kuat besi dalam cable car tu... Ngeri....
Anak seronok aje naik cable car. Takde rasa takut pun. Aqil siap jalan-jalan lagi kat dalam cabel car. KAmi berenti di paltform tengah singgah sekejab sebelum naik ke platform paling atas untuk ke jambatan tergantung. Sebelum ke sky Bridge kami naik ke platform paling tinggi dan lepak2 makan aiskrim kat situ. Best aje, sejukk...

Rupa-rupanya kena berjalan jauh nak ke jambatan gantung tu. Aku memulanya gagah berjalan turun nak ke Sky Bridge tu sebab x pernah lagi menjejakkan kaki ke situ. Sampai2 kat jambatan tu rasa bergegar sangat. Takut aku. jalan pun pelahan-lahan aje. Pegang tiang besi dan pegang tangan kakak sebab ngeri. Takut jatuh ke bawah dengan anak2 sekali. X dapat dibayangkan oleh aku. Si Aqil lak siap bergayut kat besi jambatan. Aku takut sangat. Last2 aku biarkan papa dia aje yang jaga sebab mulut aku ni sebok membebel x henti2. Sampai petang jugak kami di atas Gunung Mat Cincang. Turun2 dah nak gelap, kami terus balik Ke Restoran Buluh makan malam. Malam tu jugak kami pi cari mamat yang offer kami untuk Island Hoping. Berapa harga nanti aku cite. Malam tu kami semua tido awal sebab esok awal2 pagi nak bersiap untuk Island Hoping.

Tiada ulasan: