Selasa, 21 Disember 2010
Sarapan Pagi Selasa 21/12/2010
Pagi ni aku ketandusan idea nak masak apa untuk sarapan anak-anak dan hubby. Memula cadang nak buat yang paling ringkas, goreng sosej aje. Aku tersilap letak sosej kat freezer, jadik keras macam batu sosej aku. Tunggu sejam tak lembut-lembut gak. Last2 tukar plan masakkan nasi goreng simple kat dorang. Buat air teh dan minum susu HL. Senang....
Resepi Nasi Goreng Simple
Bahan
4 cawan Nasi
6 batang Sayur Kacang Buncis
Segenggam Ikan bilis
2 ulas Bawang kecil dan bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil Stok ayam
1/2 sudu serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
2 sudu kecil Garam
minyak untuk mengoreng dan menumis
Cara-caranya:
1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang kecik dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan stok ayam.
3. Masukkan garam dan sayur kacang buncis. Biarkan sekejab, janga terlalu lama.
4. Masukkan nasi dan digaul rata. Selepas itu masukkan ikan bilis dan gaul serata.
5. Masak selama 5 minit dan angkat. Siap dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan