Rabu, 24 Disember 2008

Best...

Aku baru dapat semalam... Ansuran.. Wakakakaka... Aku nak jahit baju aku pi keje, jahit baju sekolah kakak etc...
Projek aku yang pertama dengan mesin ni adalah DIY tudung... tapi abaikan jahitan yang sengit benget tu sebab aku salah jahit... aku jahit dada dulu baru jahit atas tudung tu yang susah skit tu... hehehehe.. biasa la amatur...

Saja

Aku punya...
fun quiz for myspace profile and blog

Hubby lak
fun quiz for myspace profile and blog

Selasa, 23 Disember 2008

KAD BANK

Pengumuman...
Kad bank (atm) aku hilang... Waaa... waa.... Dah blok kad. Tapi kena tunggu 1 week (jer ajer) dulu baru dapat kad baru...

Jom Heboh Bukit Jalil

OTW ke tempat makan. Aku tak masak, maka jom jalan2 carik makan.

Makan Pizza Hut. Gambo pizza tak dan nak ambik lapo beb...

Dah sampai jom heboh.. Apa hubby ngan adik intai?? musykil aku... nak kena tengok gak ni.


La... rupaya minah2 ni ke! Seksi siot, sampai 2 jejaka aku tu dok terintai2.



Dah puas mengintai lepak bawah payung hotlink la pula....



Adik naik moto bomba penyelamat... Padahal papa dia yang nak naik tapi malu, letakkan anak aje. Wakakakaka...


Adik dan belon Jom Heboh....


Ok dah nak balik jom lalu kat MyTV3....
Tak best la... sama aje macam yang dulu2... takde kelainan. Aku pi pun sebab gatal, boring dok rumah. Jalan2 sejam, shopping keropok ngan air terus aku ajak balik. Boring sebab tempat yang ada artis ramai sangat orang. Pening kepala aku. Baik balik aje... tiap2 tahun macam tu sampai takde langsung peluang nak beramah mersa ngan artis (mesra ke?)

Seharian di Batang Kali

Hari Sabtu lepas, hubby ajak ke Batang Kali nak repair kete dia. Aku layankan aje walaupun malas... Lama giler seh. setengah hari aku kat Batang Kali sampai lenguh tulang belakang menunggu... Memula repair kete, pastu repair aircond pastu pasang alarm. Malas nak cite panjang, layankan gambar aje la...
OTW ke Batang Kali. (My Lil' Family tak cukup lagi, Kakak kat kampung)

Adik ngan papa show them thooths....

1st sampai batang kali Makan dulu... yang bestnya duduk bersila lagi...


Harus ada, Aku yang poyo


Ni masa tunggu kete kena repair...

MY 1st DIY tudung

Model yang dipaksa memakai tudung walaupun tak sesuai (sbb lelaki). Jenuh gak aku nak pasangkan tudung tu kat dia. Wakakakaka...

Rabu, 17 Disember 2008

15.12.2008 - 6th Wedding Anniversary

HAri Isnin lepas wedding anniversary aku yang ke enam hidup dengan hubby. Semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Takde apa yang istimewa sangat. Sambutan simple aje. Dinner kat luar. Pas dinner balik sebab aku penat. Baru balik dari Johor.

Untuk Hubby : Eda sayang abang dari dulu, kini dan selamanya. Semoga kebahagian kita kekal hingga ke akhir hayat. Jangan curang tau. Heehehehehee... Luv u so much

Kenduri Udin ngan Hani

Aku balik kampung sebabnya nak attend kenduri sedara aku, Kenduri Uda. Anak dia kawin si Udin.





Balik Kampung... oooo... balik kampung Johor

Sorry lama tak update. Aku balik kampung Johor pada 12.12.2008 (Jumaat). Hanya aku ngan Aqil aje yang balik. Kakak masih di Kedah. Tak nak balik sejak Raya HAji hari tu. Hubby lak kat Genting. Dia tak nak ikut sebab nak rest, masih penat kenduri raya haji hari tu. dah la masa pegi dan balik dia drive sorang2. Sian lak kat hubby.

Bekalan baju aku ngan aqil. Penuh satu beg.


Sebelum bertolak aku mesti snap gambar blouse yang aku baru beli kat padang besar hari tu.

Jauh lagi perjalanan...


Aku yang poyo memandu berseorangan untuk kali pertama.


Dah sampai, Landing time... wakakakaakaa penat

Kenduri Keluarga HAji Abdullah

Keadaan masa kenduri. Meriah dan ramai orang yang ada. Bayangkan adik beradik MIL ada 9 orang. Ada anak saudara yang majoriti tak kurang 4 orang dalam satu family. Pastu cucu-cucu lak yang ada pada setiap anak-anak. MEsti tak terkira meriahnya. Aku pun seronok aje. Ialah family aku hanya 2 oarng adik beradik. MAk lak hanya ada 3 oarang adik beradik. JAdik family aku tak sebesar MIL punya family. JAdik bila ramai2 banyak cite yang leh kita dengar. Tak dengar lagi speaking Siam. Wakakakaka...


Di keadaan tempat masak. Ini semua adik beradik kita orang. TAkde orang lain. semua sedara belaka.


Mesti ada gambar anak2 aku


Aku, kakak, SIL (maksu) dan Aqil

SIL (maklang)

MIL tengah basuh daging

Jumaat, 12 Disember 2008

Raya Haji

Raya Haji kali ni kat Kedah. Pagi2 aku bangun tapi tak pi sembahyang raya pun. Anak2 aku sapa nak jaga. Kalo bawak kang bukan boleh gak nak sembahyang. Takut2 bukan aje aku yang terganggu sembahyang raya tah2 satu masjid terganggu dengan jerit pekik anak2 aku. FIL, MIL, BIL, 2SIL dan hubby semua sembahyang kat masjid berdekatan dengan kampung. Aku hanya dengar takbir aje. Lepas diorang balik dari sembahyang, kita orang terus makan masakan MIL. Nasi Tomato dan Ayam masak merah. Ada jugak lemang dengan kari daging. Semua tu aku tak dan nak sanp. LAgipun malu ngan FIL. Wakakaka... Lepas makan MIL aku terus ajak kita orang pi melawat Tok Wa. Kami layankan aje



Ini gambar Tok Wa ngan adik. Tok wa ni kena strok. Sebelum kena strok dia ni la yang dok jaga aku masa dalam pantang kakak. PAstu dia ni yang selalu lepak kat rumah MIL. Pada aku la, dia la pengganti tok kepada aku. Arwah tok kena strok lama dah, jadi sejak aku nikah ngan hubby aku memang kureng sikit ngan arwah tok. Jadik Tok Wa la macam tok aku. Masa si kakak sebok aje menangis dala pantang dia la yang pangku. Lagipun dia ni mengingatkan aku kepada arwah mak. Al FAtihah untuk arwah mak.

Khamis, 11 Disember 2008

Padang Besar

Kami ke Padang Besar melalui Cuping... Luas mata memandang ladang tebu... Tapi beberapa tahun lagi tak dapat lagi aku tengok pemandangan macam ni sebab diorang tengah gantikan ladang tebu ke ladang getah. Lepas ni hutan getah la pulak.


Aku, hubby dan adik semasa sampai2 di Padang Besar. Betul2 lunch time. Jom carik tempat makan.

Aku jumpa air botol fanta. Kat Malaysia jarang aku jumpa air macam tu. Dah la botol kecik aje. tulis fanta dalam bahasa yang difahami dan lagi satu bahasa thai yang tak difahami.

Dah dekat2 dengan siam, makan tengah hari pun mestila masakan siam. Tomyam seafood, kailan ikan masin dan telur dadar. Kalo kat tempat lain malam2 baru dapat menu macam ni. Tapi kat padang besar ni adalah menu sarapan, lunch dan dinner. Wakakakaka... Aku sukeeee!
Tapi sorry yer takde gambar kawasan shopping. Masa tu dah rambang mata tak dan nak snap gambar. Nanti kalo aku pakai blouse yang aku beli aku tempek kat sini. Wakakakaa....

Makan Bihun Sup Utara

Hari Sabtu lepas tido2... Aku rasa lapar sangat. Jadik aku goda hubby ajak pi makan bihun sup utara. Best giler. Dah la sedap murah pulak. Bukti mengatakan bahawa harga makanan di Kedah lagi murah, cuba tengok papan putih kat belakang hubby dan adik. Siakap 3 rasa RM12 sahaja. Kalo kat KL pasti RM25++ kan???


Bihun yang telah habis aku dan hubby sental. Adik pun suka gak.

Gambar dua jejaka tercinta dalam hidup aku. Pertama Mohd Radzi (hubby) dan kedua Muhammad Naufal Aqil (adik).