Rabu, 22 Disember 2010

Kerete aku Hilang... Apa yang perlu kita buat apabila kereta kita kena curi



21hb Disember 2010 tercatat sejarah apabila kereta pertama yang aku beli atas nama aku hilang dicuri penyangak. No pendaftarannya WPC 1206. Sedihnya, tak terucap. Disebabkan kereta tu hilang maka dengan rasminya kenderaan utama aku untuk pegi keje dah takde. Patah betul kaki aku, huhuhuhu...



Tindakan yang perlu kita buat apabila kita hilang atau dicuri.
  1. 1. Pastikan dengan bank yang kete anda bukan ditarik oleh bank. Telefon bahagian penarikkan untuk respon yang betul. Jika tiada sah kereta anda hilang/dicuri.
  2. 2. Pegi buat report polis ke balai polis berdekatan. Jangan lupa bawa kad pengenalan, lesen, geran/salinan geran dan polisi insuran. Beserta salinan setiap satu.
  3. 3. Semasa report pastikan juga anda tahu no plat, no casis dan no enjin kereta. Masukkan juga semua data kedalam report tersebut.
  4. 4. Selepas itu, anda perlu menjalani soal siasat dengan pegawai penyiasat yang bertugas. Pastikan anda menjawab dengan yakin.
  5. 5. Selepas itu bawa kad pengenalan, lesen, geran, polisi insuran dan report polis ke syarikat insuran bagi kereta anda.
  6. 6. Aku punya kete kali ini di insuran kan oleh Allianz Insurance. Aku kena pi ke HQ atau cawangan terdekat. Aku pegi ke HQ di Plaza Sentral.
  7. 7. Kena isi borang Motor Accident Report Form. Kena jawab lak pelbagai soalan yang ada. Yes/No
  8. 8. Tunggu surat dari pihak insurans untuk tindakan seterusnya...

Nanti aku akan update lagi selepas dapat surat dari pihak bank.

Tiada ulasan: