Khamis, 2 Disember 2010

Pregnant check up

Semalam (2 Disember 2010) aku ada monthly check up kat klinik ibu mengandung Pasar Moden Gombak. Aku punya appoitment pukul 10.00 pagi kena jumpa Medical Officer aka doktor. Seperti biasa kena ambik nombor.


Aku dapat nombor 14, kad kuning. Sebab aku kena jumpa doktor untuk kali pertamanya dalam rekod buku pink.

Dah ambik nombor kena beratur untuk timbang dan ambik BP.... Berat aku kali ni 53.3kg (selepas makan nasi lemak sambal kerang).. Bulan lepas berat aku 52.7kg (selepas makan sebiji buah epal)... Bp lak 119/65 kira normal la ye... Tapi yang doktor risaukan adalah sebab Hb aku low, hanya 10.9 dan ditulis dengan pen merah. Huhuhuhu... Terus kena ambik Ferromed secara double. Dan kali ni doktor x bagi pil kalsium, mungkin lupa kot... Aku ada lagi check up pada 29.12.2010 ni pukul 7.30pg... Hehehehe... kata nurse orang terpilih aje... Entah2 ada ceramah kot... Layankan aje malas nak tanya kenapa...

Tiada ulasan: