Sabtu, 30 Oktober 2010

Aqil tersepit pintu kereta

Semalam, aku mabuk teruk. Sampai x leh bukak mata langsung sebab kepala pening sangat-sangat. Semua family yang stay rumah aku nak pi SOGO. Aku memang sah-sah tak leh ikut. Jadik aku, kakak dan maid aje yang tinggal dekat rumah. Hubby, Aqil dan semua family lain meronggeng di SOGO. Aqil bagaikan di syurga bila papa bawa dia pi beli kereta. Pasti "foyooo" selalu. Aku kat rumah rasa lama sangat bila kena tinggal.
Dalam pukul 5 lebih, hubby call cakap Aqil tersepit pintu kereta. Dia kata teruk, lebam, ada darah beku dan bengkak besar. Aku terkejut sangat2 sebab baru tadi aku dengar suara Aqil sebut "fuyooo kete power". Aku x dapat pk klinik mana yang paling dekat dengan SOGO. Hospital Tawakal aje yang terlintas dalam otak aku. Aku suruh hubby bawak Aqil ke sana. Tengokla jari hantunya yang lebam dan bangkak dek kerana tersepit pintu. Sian tengoknya


Nasihat doktor rendam tangan Aqil dalam ais, buat sejam sekali dalam 5 minit. Kena makan ubat demam including pain killer. Dapat gak ubat antibiotik. Dan dia memang budak yang baik sebab bila doktor check jari dia, baik aje duduknya. Doktor kata nasib baik tulang dia tak patah. Alhamdulilah.....

Rabu, 27 Oktober 2010

Forum RatuHati

Sayangnya, aku baru aje hoin satu forum group iaitu RatuHati, banyak info berguna bagi isteri2 yang ingun hamil, ibu2 yang sedang hamil dan banyak lagi... Tapi sayangnya sekarang Forum RatuHati mengalami masalah teknikal... Harap moderator dapat perbaiki kembali forum tersebut. Sebab aku dah banyak kawan2 kat situ... Lagi kawan2 yang lebih kurang sama EDD dengan aku. Sayang kalo forum tu terus mati di situ..

Selasa, 26 Oktober 2010

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (8 minggu)

Minggu ke 8: Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.
Dah 8 minggu babies membesar dalam worb mama... Kejab aje dah 2 bulan. Lagi sebulan baru mama boleh intai dorang berdua. Masa tu mesti lagi besarkan. Bulan 12 ni kami sekeluarga akan ke Langkawi flight by Air Asia... Masa tu dah 3 bulan lebih, InsyaAllah xde apa2...

Isnin, 25 Oktober 2010

8WeeksScan.mp4

Pagi tadi pegi follow up di Klinik Sarmukh. Doktor tanya ada bleeding ke tak... dah takde dah... Jadik dia suruh aku baring untuk scan babies. EDD aku dah berubah lak, 6 June 2011... Alhamdulilah, babies sihat... meh tengok videonya. Blank x tau nak cite apa... hehehehehe

SOS LADA HITAM

SOS LADA HITAM (kredit to kak hanieliza)

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan/stok tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau daging

Ahad, 24 Oktober 2010

Kentang Putar / Mashed Potato ala KFC




Kentang Putar ( ala KFC)

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya


Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (kurangkan kepada 3 sudu)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Sedap sangat sehingga menjilat sudu... huhuhuhu

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bagaikan PUTERI...

Aku bagaikan seorang puteri. Sekarang hubby memang x bagi aku buat apa2 pun keje termasuk mengangkat mangkuk. Aku hanya leh tolong angkat pinggan melamin aje. Yang berat semua dah tak boleh angkat. Tadi pagi pegi MyMydin aku hanya dibenarkan mengangkat bungkusan roti. Yang lain (ada dalam 5 plastik - semua berat) hubby aku yang angkat. Hehehehehe... Bestnya. Jarang aku dapat layanan yang macam ni. Sekarang ni anak2 nak makan apa pun, papa dorang tak bagi aku yang ambikkan.

Sayang abang... Tq sebab jaga Eda sekarang dengan begitu teliti. Sentiasa pantau semua tingkah laku Eda. Tq juga sebab sekarang kurang makan makanan laut. Sentiasa belikan semua benda yang eda nak makan. Kena selalu carikan susu HL untuk Eda. Terima kasih sayang. I love you...

Percubaan Pertama Keluar Rumah Selepas 5th Day Bed Rest

Bangun pagi tadi seperti biasa rasa lapar, disebabkan hubby ada aku pun gedik ajak dia makan kat mamak. Padahal ni percubaan pertama kali nak keluar dari rumah. Masa nak tunggu lif sampai aku dah rasa mengigil2. Takleh nak berdiri, terus mencangkung kat depan lif. Bila kat atas motor lak, kuat aku peluk hubby takut terjatuh. Sampai kat kedai mamak aku order roti canai dan mee goreng. Kami share la berdua. Pas makan terus pegi MyMydin beli sikit barang2 dapur. Tapi Aku rasa lain mcm aje. Balik2 rumah aku takleh tahan dah. terus baring kat katil dan tertido. Ni baru bangun, nasib baik dah ok skit. Aku masih x boleh adjustkan diri dengan dunia luar selain dalam rumah aku.... Macamana la Isnin ni nak keje. Aku xde seminggu pun dah mcm2 sekolah call. Hai... Doa2kan yer aku sihat walafiat nak ke sekolah. Kesian murid2 aku....

Jumaat, 22 Oktober 2010

Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?

Dalam salah satu forum yang aku join ada satu isu yang menarik hati aku untuk di ulas lebih lanjut kat blog aku. Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?

Kalo mengikut pengalaman aku sendiri, masa anak sulung. Aku x tahu pun aku ni mengandung lagi tapi hubby aku sebok demam. Dekat 2 minggu demam. Arwah mak aku dok la bunyi ni Radzi demam ni kot2 Eda mengandung kot. Aku lak menafikannya sekeras-kerasnya sebab x lewat pun lagi. Lepas dari tu dia pening aje memanjang. Asyik2 pening, sampai aku pun pening sekali la. Bila dah kompem aku pregnan, dia tetap pening. Aku lak masuk bulan ke 3-6 aku x lalu makan nasi. Nasi rasa macam x best sangat. Lagipun masa tu bujang, asyik makan kat luar. Banyak2 yang aku lalu mee mamak. Padahal sebelum ni aku memang x suka mee kuning. tapi masa mengandung si kakak, mee mamak la paling sedap. Siang malam, makan mee aje.

Anak yang kedua pulak, aku xde sebarang alahan. Elok aje... Keje, drive kete tapi malas ya rabbi. Pegi keje, balik keje, tido, bangun tido, pegi keje. Tu la rutin aku. Baju bertimbun2 x basuh. Dapur x pernah masuk pun. Bayangkan baju dah habis stok leh bungkus dalam beg sampah hantar dobi. Sekali hantar dekat RM20 la jugak. Hahahahaha.... Hubby lak, boleh dia mengidam rokok. Dia cakap nampak mamat mana2 yang hisap rokok tu nampak sedap sampai rasa nak rembat rokok kat tangan orang. Sempatla dia merokok 3 batang rokok. Abu lak selamba aje tinggal kat meja komputer, kantoi ngan bini la. 3 batang tu yang aku tahu, yang x tahu tu entah berapa tah.

Mengandung sekarang ni, hubby pagi2 rasa mual2 tapi x muntah pun. Pastu sebok nak makan sotong. Aku lak x lalu nak makan ikan. Kalo dulu aku boring makan ayam dan daging aje... Sekarang ni tu la lauk aku. Hehehehehe

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (7 minggu)

Minggu ke 7: Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Khamis, 21 Oktober 2010

Week 7: Welcome to the hormonal rollercoaster!

Fetal development in pregnancy week 7: embryo in second month
Your baby is really beginning to develop more physical definition this week – their oversized head isn’t just large and oblong anymore, it’s actually a little bit pointy. The tiny receding tail bud is now starting to be overshadowed by the growth of their legs, which are now complete with knees and the beginnings of toes. Their eyes and ears are the most visible features on their head and their miniature bones are starting to harden throughout their body. You also have some variation on a boy or a girl at this point, although their genitals won’t be visible enough to determine which color cigars you’re going to buy until around the 16th week.

Day 4 - Bed Rest

Hari ni hari ke-4 aku berehat kat atas katil. Dah xde spot dah tapi rasa sengal kat bawah ari-ari. Jalan, duduk atau baring rasa sengal2 aje kat bawah tu. Kejab lagi nak cari kat internet napa leh rasa sengal kat situ.

Kakak dan Aqil sebok tengok "Mister Maker". Tadi tengok movie "Baby Baby Baby" cite Jepun pasal ibu2 mengandung. Seronok pulak, kakak siap tanya "Macam tu ke mama sakit nak lahirkan kakak dan adik?" Aku jawab memang la macam tu. Sakitnya x leh cakap tapi bila tengok anak2 mama yang comel tu hilang terus sakitnya. Rasa puas hati.

Entah macamana lak nanti masa nak melahirkan twin mama yang ini? Tapi sekarang tengah sebok baca2 pengalaman ibu2 yang ada anak kembar spt Blog Elly Emmy dan beberapa lagi link yang ada dalam blog tu. Semua geng2 anak kembar, SERONOK!

pregnancy cartoon

Rabu, 20 Oktober 2010

Aqil Nebulizer

masa ni belum kena nebulizer, tu yang terbaring aje, sekarang jangan harap asyik bergaduh aje ngan mama, papa dan kakak




Aqil ni ada lelah sikit. Dah 2 hari makan aiskrim sebab papa baik sangat bagi kakak pi kedai. Papa mintak kakak tolong belikan paper. Jadi upahnya boleh beli aiskrim. Jadi dengan gumbiranya Aqil dan Kakak makan aiskrim.


Start petang semalam, aqil dah batuk... kong... kong tapi manja2 gitu. Papa bagi ubat batuk dan kahak yang memang dah ada dalam peti sejok. Tapi x gak baik. Jadik malam sebelum tido, aku lak bagi 1 sudu teh ubat batuk dan 1 sudu teh ubat kahak. Malam tu dia x boleh gak tido. Asyik batuk mintak aku peluk. Sampai pagi tadi.


Bangun pagi2, dia jerit "Aqil penat, Aqil penat". Sebab dia x leh tarik nafas dengan puas. Saluran nafas dia sempit. Kete aku lak xde sebab masuk kedai cat. Jadi aku terus call hubby cakap Aqil dah teruk. Dia pun terus cepat2 balik


Pegi terus ke Klinik Permata, jumpa Dr Asmah. Terus kena nebulizer. Aku x sempat ambik gambar masa Aqil meronta2 x nak kena neb. Lepas dia rasa macam ok aje pas neb dia terus dok diam. Sampai habis dia diam aje. Dr Asmah check laluan tu dah x sempit dah. Masa dia meronta-ronta x nak neb, Dr Asmah siap2 sound cakap kalo x boleh gak kena pi hospital. Alamak! Sentap sebab aku tengah bed rest tapi anak admitted lak. Nasib baik Aqil setuju untuk nebulizer. Alhamdulilah....


gambar kredit to google

Sekarang ni Aqil tengah aktif melompat sana sini sebab dah ok sikit. Tapi still ada lagi batuk manja-manja dia. Nasib baik nak makan ubat. Asyik la nak ganggu mama dia. X pe la sayang.. Korangla penyeri hidup mama dan papa.

Selasa, 19 Oktober 2010

SELAMA 2 HARI INI AJE LE KEJE AKU. BARING DI KATIL SAMBIL MENONTON TV. DOKTOR SURUH AKU REST ON BED. NAK JALAN2 PUN TAK BERANI. BARING, MAKAN MINUM DAN TENGOK TV. ANAK2 LAK MACAM TAHU AJE MAMA DIA TAK SIHAT. TAK GANGGU PUN

Stroller Idaman Hati

Peg Perego Duette SW, Java
Mungkin hanya angan-angan aje... Kena banyak berkorban kalo beli stroller ni. Harag stroller ni dah boleh buat bayar downpayment kete... Hehehehehe

Isnin, 18 Oktober 2010

Klinik Ibu Mengandung & Kanak-Kanak

Klinik Ibu Mengandung & Kanak-Kanak in KL area

Jln Cheras 03-9284 5166
Sri Kota Bandar Tun Razak 03-9171 7129
Hang Tuah 03-9221 4445
Jln Gombak 03-4021 8030
Rampai Court 03-4149 8070
Jln Tun Ismail 03-4042 2584
Tmn Tun Dr Ismail 03-7728 1033
Jln Raja Abdullah 03-2698 8580
Tmn Sri Sinar 03-6277 0151
Cheras Makmur 03-9130 4792
Bangsar 03-2282 5564
Jln Klang Lama 03-7981 3369

bleeding semasa hamil kembar tidak seiras

Pagi tadi bangun2 dari tidur, pegi buang air kecil. Tengok-tengok bleeding. Tak banyak, spot aje. Tapi dulu masa keguguran yang dulu pun mula dari spot then terus kena D&C. Aku keluar dari toilet terus nangis... Hubby lak marah2.. Tu la angkat Aqil lagi buat apa? Pot pet pot pet... Aku pun suruh dia hantar aku pi klinik dulu sebab kete aku masuk bengkel (nak cat baru). Dia pun membebel. Call sekolah dia cakap dia pi lewat. Aku terus nangis walaupun tengah bersiap nak pi klinik. Pegi klinik kerajaan dulu. Time doktor check dia suruh lendehkan seluar. Aku dah mandi dan salin seluar, xde lagi spot darah. Doktor sarankan ke swasta yang ada scanner. Jadi aku terus ke Klinik Sarmukh... Klinik yang biasa aku check memasa pregnancy...

Masuk2 jumpa doktor aku terus sebak nak cite tu tak boleh. Then doktor suruh aku baring dan dia terus scan babies. Memang ada bentuk kacang dalam sarung, kedua-duanya. Aku berdebar2 bila doktor cakap dia nak tengok heart beat baby..

1 fetus.... saiz 6 minggu 3 hari... then aku nampak heart beat dia, bergerak2... Alhamdulilah... Then doktor cakap, kita dengar pula, dug..dug... dug... Ada heart beat... Alhamdulilah...

2 fetus..... Nampak juga jantung dia bergerak2... Alhamdulilah. Sound heart beat pun cantik aje.. Terus doktor kata dua2 fetus normal... It okay! ALHAMDULILAH... I akan bagi u suntikan untuk kuatkan rahim kata doktor. Aku yer kan aje... terus dia cucuk di punggung.

Aku mintak2 babies aku akan selamat dan berada di dalam rahimku sehingga 9 bulan dan matang sebelum dilahirkan... Amin....

Ahad, 17 Oktober 2010

Breast Pump




Duo Stroller / Twin Stroller


Esprit Speed Sun Duo Stroller- Red (Ages: Newborn -15 kg;)
SKN# 795410
Final Price (each) : RM749.95



Tandem Stroller (Age: Newborn - 15kg;)
SKN# 796735
Final Price (each) : RM799.95


Aku dah beberapa kali survey twin stroller... Banyak yang mahal2... Last-last aku terjumpa Esprit Speed Sun Duo Stroller dan Tandem Stroller di ToyRus... Price pun boleh tahan... Sesuai untuk newborn... Jadi ini merupakan target aku... Aku akan sentiasa pantau sale kat ToyRus untuk dapatkan harga yang lebih murah. InsyaAllah

Sabtu, 16 Oktober 2010

Perhimpunan Guru Kebangsaan 1 Malaysia

Guru Pemangkin 1Malaysia
Perhimpunan Guru 1Malaysia
Stadium Putra Bukit Jalil
20 ribu orang guru serata Semenanjung Malaysia

Amanat Perdana Menteri 4 fokus dan penekanan utuk setiap guru
1. Mampu membangunkan intelektual di kalangan murid dan berdaya saing.
2. Mengukuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknologi.
3. Masyarakat yang bilingual (mahir 2 bahasa utama)
4. Nilai/value dalam pendidikan

InsyaAllah amanat ini akan tersemat di hati. Dan cepat2 la fikirkan pelbagai keistimewaan untuk guru seperti yang diminta di dalam memorundum yang dihantar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sup Tulang Siam

Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna
1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya
Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ukur lilit my tummy

Dalam keadaan normal atau biasa -> 28 inch


Selepas 6 minggu pregnancy -> 33.2 inch

And how's mom doing?

It’s official (grumble): if you’re going to have morning sickness, you’ll be feeling the unpleasant symptoms starting some time this week. If you don’t, then chances are you’re in the clear-- but don’t blame us if we’re wrong! There are always a handful of women who are officially morning-sickness To lessen your symptoms, you’re going to have to buckle down and focus on cleaning up your diet. Don’t eat fatty foods, drink lots of fluids, eat several small meals throughout the day, take plenty of naps, and don’t forget the prenatal vitamins! late-bloomers with another week or two before the nausea sets in. There are several factors that can help you determine whether or not you you’re one of the unlucky ones. If you are having twins (or more), or had morning sickness with an earlier pregnancy, or experienced nausea or vomiting with birth control pills, then you might expect to have morning sickness with this pregnancy. To lessen your symptoms, you’re going to have to buckle down and focus on cleaning up your diet. Don’t eat fatty foods, drink lots of fluids, eat several small meals throughout the day, take plenty of naps, and don’t forget the prenatal vitamins! (Have you consulted with your doctor of nutritionist yet?) For those of you without morning sickness: don’t dwell on it,you're just one of the lucky 20% of pregnant women who never actually experience morning sickness.

Khamis, 14 Oktober 2010

Week 6: There's nausea everywhere!


Fetal development in pregnancy week 6: embryo in second month

This is going to be a busy week for your amazing little embryo. Their brain is still growing remarkably fast; miniature hand plates are starting to develop and the early formations of what will be their fingers are already visible. Also, the lower limbs do not develop quite as fast, so they’re pretty much still flippers. Up until this point, your baby has been very curled up with the head and tail in close proximity, but this week their trunk and neck are beginning to grow and straighten as their tail recedes into its resting position in the back. Even though your little miracle is only 6 weeks old, they’re already capable of demonstrating reflex responses to touch!

6 weeks

pregnancy cartoon

Rabu, 13 Oktober 2010

Alahan dan morning sickness

Alhamdulilah aku belom mengalami apa-apa lagi morning sickness. Tapi si Hubby lak yang rasa mual-mual. Hehehehhee... Tapi aku takde langsung selera nak makan ikan. Semua ikan nampak tak sedap. Dulu kalo ikan patin masak asam pedas, bukan main sedap lagi... Sekarang ni tengok aje... Takde loya ke... Tapi takde rasa nak makan. Kira ikan merupakan alahan bagi diriku... Hehehehe....

Sekarang ni sekecilku (Aqil) juga sudah taknak dipanggil adik. Dia sendiri request panggil abang. Memula aku cadang nak panggil Angah tapi seboleh-boleh dia taknak.... Nak abang jugak. Layankan aje, asalkan dia mengaku dia abang... Pregnancy sebelum ni (awal tahun 2010) dia tak mengaku yang dia tu abang. Then bulan Februari kandungan aku bleeding, dan aku kena D&C... Agaknya memang anak aku tahu yang adik dia yang itu x menjadi. Tapi, InsyaAllah kali ni mungkin rezeki kami kali ini.

Anak kembar tak seiras


Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak initidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

Selasa, 12 Oktober 2010

Kembar Tidak Seiras (Non-identical twin)

  • 2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
  • mempunyai kandungan genetik berbeza.
  • ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
  • plasenta berasingan.
  • jantina mungkin sama atau berbeza.

Week Five: The embryonic stage begins

You are 5 weeks pregnant. (about three weeks from conception)
  • The amniotic fluid is being built up.
  • The embryo grows from a tiny speck about 2mm - the size of a pin head.
  • By the end of the week the embryo will have more than doubled in size to about 4-5mm.
  • The egg has now completely grown into the mucous membrane of the uterus which covers the egg, the umbilical sac and the amniotic fluid cavity.
  • A fibrin clot closes the hole to the uterus cavity.
  • The placenta is developing.
  • The embryo starts receiving oxygen and nutrition through the placenta.

The cells making up the ovum are beginning to differentiate and specialize in areas of development. Some cells will make up the embryo; others the amniotic sac and placenta etc. The ovum, which has been floating around in your uterus, has now implanted into the wall of the uterus. Now comes an exciting time of rapid growth! The amniotic sac, amniotic cavity and yolk sac are developing. The placenta is beginning to form now too.

Implantation - Some spotting (also known as implantation bleeding) may occur about 10 - 14 days after conception. You may believe you are starting your period but generally this spotting (bleeding) is extremely light and lasts only a day or so. At week five, you might begin to suspect you're pregnant since the embryo produces hormones which stop the mother's menstrual cycle. The fertilized egg, now called a blastocyst, is a fluid-filled cluster of about 500 cells, still multiplying madly. It is attached to the uterus wall and divides into two parts. The half attached to the uterine wall becomes the placenta, the vessel-filled support system that nourishes the developing life, and the other half will become the baby.

At the end of week five; nerve growth begins when a sheet of cells on the back of the embryo folds in the middle to form a tube, which will become the future spinal cord. At one end tube enlarges to form the brain's major sections. The amniotic fluid that cushions the embryo begins to form. Between the forth and fifth week the embryo more than doubles in size to about, 4-5mm about a 1/8 inch in size.

Isnin, 11 Oktober 2010

Kandungan Kembar Tidak Seiras

Tadi aku pi check up di Klinik Sarmukh... Pegi 2nd check up sebab awal2 pregnancy aku sakit di bawah abdomen. Takut-takut ec-topic tapi Alhamdulilah mengandung dalam rahim.. Tetapi berita lain pula yang aku dapat. Dalam rahim aku ada 2 sarung, maksudnya aku mengandung kembar tapi tak seiras. Alhamdulilah, rezeki kami sekeluarga. Kakak dan Aqil x yah berebut sebab bakal ada 2 baby yang mereka boleh cop. Hehehehe... Kakak dah bersetuju nak jaga walaupun kena bantu tukarkan pampers... Beria-ia sungguh dah... Aku doa supaya kandungan kali ini selamat aku kandung sehingga kedua-duanya selamat dilahirkan... Amin
Tadi lupa nak suruh doktor print gambar scan tadi.. Takpe lagi 3 minggu, ada check up seterusnya. InsyaAllah kali ni gambar scan aku mintak dicetak. Aku juga akan sentiasa update tentang kandungan ini untuk tatapan aku dan anak2ku nanti... InsyaAllah

Sabtu, 9 Oktober 2010

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu

Minggu ke 5: Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Week 5: Teeny tiny baby steps

Week 5: Teeny tiny baby steps

Fetal development in pregnancy week 5:
embryo in second month

The changes to your growing embryo are not quite as drastic this week as they've been in the last few weeks. Growth is now largely focused on their little head, which is starting to develop much more rapidly than the rest of their tiny body. This is because their amazing brain is undergoing some very crucial and rapid development in order to effectively regulate their heart rate, blood circulation, and other vital functions. As for the rest of their miniature body, what were simple limb buds last week are limb flippers this week and the tail is more expressed. Amazingly, within a mere five weeks your little miracle is already developing the rudimentary forms of their liver, pancreas, lungs, stomach and nasal pits while their little heart is already increasing its circulation. Your baby is now a whopping 4-6mm in length.
pregnancy cartoon

Khamis, 7 Oktober 2010

Tomyam putih


Bahan-bahan
1 labu bawang besar, potong baji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4-5 tangkai cili api
2 batang serai
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam di potong kecil
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 biji tomato di potong 4
1/4 cawan santan
sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain..
Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk,
Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
Masukkan santan.
Perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
Didihkan lagi beberapa minit, siap!

Rabu, 6 Oktober 2010

Alergi Mata - Mata Merah (Kanak-kanak)

RAMAI kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. Kanak-kanak kerap kali mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidak selesa.
Dalam bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis. Keadaan ini menyebabkan mereka kerap tidak menghadiri persekolahan dan menimbulkan keresahan para ibu bapa.
Terdapat ramai juga di kalangan ibu bapa dan para guru yang kurang memahami tentang penyakit alergi mata ini dan menyangka keadaan ini boleh berjangkit kepada pelajar-pelajar lain.
Atas alasan tersebut, kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi mata dilarang menghadiri sesi persekolahan dan boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.
- Punca
Penyakit ini berlaku disebabkan tindak balas alahan pada struktur konjunktiva mata. Tindakbalas alergi ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada:
* debunga
* habuk
* makanan-makanan tertentu (seperti makanan laut, telur dan sebagainya)
* bulu binatang
* asap rokok
* bahan kimia klorin
* minyak wangi dan kosmetik
* lain-lain punca
Penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan kuman dan ia tidak berjangkit sama sekali. Pesakit yang mengalami masalah alergi mata kerap kali turut mengalami penyakit-penyakit alergi lain seperti asma, rhinitis (resdung) dan penyakit alergi kulit.
Kebanyakan pesakit-pesakit juga turut mempunyai sejarah keluarga atau ahli keluarga yang lain turut mengalami penyakit-penyakit alergi seperti yang dinyatakan di atas.
- Gejala klinikal
Penyakit ini biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata. Pesakit biasanya mengadu mata merah, gatal pada mata dan mata berair.
Kelopak mata pesakit juga kadang-kala turut membengkak sedikit. Penyakit ini biasanya tidak mengganggu ketajaman penglihatan kecuali dalam kes-kes yang teruk dan serius.
Tanda-tanda klinikal ini kerap kali berlaku dan biasanya mengambil masa selama tujuh hingga 10 hari untuk pulih.
Ia juga boleh berulang pada bila-bila masa sahaja dan biasanya agak kerap berlaku dalam kes-kes yang serius.
Bagi kes yang serius, pesakit boleh mengalami keadaan mata yang sangat merah dan tidak selesa terutamanya apabila terkena cahaya matahari.
Lapisan konjunktiva pada kelopak mata biasanya membengkak (giant papillae).
Keadaan ini sekiranya berterusan boleh menyebabkan luka pada lapisan kornea mata (shield ulcer).
Luka pada lapisan kornea akan menyebabkan pesakit berasa sangat tidak selesa, mata berair dan berasa lebih selesa apabila memejam mata.
Luka ini perlu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada mata.
- Pencegahan dan rawatan
Ibubapa dinasihati supaya mengenalpasti punca-punca alergi kepada anak-anak mereka. Punca-punca alergi ini berbeza dari satu individu ke individu yang lain.
Seterusnya, elakkan anak-anak terdedah secara langsung kepada punca-punca tersebut. Langkah pencegahan ini penting bagi mengelakkan situasi yang kronik dan keadaan mata yang tidak selesa untuk tempoh masa yang lama.
Contohnya, sekiranya bulu kucing menyebabkan gejala alergi mata terjadi ke atas anak anda, jangan membela kucing sebagai binatang peliharaan di rumah.
Jangan menggunakan pewangi tertentu sekiranya bahan tersebut menyebabkan mata anak anda menjadi lebih merah, berair dan gatal-gatal.
Dapatkan pemeriksaan awal di klinik yang mempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi (mata), sama ada di klinik kerajaan atau klinik swasta.
Pengesahan diagnosis yang tepat oleh doktor mata adalah penting bagi menentukan anak anda mengalami penyakit alergi mata dan bukannya penyakit-penyakit mata lain yang mungkin boleh menjejaskan keupayaan anak anda melihat kelak.
Ubat titis mata biasanya digunakan untuk merawat penyakit ini. Terdapat pelbagai jenis ubat titis mata untuk rawatan penyakit alergi mata di pasaran dan preskripsi ubat akan diberikan oleh doktor mata berdasarkan keadaan mata pesakit.
Rawatan susulan dengan doktor pakar mata yang konsisten (berkala) dan penggunaan ubat titis mata secara teratur amat penting bagi mengawal gejala-
gejala klinikal yang disebutkan di atas.
Ibu bapa dilarang daripada membeli ubat titis mata dari farmasi tanpa preskripsi doktor untuk merawat penyakit alergi mata.
Sesetengah ubat, contohnya ubat titis steroid, hanya boleh digunakan untuk tempoh masa yang singkat dengan pengawasan rapi oleh doktor mata.
Pesakit dikhuatiri menggunakan ubat tersebut untuk tempoh masa yang panjang dan berulang-ulang tanpa merujuk kepada doktor mata.
Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dalam bola mata meningkat dan berlaku kerosakan pada saraf mata, yang dikenali sebagai penyakit glaukoma akibat penggunaan ubat steroid.
Situasi ini boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Pesakit yang mengalami gejala alergi mata juga tidak digalakkan menggunakan kanta lekap. Penggunaan kanta lekap biasanya akan menyebabkan gejala-gejala alergi mata sukar dikawal dengan penggunaan ubat titis mata.
Pesakit yang mengalami masalah alergi mata dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi mengatasi masalah rabun penglihatan.

Selasa, 5 Oktober 2010

Isnin, 4 Oktober 2010

Kes-kes yang tidak digalakkan untuk melakukan seks ketika hamil

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

  1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
  2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
  3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
  4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
  5. STD atau penyakit seksual yang menular.


Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

Ahad, 3 Oktober 2010

Seks ketika awal kehamilan atau seks ketika hamil

Adakah nafsu seks anda meningkat apabila anda hamil? Ataupun seks adalah perkara yang terakhir di fikiran anda? Apa sekalipun jawapan anda, inilah perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai seks semasa hamil.

Adakah OK untuk mengadakan hubungan seks semasa anda hamil?
Selagi kehamilan anda dalam keadaan normal, anda boleh mengadakan hubungan seks seberapa banyak kali yang anda suka. Tetapi anda mungkin tidak selalu mahukannya. Pada trimester pertama mulanya, hormon anda akan naik-turun, keletihan dan rasa loya mungkin akan mengganggu keinginan seks anda. Semasa trimester kedua, aliran darah ke faraj dan payu dara anda akan meningkat dan ini mungkin menyalakan semula keinginan anda untuk seks. Tetapi pada trimester ketiga, tambahan berat badan, sakit belakang dan tidak keselesaan mungkin sekali lagi akan mengganggu keghairahan anda untuk seks.

Bolehkan seks semasa hamil menyebabkan keguguran?
Ramai pasangan bimbang seks semasa kehamilan akan menyebabkan keguguran, terutama sekali dalam trimester pertama. Tetapi seks bukan satu kebimbangan. Keguguran pada peringkat awal kehamilan biasanya berkaitan dengan chromosomal abnormalities atau masalah lain yang dihadapi bayi — tiada kena mengena dengan apa yang anda buat atau tidak buat. Namun, jika anda pernah mengalami keguguran, doktor anda mungkin akan menyarankan supaya mengelakkan seks sewaktu trimester pertama.

Adakah seks semasa hamil membahayakan bayi dalam kandungan?
Bayi anda yang sedang membesar didalam kandungan dilindungi oleh amniotic fluid dalam uterus anda, serta mucus plug yang melindungi cervix anda sewaktu kehamilan. Kegiatan seks tidak akan menjejaskan bayi anda.

Apa harus anda buat jika seks menjadi tidak selesa?
Memang normal jika anda mengalami kurang pelinciran semasa kehamilan kerana tahap hormon anda berubah. Ini boleh membuatkan seks menjadi tidak selesa. Penggunaan pelincir alternatif boleh membantu.

Haruskah suami anda menggunakan kondom?
Pendedahan kepada penyakit jangkitan kelamin (Sexually Transmitted Diseases) semasa kehamilan akan meningkatkan risiko jangkitan yang boleh menjejaskan kehamilan anda dan kesihatan bayi anda. Gunakan kondom jika suami anda dijangkiti penyakit kelamin.

Masih boleh seks oral?
Seks oral masih selamat semasa kehamilan. Tetapi awas! Jika anda menerima seks oral, pastikan suami anda tidak meniup udara kepada faraj anda. Memang jarang sekali berlaku, tetapi satu letusan udara mungkin akan menahan satu saluran darah — yang mungkin boleh mengancam nyawa anda dan bayi.

Semasa kehamilan, anda akan mengeluarkan discharge yang lebih, ini tidak merbahaya. Jika anda dan suami merasa terganggu oleh ini, anda boleh membasuh faraj anda sebelum memulakan seks.

Bagaimana dengan menggunakan jari untuk merangsangkan faraj (fingering)?
Boleh, tetapi anda harus memastikan jari suami anda dibersihkan dulu dengan sabun dan air. Jangan gunakan alkohol atau apa-apa bahan kimia untuk mengelakkan masalah pada faraj.

Bolehkah orgasma menyebabkan kelahiran pramatang?
Orgasma boleh menyebabkan pengecutan uterus. Tetapi rasa pengecutan ini adalah berlainan daripada rasa pengecutan apabila anda hendak bersalin. Jika anda sedang hamil dalam keadaan normal, orgasma — dengan atau tanpa persetubuhan — tidak akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Seks juga tidak akan mencetuskan kelahiran walaupun waktunya sudah hampir.

Perut anda semakin besar, apakah posisi seks yang terbaik semasa kehamilan?
Selagi anda selesa, kebanyakan posisi seks adalah OK semasa kehamilan. Anda boleh melakukan eksperimen posisi apa yang terbaik untuk anda. Biar kreativiti anda berkembang, selagi anda seronok dan selesa.

Artikel disumbang oleh Aidil & Anna dari sekshebat.com

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perkembangan Janin Minggu ke 4

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.
pregnancy cartoon

Fetal development in pregnancy week 4

Fetal development in pregnancy week 4: embryo in first month
By the end of this week the round and pointy ends of your little pear-shaped baby will be slightly more exaggerated and their body will look more like that of a miniature manatee. Despite your baby not looking particularly human without any eyes, ears or mouth, the earliest developments of what will become the larynx, internal ear, and eye lens are already forming, although you’d have to be a trained expert to recognize them for what they’re going to be in the future. Likewise, tiny bumps are forming on your little embryo which will eventually be their cute little arms, elbows, fingers, legs, knees and toes. What’s more your little swimmer will have a teeny tiny tail by the end of this week-- but don’t worry, it’s just the end of their developing spinal cord! A microscopic photo would reveal what seems to be their vertebrae filling out the spine and tail. Although they aren’t bones yet, but rather, the “bone seeds” that will give rise to your baby's tiny vertebrae, ribs and sternum.
And how's mom doing? This week is not unlike the previous weeks; your pregnancy symptoms may be increasing, as expected. In fact, the earliest symptoms of morning sickness may set in for some women at this time. The not-so-lovely symptoms run the normal flu gamut including: nausea and vomiting. Although this typically the whole reason for morning sickness: to clear your system of any toxic food by-products which—although fine for your adult stomach, could cause considerable harm to your baby’s newly forming digestive tract and other body systems occurs in the morning and resolves itself by midday, morning sickness can come at any time, day or night, so—for some of you, you’ll just have to make frequent stops throughout the day to kneel before the porcelain throne. In general, most pregnant women don’t experience morning sickness until their sixth week, but it never hurts to know what vomit-y fate may be awaiting you.
Morning sickness is due to several changes that are taking place in your body. First, you are now pumping out significantly larger amounts of estrogen and progesterone than normal, and your body is not used to this. Interactions between the hormones and your stomach result in the less-than-wonderful nausea. Also, your GI-tract is much more sensitive and some doctors theorize that this sensitivity is potentially the whole reason for morning sickness: to clear your system of any toxic food by-products which—although fine for your adult stomach, could cause considerable harm to your baby’s newly forming digestive tract and other body systems . If it helps, you could always think of the morning sickness as a baby-facilitated body cleanse.