Memaparkan catatan dengan label Langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Langkawi. Papar semua catatan

Selasa, 21 Disember 2010

2nd Day di Langkawi

Pepagi tu kami makan sarapan yang simple aje. Makan roti kelapa (ni kes silap tengok ingatkan roti kaya). Pastu pagi2 lagi 3 beranak (hubby dan anak2) ni dah mandi pantai. Aku disebabkan sedikit masalah teknikal x dapat join. Hanya tengok dari tepi pantai aje. Dorang mandi seronok aje. Sampai paras dada hubby dia bawak anak2 mandi. Kakak dan aqil lak pakai arm ring syok aje diorang mengikut papa mereka berenang.

Lepas dah puas mandi, terus bersiap-siap ke Jeti nak beli tiket feri balik ke Kuala Kedah. Sampai kat Jeti hubby dan kakak aje yang pegi. Aku lak stay dalam kete sebab aqil tertido. Rupa-rupanya tiket feri tak boleh dibeli 2 hari sebelum tarikhnya. Tiket hanya boleh dibeli sehari sebelum tarikh feri berlepas. Kena ingat tu. Hubby lak terus beli tiket cable car di kuanter Jeti, dapat diskaun Rm1. Harga asal RM15 untuk dewasa. Tapi bila beli kat jeti dapatla RM14 per adult. Harga tiket kanak-kanak lak RM5 per kid. Jadi semuanya RM38.




Sebelum ke Oriental Village kami makan dulu di JOM IKAN BAKAR, berdekatan dengan Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dulu harganya murah tetapi sekarang boleh tahan mahalnya.. Kalo dulu kami sekeluarga makan x sampai RM20 tapi kali ni makan x seberapa pun tapi harganya sampai RM26. Pastu ikan x rasa fresh sangat. Rasa terkilan sikit




Sampai kat Oriental Village kene beratur ramai sangat orang nak naik cable car. Sejam jugak beratur, nasib baik aku pregnant dapat duduk. Hubby ngan anak2 aje beratur. Naik2 dalam cable car mengerikan sebab jauh sungguh dari platform bawah ke platform tengah. Aku pegang kuat besi dalam cable car tu... Ngeri....
Anak seronok aje naik cable car. Takde rasa takut pun. Aqil siap jalan-jalan lagi kat dalam cabel car. KAmi berenti di paltform tengah singgah sekejab sebelum naik ke platform paling atas untuk ke jambatan tergantung. Sebelum ke sky Bridge kami naik ke platform paling tinggi dan lepak2 makan aiskrim kat situ. Best aje, sejukk...

Rupa-rupanya kena berjalan jauh nak ke jambatan gantung tu. Aku memulanya gagah berjalan turun nak ke Sky Bridge tu sebab x pernah lagi menjejakkan kaki ke situ. Sampai2 kat jambatan tu rasa bergegar sangat. Takut aku. jalan pun pelahan-lahan aje. Pegang tiang besi dan pegang tangan kakak sebab ngeri. Takut jatuh ke bawah dengan anak2 sekali. X dapat dibayangkan oleh aku. Si Aqil lak siap bergayut kat besi jambatan. Aku takut sangat. Last2 aku biarkan papa dia aje yang jaga sebab mulut aku ni sebok membebel x henti2. Sampai petang jugak kami di atas Gunung Mat Cincang. Turun2 dah nak gelap, kami terus balik Ke Restoran Buluh makan malam. Malam tu jugak kami pi cari mamat yang offer kami untuk Island Hoping. Berapa harga nanti aku cite. Malam tu kami semua tido awal sebab esok awal2 pagi nak bersiap untuk Island Hoping.

Isnin, 20 Disember 2010

1st Night di Langkawi

Aku tiba di Langkawi International Aiport pada pukul 8.25 malam. Flight penuh ngan penumpang orang Malaysia dan juga pelancong. Dalam flight hubby aku perasan sorang mamat ni. Aku bab-bab artis memang x kenal sangat. Dia kata Nubhan. Aku bila tengok perasan muka tapi x kenal nama. Si Nubhan ni naik flight ngan sorang awek cun. Hehehehe... bergosip la pulak. Mungkin ada event kot kat Langkawi.

Sampai2 kat airport hubby aku cari kete sewa. Memula nak ambik kancil tapi harga dia lebih kurang sama ngan Wira. Jadik Hubby ambik la kete Wira. Kami bayar RM250 untuk 4hari 3malam penggunaan kete wira tu. Nanti hari Jumaat kete tu parking aje kat Jeti, Tak payah hantar ke airport balik. Ok la tu... Seperti biasa kete sewa mana ada minyak banyak. Jadi dapat-dapat kete terus pi pam minyak, isi minyak RM20. Naik la satu takat.

Pastu terus pi chalet yang kami dah booking. Chalet yang kita orang sewa tu di Pantai Cenang. Kami sewa di Grand Beach Chalet. RM50 per night. Kami dah bayar untuk 7hb, kami kena bayar lagi untuk 2 hari. Jumaat kami nak check out. Semuanya RM200 termasuk deposit sebanyak RM50. Kami ambik chalet kecik yang hanya berkipas saja. Malas nak ambik yang aircond sebab tahu memang nak berjalan aje bukan dok dalam bilik pun. Kalo yang datang untuk honeymoon better ambik yang aircond sebab memang nak stay dalam bilik aje... Kalo bilik beraircond harganya RM150 per night.

Sesampai kat bilik kita orang terus makan makanan yang memang aku dah tempah siap2 dalam flight. Nak makan dalam flight macam x sempat aje... 45 minit aje penerbangan, sekejab sangat. Anak-anak pun x panas punggung lagi dah landing. Hehehehehe... xperla asal merasa naik kapal terbang. Bagi peluang katanya. Makanan untuk hubby Nasi beriani bukhara, aku nasi lemak dan anak-anak lak aku ambikkan hotdog. Nasi lemak aku memang sedap. Best!!! Hubby cakap nasi beriani dia pun sedap. heheheehe... Sayangnya anak2 x makan pun hotdog sebab sebelum flight dah bagi makan Double cheese burger kat LCCT.

Lepas makan aku terus bawak anak2 main pasir kat pantai. Hubby lak masih lapar pi cari makan kat Restoran Hj Jelani. Hubby makan Nasi Goreng Ayam, hubby kata x berapa sedap. Aku lak ambik bihun sup, supnya rasa macam air panas aje.. hehehehehe.. tapi anak2 makan sebab ada fish ball. Hubby punya nasi dan bihun aku harga RM4. Minum lak milo medium size 2 gelas, harga ikut macam OTWC.... Segelas RM3. Anak2 lak sebok main pasir. Aku biarkan aje sebab dorang mana pernah main pasir pu kat KL ni... Pastu jalan2 tepi pantai. Itu aje cite aku 1st night di Langkawi.