
Sampai2 kat airport hubby aku cari kete sewa. Memula nak ambik kancil tapi harga dia lebih kurang sama ngan Wira. Jadik Hubby ambik la kete Wira. Kami bayar RM250 untuk 4hari 3malam penggunaan kete wira tu. Nanti hari Jumaat kete tu parking aje kat Jeti, Tak payah hantar ke airport balik. Ok la tu... Seperti biasa kete sewa mana ada minyak banyak. Jadi dapat-dapat kete terus pi pam minyak, isi minyak RM20. Naik la satu takat.
Pastu terus pi chalet yang kami dah booking. Chalet yang kita orang sewa tu di Pantai Cenang. Kami sewa di Grand Beach Chalet. RM50 per night. Kami dah bayar untuk 7hb, kami kena bayar lagi untuk 2 hari. Jumaat kami nak check out. Semuanya RM200 termasuk deposit sebanyak RM50. Kami ambik chalet kecik yang hanya berkipas saja. Malas nak ambik yang aircond sebab tahu memang nak berjalan aje bukan dok dalam bilik pun. Kalo yang datang untuk honeymoon better ambik yang aircond sebab memang nak stay dalam bilik aje... Kalo bilik beraircond harganya RM150 per night.
Sesampai kat bilik kita orang terus makan makanan yang memang aku dah tempah siap2 dalam flight. Nak makan dalam flight macam x sempat aje... 45 minit aje penerbangan, sekejab sangat. Anak-anak pun x panas punggung lagi dah landing. Hehehehehe... xperla asal merasa naik kapal terbang. Bagi peluang katanya. Makanan untuk hubby Nasi beriani bukhara, aku nasi lemak dan anak-anak lak aku ambikkan hotdog. Nasi lemak aku memang sedap. Best!!! Hubby cakap nasi beriani dia pun sedap. heheheehe... Sayangnya anak2 x makan pun hotdog sebab sebelum flight dah bagi makan Double cheese burger kat LCCT.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan