Sabtu, 30 Oktober 2010

Aqil tersepit pintu kereta

Semalam, aku mabuk teruk. Sampai x leh bukak mata langsung sebab kepala pening sangat-sangat. Semua family yang stay rumah aku nak pi SOGO. Aku memang sah-sah tak leh ikut. Jadik aku, kakak dan maid aje yang tinggal dekat rumah. Hubby, Aqil dan semua family lain meronggeng di SOGO. Aqil bagaikan di syurga bila papa bawa dia pi beli kereta. Pasti "foyooo" selalu. Aku kat rumah rasa lama sangat bila kena tinggal.
Dalam pukul 5 lebih, hubby call cakap Aqil tersepit pintu kereta. Dia kata teruk, lebam, ada darah beku dan bengkak besar. Aku terkejut sangat2 sebab baru tadi aku dengar suara Aqil sebut "fuyooo kete power". Aku x dapat pk klinik mana yang paling dekat dengan SOGO. Hospital Tawakal aje yang terlintas dalam otak aku. Aku suruh hubby bawak Aqil ke sana. Tengokla jari hantunya yang lebam dan bangkak dek kerana tersepit pintu. Sian tengoknya


Nasihat doktor rendam tangan Aqil dalam ais, buat sejam sekali dalam 5 minit. Kena makan ubat demam including pain killer. Dapat gak ubat antibiotik. Dan dia memang budak yang baik sebab bila doktor check jari dia, baik aje duduknya. Doktor kata nasib baik tulang dia tak patah. Alhamdulilah.....

Tiada ulasan: