Selasa, 29 Disember 2009

Membeli rumah baru (kondo)

1. Pastikan parking terletak di ground level atau 1st level. Kalo dapat yang 2nd level pastikan bumbung parking dengan bangunan bersambung
2. Jika ada plan nak berkereta lebih dari satu maka belilah parking terlebih dahulu kerana selepas siap rumah, harga parking pun akan sama naik.
3. Pastikan juga mana pondok guard. Ini kerana, jika rumah kita jauh dari pondok guard maka parking visitor juga jauh dari blok rumah.
4. Bandingkan ruangan rumah yang sebenar dengan show room. Jangan terlalu execited kadang-kadang show room menunjukkan rumah yang berlainan jenis dengan rumah yang kita akan beli. Tanya developer, besar mana living, master bedroom etc berbanding dengan showroom.
5. Jika ada perhiasan yang ingin digantung, pastikan perhiasan itu sudah ada semasa renovation dijalankan. Ini kerana dinding bagi setengah2 rumah kondo terlalu sukar untuk di drill. Jika diserahkan kepada orang yang buat renovation kita juga menjimatkan masa dan tenaga.
6. Pastikan rumah kita juga tidak mempunyai sistem paip yang bocor. Ini kerana, jika ada paip yang bocor, rumah kita akan kelihatan basah di bawah dinding. Kesannya mungkin akan kelihatan diseluruh ruang rumah walaupun kebocoran hanya di tandas.
Itu aje yang terfikir buat masa sekarang.... Nanti sambung lagi

Isnin, 28 Disember 2009

Rayuan untuk ke tingkatan 1 di sekolah asrama penuh

65 000 + orang murid yang mendapat 5A dalam UPSR namun hanya 6600 orang murid sahaja yang ditawarkan sekolah berasrama penuh. Walaupun adanya kelas rancangan khas di sekolah-sekolah terpilih tetapi kerajaan perlu kaji bilangan sekolah berasrama penuh berikutan kejayaan murid yang semakin meningkat. Oleh itu, murid-murid yang tidak berjaya ke tingkatan 1 di sekolah asrama penuh sila buat rayuan di sini sebelum 12hb Januari 2010.

Ahad, 27 Disember 2009

Pemohonan ke Tingkatan 4 di Sekolah Teknik/Vokasional

Bagi murid-murid lepasan PMR yang berminat untuk memohon ke tingkatan 4 di sekolah menengah teknik/vokasional boleh melakukannya sekarang sehingga 4 Januari 2010... Cepat

Isi maklumat anda di sini

Cari Jodoh (Wali Band)

http://www.youtube.com/watch?v=44dC-GjFMzc
Apa salahku
apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Back to ***

Download lagu

Jumaat, 25 Disember 2009

Kekurangan G6PD dan tahap bilirubin

"Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirubin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan.
Pada hari yang ke 3 selepas dilahirkan, kami membawa pulang bayi zaidah. Sepatutnya bayi G6PD ditahan selama 5 hari. Ini kerana family zaidah cakap boleh berubat secara traditional. Namun tindakan itu silap kerana selepas 2 hari dibawa pulang, bayi zaidah merupakan bayi yang paling baik sangat, tak menangis, tak menyusu hanya tidur aje. Last2 kami bawa ke emergency room di HUKM. Bila check tahap bilirubin setinggi 357.
Terus doktor masukkan ke NICU dan diberi 4 lampu sinar unggu dan kena tunggu selama sejam jika tahap bilirubin tidak turun akan dibuat permindahan darah (di pusat bayi). Alhamdulilah, tahap bilirubin bayi zaidah turun, tidak perlu permindahan darah.
Selama 5 hari bayi zaidah ditahan di NICU. Dan setiap 4 jam sekali tahap bilirubin bayi zaidah disemak. Sehingga selepas bayi zaidah keluar dari NICU dia mempunyai fobia bila kita pegang kaki dia. Ini kerana, selama 5 hari di NICU setiap 4 jam kakinya dicucuk untuk check bilirubin. kesian dia
Nasihat zaidah
Jika bayi anda bayi G6PD tunggu sahaja di hospital jangan balik awal seperti zaidah. Ini kerana, jika di hospital bayi anda dipantau.. Alhamdulilah bayi zaidah tidak mengalami sebarang komplikasi merbahaya. Sekarang sudah berumur 6 tahun pada Februari ini. Alhamdulilah.

Kenali penyakit G6PD

Kenali penyakit G6PD: "Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki. Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu."

bagi kes anak zaidah (perempuan) bagaimana boleh kena G6PD... kita huraikan..
Masa kita belajar bio dulu-dulu untuk mendapat anak lelaki kromosom X+Y. Di mana X disumbangkan dpd si isteri dan Y disumbangkan oleh si suami. Jika kromosom X itu kekurangan enzim G6PD maka anak lelaki itu dilahirkan sebagai bayi yang kekurangan G6PD.
Tapi...
Bagi kes anak zaidah perempuan mestilah kedua-duanya kromosom X+X. Ini bermaksud yang kedua-dua kromosom anak zaidah mengalami masalah kekurang G6PD. Ini kerana menurut doktor yang merawat anak zaidah, sekiranya hanya satu kromosom itu bermasalah anak zaidah tidak akan mengalami kekurangan G6PD. Kesimpulannya, kami suami isteri merupakan pembawa kekurangan enzim G6PD. Ini membuktikan bahawa tok nenek dulu kami pernah mengalami malaria dan kami mewarisi kekurangan enzim tersebut.

Apakah kesan kekurangan enzim ini kepada anak kita??? Samb kemudian..

Kekurangan (deficiency) G6PD

Anak sulung aku (perempuan) merupakan anak yang kekurangan G6PD. Pada mulanya aku takut sangat tapi bila dia aktif, kebimbangan ini makin berkurangan... Alhamdulilah, dari situ aku belajar apa itu G6PD....

G6PD - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas: "G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.
Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria."

Kenapa G6PD boleh ada pada anak kita?
kita sambung kemudian.......

Ikan Asam Pedas My Hubby

Bahan
1/2kg ikan pari
1 mangkuk air asam jawa
garam & gula secukup rasa
daun kesum
bendi (optional)
minyak

Bahan dikisar
15 batang cili kering
5 bawang besar
2 bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 s/b jintan manis
1 s/k lada hitan
1 inci belacan

Cara
1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak (jika mahu bahan kisar betul2 sedap, tumis sehingga garing - bahan kisar tersebut menjadi berketul-ketul. Tapi sentiasa jaga api supaya tidak hangus)
2. Masukkan ikan ke dalam bahan tumis yang telah garing dan gaul rata pelahan-lahan.
3. Masukkan air asam dan pelahankan api. Pastikan ikan tenggelam sepenuhnya. Jika dengan semangkuk ais asam jawa tidak tenggelam tambahkan lagi dengan air biasa.
4. Selepas kuah mendidih masukkan bendi, garam dan gula secukup rasa.
5. Selepas bendi masak masukkan daun kesum. Selepas 10 minit tutup api.

p/s: Ini adalah resepi yang hubby aku suka makan kalo masak asam pedas. Yang biasa tu hubby kata kureng skit... hehehehehe

Sabtu, 21 November 2009

XTVT malam cuti sekolah...

Malam ni aku dgn hubby + kakak melepak kat platinum walk. Lepak kat Anera Coffee. Tiap2 malam sabtu dan ahad ada live band. dah 2 minggu aku ngan hubby lepak kat sini malam2 live band. Hubby aku cukup minat ngan benda2 ni.. aku layankan aje...

Ahad, 13 September 2009

Semalam penuh dengan kebuntuan

Semalam aku ditugaskan oleh hubby aku untuk masak sebagai balasan kepada jiran depan rumah aku... Jiran depan rumah aku ni pak arab... sebelum tu, (hari Jumaat) diaorang telah memberi kami juadah berbuka puasa yang canggih. Tapi sorry seperti biasa aku lupa nak ambik gambo. Ada kurma, buah betik, halwa, kuih (macam kuih kapal terbang/tiram tapi disire dengan air gula) dan main coursenya nasi arab. sedap... aku terkejut gile masa bunyi loceng.... tgk2 pak arab berdiri siap ngan dulang. aku gabra panggil hubby yang tengah berehat.

jadik semalam aku pun masak la.... menu yang terpilih adalah.... ikan merah masin masak lemak nenas, sotong berlada, kuih sagu dan muffin coklat kukus. Itu menu yang aku bagi kat 2 jiran aku... 1 jiran depan rumah (pak arab) 2 jiran blok a (kak zaida).... heheheheheee... dan seperti biasa takde gambonya...

Selamat menjalankan ibadah puasa semua...

Sabtu, 22 Ogos 2009

1st Day Puasa

Hari ni hari pertama puasa. Aku masak ikan siakap 3 rasa. Sayur masak lemak, ikan goreng dan talam pisang.

Aku berbangga apabila anak sulung aku yang berumur 5 tahun 6 bulan dan 6 hari berjaya berpuasa hingga sekarang (pukul 6 petang). InsyaAllah dia akan berpuasa penuh hari ini. Ini kerana berkat didikan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Dia telah diterapkan oleh guru supaya berpuasa penuh. Kami sebagai ibu bapa sentiasa memberi sokongan yang padu. Terima kasih jugak kat My Hubby sebab bersabar dengan kerenah kakak yang sentiasa merengek minta macam-macam. Malah berjaya membawa kedua-dua anak aku ke taman untuk menghilangkan rengetan nak makan dan minum dari kakak... Aku harap anak aku kekal menjadi seorang anak yang solehah.
Aqil juga turut berpuasa nasi. Dia hanya minum susu dan makan roti. Tidak meragam dan hanya bermain dengan kakak. Aku harap dia membesar dengan sihat dan bijak pandai macam kakak juga. Sekarang ni pun dia selalu membuli kakaknya. Semoga semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehan. Supaya nanti aku dan hubby tua diaorang boleh bela dan jaga dengan baik. Amin...

Rabu, 15 Julai 2009

Cite Kakak Bersukan

Awal Julai hari tu kakak ada sukan pasti daerah gombak... dengan bangganya anak aku tu masuk semua acara... gila kuasa betul (tapi anak aku memang terror macam mak dia jugak... wakakakaka... puji diri sendiri nampaknya aku ni)....


Aku malas nak cite panjang2 sebab mood nak bloging ni tak datang lagi... mood main game aje yang lebih... aku paste aje gambar... untuk korang layan... lain kali aku update lagi....

Ahad, 19 April 2009

Rumahku Syurgaku


ini kad acess nak masuk ke lobby lift.... Sesapa nak masuk ke lift then naik ke rumah aku kena ada kad ni.... kalo takde korang kena tunggu sesapa yang ada kad datang.... Payah gak nak masuk.


Ni lak kad parking kete... kalo takde kad ni palang pagar kat pondok guard tak naik... korang tak leh sesuka masuk dan parking kete macam rumah flat... jadik parking kita takkan ada orang lain datang parking.... hubby aku suka la sebab dia ni stress skit kalo parking takde... Dulu2 masa duduk kuartes aku yang pening dengar dia merungut pasal petak parking... sekarang takdo lagi dah....


Rumah aku dipasang grill berkonsepkan taman... wakakakaa... Konsep bunga ros...


Ingat rumah aku blok c tingkat 12 rumah no 5.... jadik la C-12-5


ini adalah tempat masak aku.... tapi aku amat la jarang memasak di dapur ini. mostly maid aku la yang guna....


Ini kawasan wet kicthen aku... bersepah skit... belum habis berhias...


ini ruang tamu yang simple... hehehehhe... Tema hitam dan putih... sila abaikan minah yang tengah nyenyak lena di sofa bed itu... hehehehee....


ini meja makan yang simple...


ini adalah reclyner hubby.... hanya dia sorang yang suka lepak atas kusi ni.. aku lebik baik lepak atas katill.... tido pun nyenyak dari atas kusi ni... hehehehehee...


set shower aku....

pemandangan dari balkoni rumahku...... Belakang wakaf yg dekat swimming pool tu kete hubby aku... mazda astina hijau... hehehehee... besarkan skit mata....

taman permainan dan gelenggang tenis

pemandangan yang kitaorang nampak bila berdiri di balkoni.... ada sekolah SMK Taman Danau Kota, SK Taman Danau Kota 2 dan beberapa rumah flat dan apartment....

Jumaat, 6 Mac 2009

Aku bakal berpindah rumah

Rumah yang aku ngan hubby beli dengan titik peluh sendiri bakal siap di renovate... Maka dengan berdebar-debar dan gedik aku akan berpindah ke rumah sendiri... BESTNYE!!!!!!!!! Aku tak sangka kami telah mempunyai rumah sendiri... Hehehehee.... AKu sekarang tenagh gedik melihat sofa dan set bilik tido untuk kami... hahahahahaa...
Hubby aku lak gedik meninjau warna-warna yang sesuai untu bilik dan seluruh rumah aku... Hehehehehee....

Khamis, 5 Mac 2009

Isteri

Aku pening kepala nak tolong suami aku... aku dah la paling tak suka buat web site.... suruh dia buat dalam localhost dulu... pastu baru upload kat web browser... boleh kan...