Rabu, 1 Disember 2010

Aktiviti belajar bawak basikal tanpa tayar kecil

Kakak sekarang tengah berkobar-kobar untuk belajar bawak basikal tanpa tayar kecil... Tapi penakut. Asyik kena marah aje sebab takut nak imbangkan badan walaupun tayar kecil tak dibuang, hanya angkat ke belakang aje. Nak jugak tunggu sampai bila dia boleh bawak basikal tanpa tayar kecil disebelah. Aku dulu masa 6 tahun dah bawak basikal besar (jaguar) sebab dulu2 manalah mak aku mampu nak belikan aku basikal kecik. Basikal pertama yang mak aku beli pun masa aku umur 9 tahun. Memang basikal tu la untuk aku ke sekolah.. Ingat lagi, basikal warna merah... Along beli dekat Pekan Parit Bakar. Tapi aku rasa aku taklah penakut sangat macam anak aku sekarang ni... Dulu masa belajar bawak basikal takde sapa ajar aku pun. Aku yang kuat azam nak belajar, walaupun guna basikal pinjam... Ingat lagi aku basikal pinjam tu basikal kak Ani cucu Tok Mok yang duduk kat bandar Muar. Bayangkan aku mula2 belajar dah belajar kat jalan yang sesak.... hehehehehehe... tapi aku berjaya mengayuh basikal dalam masa sehari mak aku ke rumah tok mok tu... Luka kat kaki jangan cakap la, dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang aku belajar, akhirnya aku berjaya bawak basikal dengan 2 roda aje... Hehehehe... Ingat lagi aku kak Ani paling tak suka aku datang rumah dia sebab habis jahanam basikalnya aku bawak ke hulu ke hilir... entahla.. mungkin sebab aku takde basikal kat rumah tu yang azam kuat nak belajar dalam 1 hari aje... budak-budak sekarang ni semua ada tu yang belajar pun hangat-hangat tahi ayam aje.... hehehehehe....


Tiada ulasan: