Semalam aku ditugaskan oleh hubby aku untuk masak sebagai balasan kepada jiran depan rumah aku... Jiran depan rumah aku ni pak arab... sebelum tu, (hari Jumaat) diaorang telah memberi kami juadah berbuka puasa yang canggih. Tapi sorry seperti biasa aku lupa nak ambik gambo. Ada kurma, buah betik, halwa, kuih (macam kuih kapal terbang/tiram tapi disire dengan air gula) dan main coursenya nasi arab. sedap... aku terkejut gile masa bunyi loceng.... tgk2 pak arab berdiri siap ngan dulang. aku gabra panggil hubby yang tengah berehat.
jadik semalam aku pun masak la.... menu yang terpilih adalah.... ikan merah masin masak lemak nenas, sotong berlada, kuih sagu dan muffin coklat kukus. Itu menu yang aku bagi kat 2 jiran aku... 1 jiran depan rumah (pak arab) 2 jiran blok a (kak zaida).... heheheheheee... dan seperti biasa takde gambonya...
Selamat menjalankan ibadah puasa semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan