Jumaat, 22 Oktober 2010

Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?

Dalam salah satu forum yang aku join ada satu isu yang menarik hati aku untuk di ulas lebih lanjut kat blog aku. Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?

Kalo mengikut pengalaman aku sendiri, masa anak sulung. Aku x tahu pun aku ni mengandung lagi tapi hubby aku sebok demam. Dekat 2 minggu demam. Arwah mak aku dok la bunyi ni Radzi demam ni kot2 Eda mengandung kot. Aku lak menafikannya sekeras-kerasnya sebab x lewat pun lagi. Lepas dari tu dia pening aje memanjang. Asyik2 pening, sampai aku pun pening sekali la. Bila dah kompem aku pregnan, dia tetap pening. Aku lak masuk bulan ke 3-6 aku x lalu makan nasi. Nasi rasa macam x best sangat. Lagipun masa tu bujang, asyik makan kat luar. Banyak2 yang aku lalu mee mamak. Padahal sebelum ni aku memang x suka mee kuning. tapi masa mengandung si kakak, mee mamak la paling sedap. Siang malam, makan mee aje.

Anak yang kedua pulak, aku xde sebarang alahan. Elok aje... Keje, drive kete tapi malas ya rabbi. Pegi keje, balik keje, tido, bangun tido, pegi keje. Tu la rutin aku. Baju bertimbun2 x basuh. Dapur x pernah masuk pun. Bayangkan baju dah habis stok leh bungkus dalam beg sampah hantar dobi. Sekali hantar dekat RM20 la jugak. Hahahahaha.... Hubby lak, boleh dia mengidam rokok. Dia cakap nampak mamat mana2 yang hisap rokok tu nampak sedap sampai rasa nak rembat rokok kat tangan orang. Sempatla dia merokok 3 batang rokok. Abu lak selamba aje tinggal kat meja komputer, kantoi ngan bini la. 3 batang tu yang aku tahu, yang x tahu tu entah berapa tah.

Mengandung sekarang ni, hubby pagi2 rasa mual2 tapi x muntah pun. Pastu sebok nak makan sotong. Aku lak x lalu nak makan ikan. Kalo dulu aku boring makan ayam dan daging aje... Sekarang ni tu la lauk aku. Hehehehehe

Tiada ulasan: