Jumaat, 25 Disember 2009

Kenali penyakit G6PD

Kenali penyakit G6PD: "Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki. Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu."

bagi kes anak zaidah (perempuan) bagaimana boleh kena G6PD... kita huraikan..
Masa kita belajar bio dulu-dulu untuk mendapat anak lelaki kromosom X+Y. Di mana X disumbangkan dpd si isteri dan Y disumbangkan oleh si suami. Jika kromosom X itu kekurangan enzim G6PD maka anak lelaki itu dilahirkan sebagai bayi yang kekurangan G6PD.
Tapi...
Bagi kes anak zaidah perempuan mestilah kedua-duanya kromosom X+X. Ini bermaksud yang kedua-dua kromosom anak zaidah mengalami masalah kekurang G6PD. Ini kerana menurut doktor yang merawat anak zaidah, sekiranya hanya satu kromosom itu bermasalah anak zaidah tidak akan mengalami kekurangan G6PD. Kesimpulannya, kami suami isteri merupakan pembawa kekurangan enzim G6PD. Ini membuktikan bahawa tok nenek dulu kami pernah mengalami malaria dan kami mewarisi kekurangan enzim tersebut.

Apakah kesan kekurangan enzim ini kepada anak kita??? Samb kemudian..

Tiada ulasan: