Jumaat, 25 Disember 2009

Ikan Asam Pedas My Hubby

Bahan
1/2kg ikan pari
1 mangkuk air asam jawa
garam & gula secukup rasa
daun kesum
bendi (optional)
minyak

Bahan dikisar
15 batang cili kering
5 bawang besar
2 bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 s/b jintan manis
1 s/k lada hitan
1 inci belacan

Cara
1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak (jika mahu bahan kisar betul2 sedap, tumis sehingga garing - bahan kisar tersebut menjadi berketul-ketul. Tapi sentiasa jaga api supaya tidak hangus)
2. Masukkan ikan ke dalam bahan tumis yang telah garing dan gaul rata pelahan-lahan.
3. Masukkan air asam dan pelahankan api. Pastikan ikan tenggelam sepenuhnya. Jika dengan semangkuk ais asam jawa tidak tenggelam tambahkan lagi dengan air biasa.
4. Selepas kuah mendidih masukkan bendi, garam dan gula secukup rasa.
5. Selepas bendi masak masukkan daun kesum. Selepas 10 minit tutup api.

p/s: Ini adalah resepi yang hubby aku suka makan kalo masak asam pedas. Yang biasa tu hubby kata kureng skit... hehehehehe

Tiada ulasan: