Khamis, 11 Disember 2008

Padang Besar

Kami ke Padang Besar melalui Cuping... Luas mata memandang ladang tebu... Tapi beberapa tahun lagi tak dapat lagi aku tengok pemandangan macam ni sebab diorang tengah gantikan ladang tebu ke ladang getah. Lepas ni hutan getah la pulak.


Aku, hubby dan adik semasa sampai2 di Padang Besar. Betul2 lunch time. Jom carik tempat makan.

Aku jumpa air botol fanta. Kat Malaysia jarang aku jumpa air macam tu. Dah la botol kecik aje. tulis fanta dalam bahasa yang difahami dan lagi satu bahasa thai yang tak difahami.

Dah dekat2 dengan siam, makan tengah hari pun mestila masakan siam. Tomyam seafood, kailan ikan masin dan telur dadar. Kalo kat tempat lain malam2 baru dapat menu macam ni. Tapi kat padang besar ni adalah menu sarapan, lunch dan dinner. Wakakakaka... Aku sukeeee!
Tapi sorry yer takde gambar kawasan shopping. Masa tu dah rambang mata tak dan nak snap gambar. Nanti kalo aku pakai blouse yang aku beli aku tempek kat sini. Wakakakaa....

Tiada ulasan: