1. Pastikan parking terletak di ground level atau 1st level. Kalo dapat yang 2nd level pastikan bumbung parking dengan bangunan bersambung
2. Jika ada plan nak berkereta lebih dari satu maka belilah parking terlebih dahulu kerana selepas siap rumah, harga parking pun akan sama naik.
3. Pastikan juga mana pondok guard. Ini kerana, jika rumah kita jauh dari pondok guard maka parking visitor juga jauh dari blok rumah.
4. Bandingkan ruangan rumah yang sebenar dengan show room. Jangan terlalu execited kadang-kadang show room menunjukkan rumah yang berlainan jenis dengan rumah yang kita akan beli. Tanya developer, besar mana living, master bedroom etc berbanding dengan showroom.
5. Jika ada perhiasan yang ingin digantung, pastikan perhiasan itu sudah ada semasa renovation dijalankan. Ini kerana dinding bagi setengah2 rumah kondo terlalu sukar untuk di drill. Jika diserahkan kepada orang yang buat renovation kita juga menjimatkan masa dan tenaga.
6. Pastikan rumah kita juga tidak mempunyai sistem paip yang bocor. Ini kerana, jika ada paip yang bocor, rumah kita akan kelihatan basah di bawah dinding. Kesannya mungkin akan kelihatan diseluruh ruang rumah walaupun kebocoran hanya di tandas.
Itu aje yang terfikir buat masa sekarang.... Nanti sambung lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan