"Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirubin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan.

Pada hari yang ke 3 selepas dilahirkan, kami membawa pulang bayi zaidah. Sepatutnya bayi G6PD ditahan selama 5 hari. Ini kerana family zaidah cakap boleh berubat secara traditional. Namun tindakan itu silap kerana selepas 2 hari dibawa pulang, bayi zaidah merupakan bayi yang paling baik sangat, tak menangis, tak menyusu hanya tidur aje. Last2 kami bawa ke emergency room di HUKM. Bila check tahap bilirubin setinggi 357.
Terus doktor masukkan ke NICU dan diberi 4 lampu sinar unggu dan kena tunggu selama sejam jika tahap bilirubin tidak turun akan dibuat permindahan darah (di pusat bayi). Alhamdulilah, tahap bilirubin bayi zaidah turun, tidak perlu permindahan darah.
Selama 5 hari bayi zaidah ditahan di NICU. Dan setiap 4 jam sekali tahap bilirubin bayi zaidah disemak. Sehingga selepas bayi zaidah keluar dari NICU dia mempunyai fobia bila kita pegang kaki dia. Ini kerana, selama 5 hari di NICU setiap 4 jam kakinya dicucuk untuk check bilirubin. kesian dia
Nasihat zaidah
Jika bayi anda bayi G6PD tunggu sahaja di hospital jangan balik awal seperti zaidah. Ini kerana, jika di hospital bayi anda dipantau.. Alhamdulilah bayi zaidah tidak mengalami sebarang komplikasi merbahaya. Sekarang sudah berumur 6 tahun pada Februari ini. Alhamdulilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan