Khamis, 17 Mac 2011

Menjawab persoalan....

Pinky said...
akak, saya berminat sangat dengan cerita akak...i pun teringin nak ada twins...i baru je kehilangan my baby at 7 weeks....akak makan clomid untuk apa? dulu akak dapat negatif test kan, lepas tu dapat positif ke?
Tq pinky sebab sudi baca blog akak.... Akak pun tak sangka akan dapat twins... Pinky jangan sedih sangat sebab akak pernah 2 kali kehilangan pertama pada tahun 2008 (6weeks) dan terbaru 2010 (9weeks)... Memang sedih coz kita dah mengharap tapi itu ketentuan Ilahi... Pinky dikira bertuah kerana sac keluar secara natural... Akak kedua-duanya D&C....
Betul akak ambik clomid kerana selepas D&C 6 bulan (2010) akak masih tak mengandung lagi. Jadi akak jumpa gynea akak minta clomid dos yang paling rendah. Gynea pada mulanya memang x kasi coz dia tahu akak subur tapi akak minta gak coz dah lama sangat tunggu. Anak yang kecik pun dah 4 tahun masa tu. jadik akak pujuk gynea bagi clomid untuk akak gak... Clomid ni fungsinya menghasilkan telur (ovum) lebih dari 1. Jadi kemungkinan untuk mengandung lebih tinggi... tapi prosesnya rumit sebab selepas kita makan clomid kita perlu follow up setiap bulan di gynea untuk memastikan ovari kita tidak stress.... Kalo ovari stress mcm2 boleh berlaku... salah satu yang paling dirisaukan adalah ovari kita boleh pecah. Semasa jumpa gynea dia akan buat TVS kat kita (scan ikut bawah tu).... masa tu dia akan kira berapa telur yang dihasilkan. Jadi masa tu jugak gynea akan nasihatkan untuk bersama dengan suami atau perlu datang beberapa hari kemudian... Alhamdulilah, semasa akak di scan semuanya normal dan gynea nasihat supaya terus bersama dengan suami selepas balik dari klinik... Tapi masa tu xde mood... sebab tu akak kena makan 2 cycle... 1st cycle x melekat pun. 2nd cycle baru la bertuah.... Bila 6 weeks scan masa tu gynea sahkan akak mengandung kembar... Tetapi gynea advice jangan mengharapkan sangat sebab ada kes twin tetapi tak selamat salah satu atau kedua-duanya. Tapi hubby akak dah over excited coz dia memang dah lama nak tambah baby. Akak aje yang x mau coz sebelum ni akak sambung belajar...
Sejak 2010, akak memang every month akan check upt coz mengharapkan sangat mengandung. Kalo lewat sehari pun akak akan check. Menang biasa dapat result -ve..... tapi masa mengandungkan twin ni.... result upt samar2 sangat... sampai hubby kata hormon aje kot... tapi Alhamdulilah memang rezeki kami.... Akak kalo dah -ve tu kompem -ve.... tak pernah lak dari -ve jadik +ve....
Akak harap Pinky bersabar ye... akak pun masa lepas kawin 6 bulan kosong.... Ni pinky baru 8 bulan berkahwin... InsyaAllah ada rezeki nanti.. Pinky bertuah gak sebab dah pernah mengandung... Cuba lagi ye sayang....

Isnin, 7 Mac 2011

Twin A (26weeks + 3 Days) 4D scan



Ni video 4D scan Twin A. Memang nampak clear muka dia.
Video twin B akan di upload kemudian... Tungguuuuu......

Sabtu, 5 Mac 2011

26Weeks+3Days 3D Scan di Vision College

Pertengahan Februari hari tu aku sebok mencari klinik terdekat (di Setapak) ada buat 3D scan. Cari punya cari dapat la list beberapa klinik yang menyediakan 3D scan. Namun harganya boleh tahan mahal. Last-last aku try call Vision College sebab dari member2 maya katanya dalam RM90 aje. Jadi aku pun call dan clerk dia bagi date 5hb Mac 2011 hari Sabtu. Kira ok la tu sebab time cuti leh la hubby hantar aku. Kalo tak payah gak nak drive sendiri.

Maka hari ini, aku pepagi dah bersiap untuk ke Vision College. Pukul 9.45pagi kami bertolak ke Kelana Jaya. Aku tak tahu pun kat mana Vision College tu, yang aku tahu dia dekat2 dengan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Maka aku pun suruh la En Hubby drive kete terus ke Kompleks Tabung Haji (itu pun kami ingat2 lupa).... Sampai sana terus cari Giant lama coz Giant Besar Kelana Jaya pun ada gak. Last2 jumpa Vision College tu.

Memula isi form dulu. Tunggu dalam 15 minit, sampai turn aku. Aku diarahkan untuk berbaring. Memula sonographer ambik ukuran kedua-dua babies. Nak tengok berat dan umur mereka. Twin A beratnya 902 gram berusia 26weeks+1day.... Twin B beratnya 818gram berusia 25weeks+5days.... pembesaran mereka kecil sedikit dari umur sebenar. Beza beberapa hari... Tapi biasala sebab ruangan kecil dan mereka berdua berebut zat...

Sekarang kita tengok pulak gambar muka twin....
Twin A - hidung dan mulutnya sama macam Nana (kakak) dan Aqil (abang)

Twin B pemalu sikit sebab duduk belakang badan twin A. Asyik sembunyikan muka dia. Tapi hidung dan mulut tetap sama.

Video dorang akan diuplaod kemudian sebab lambat sikit prosesnya sebab nak masukkan dalam youTube.... Tunggu!!!!!

Bayaran untuk 3D/4D scan di Vision College bagi single baby hanya RM90 sahaja. Namun bagi aku bayarannya di up kan menjadi RM100. Kira oklah beza RM10 aje... Prosedurnya memang lama dan sonographer memang banyak membantu untuk mendapatkan gambar muka babies yang terbaik. Memang tip top coz bayaran murah dan prosesnya juga lama...... Siap dapat CD untuk dibawa pulang. Leh tunjukkan pada ahli keluarga yang lain....

Jumaat, 4 Mac 2011

Ini cerita dah lapuk tapi nak masukkan gak... En Hubby telah bermurah hati untuk belanja makan di JM Beriani. Sedap!!!! Hilang gak rasa rindu kat Johor coz ada air sirap bandung ais krim soda.... Semua makan dengan berseleranya.




Samb: Saat Kelahiran Anak Sulungku

Dah berkurun nak sambung tapi x jugak bersambung....
hari ni gagahkan hati untuk sambung kembali.....
Aku sambung tidur bila sampai kat rumah. Dalam pukul 9 pagi aku jaga balik then terus ajak hubby pi Poliklinik Permata jumpa dengan Doktor Hjh Asmah. Tunggu turn, aku masa tu orang ke 3. Masuk-masuk jumpa doktor aku bagitau yang abdomen aku belah atas sakit sejak malam tadi. Aku tanya tu tanda2 nak bersalin ke sebab semua member aku cakap kalo nak bersalin sakit kat bawah abdomen macam senggugut. Aku takde lak sakit macam tu. Doktor Hjh Asmah pun suruh aku baring atas katil then dia buat VE.... Itu kali pertama aku kena VE, tp doktor Hjh Asmah gentle dan slow aje. Tak sakit pun. Dia pun check rupa-rupanya dah 3cm terbuka.... Wah, tapi aku tak rasa sakit macamana yang kawan2 aku ceritakan. Terus Doktor Hjh Asmah bagi surat refer ke HUKM.. Sebab memang aku ada appointment kat sana...
Sampai2 HUKM bagi surat refer then call kak Khadijah (mak anak murid aku, dia nurse kat situ). Terus kena buat CTG... Tinggi nurse kata, puan tak sakit ke? aku rasa macam ok aje. Takde la sampai nak meraung tu takde la... masih boleh tahan. Terus doktor kat O&G tu pecahkan air ketuban aku dan aku pun disorong ke labor room. Aku di tempatkan di bilik no. 4. Masa tu, lapar gile tapi bila dah masuk labor room mana leh makan. Aku diikat dengan pelbagai wayar... Tangan kiri kanan ada drip. Tak lama kemudian datang nurse tanya aku nak ke tidak epidural? Apa benda alah la pulak tu. Nurse tu pun terangkan. 2/3 orang datang pujuk suruh aku ambik epidural. Aku yang takde pengalaman terus setuju. Maka tak lama lepas tu datang pakar bius. Aku pun diberikan epidural. Aku masuk Labor room dalam pukul 12.00 tengahari, sepanjang tu asyik aje ada doktor datang buat VE, check bukanya pintu rahim aku. Hensome lak doktor tu, yang paling tak leh tahan namanya sama macam nama hubby.
Dalam pukul 5.00 petang rahim aku dah terbuka 7cm. Nurse kata lagi 2/3 jam lagi la baru aku bersalin. Aku x rasa sakit walaupun sekumit pun. Sebok baca paper dan Majalah Mingguan Wanita. Hehehehehe.... orang lain asyik terjerit-jerit, aku lak relax aje.... Pukul 5.45 petang nurse datang then dorang terkejut coz dah nampak kepala anak aku di panggal faraj aku. Terus dorang suruh aku teran. Alamak nak teran macamana????? Takde pengalaman dan aku takde rasa apa2 langsung. Dorang paksa jugak kata dia kalo aku tak teran anak aku akan lemas... Teran la aku, tapi nurse kata aku salah teran.... Alamak!!!! Then apa lagi maka dengan paksarela kulit aku di tetas oleh doktor (3 lapis). Dengan sikit tolakkan maka keluarlah puteri sulung ku. Kuat sungguh suara dia menangis. Suami aku paling excited.... Lepas tu doktor jahit luka aku lama jugak.
Aku sepanjang mengandung memang HB low maka masa melahirkan anak aku tu, aku tumpah darah. Selepas 1 jam dipantau, aku dibenarkan balik ke wad. Itu la pengalaman melahirkan anak pertama aku.....

Jumaat, 11 Februari 2011

Saat Kelahiran Puteri Sulung Kesayanganku...

15hb Februari 2004
Ada jemputan kahwin. Kenduri kakak pada kawan aku (Fiza) di AU Keramat. Aku makan nasi minyak dengan jayanya. Siap bertambah lagi. Pastu balik rumah lepak-lepak aje... Malamnya aku rasa x sedap perut, rasa tak puas bila buang air kecik. Selang sejam aku berulang ke tandas. Sampai pukul 12 tengah malam baru aku lena tertido selepas beberapa kali ke tandas.

16hb Februari 2004
Pukul 5.30 pagi aku terjaya sebab bahagian atas abdomen aku sakit sangat. Hubby lak cakap nak bersalin kot, tapi aku due lambat lagi... EDD aku 28/2/2004.... masih ada 2 minggu lagi dan berdasarkan pengalaman kawan kalo belom EDD pastinya kena halau balik dari hospital... Jadik aku pun tengok TV sebab nak menghilangkan rasa sakit tu.... Dalam pukul 6 lebih (pagi) aku x tahan sakit atas abdomen tu. Hubby pun ajak ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).... yang lawaknya hubby dah sampai HUKM tapi tak tau nak drop aku kat mana... Jadik aku ajak la dia balik.... Sampai rumah sakit dah hilang then aku pun sambung tido....

Sorry x dapat sambung cerita coz aku betul2 mengantuk... Sambung esok la ye.... Bye

Khamis, 10 Februari 2011

Dah besar anak sulung mama.....

Lagi 6 hari, anak sulung mama akan berusia genap 7 tahun. Tujuh tahun dulu pelbagai pengalaman yang telah kami berdua (mama&papa) hadapi untuk membesarkan anak sulung kami dengan sempurna.
Papa
Begitu excited dengan kelahiran anak sulungnya... Malah pernah cakap dengan mama sayangnya dia pada anaknya 200%.... Pada mama yang melahirkan anaknya hanyalah 99%.... Kesian mama, tapi itu salah satu cara papa menunjukkan sayangnya dia pada anaknya itu..
Mama
Semasa kakak kecil lagi mama adalah mama yang garang. Kakak pasti kena marah atau pukul (pukul2 manja). Ini kerana mama rasa dari kecil mama kena didik anak mama supaya berdisplin. Alhamdulilah, sekarang anak mama adalah anak yang memang baik walaupun kekadang moody gak... Mama rasa cukup senang menjaga kakak dan kakak seorang anak yang begitu berdikari. Alhamdulilah...
Kat sini mama nak abadikan saat-saat mengandungkan kakak....
Selepas 6 bulan mama & papa berkahwin, Alhamdulilah akhirnya mama mengandungkan kakak. Orang paling excited semestinya papa... Segala mala makanan yang x sihat tak dibenarkan makan. Semasa mengandungkan kakak, Alhamdulilah mama x ada sebarang alahan yang teruk. Alahan manja2 ada.... Contoh alahan yang sampai sekarang turut mempengaruhi kakak adalah semasa mengandungkan kakak mama x suka makan nasi. Tapi bihun dan mee mamak sahaja yang lalu untuk masuk ke tekak mama. X muntah kalo makan nasi tapi nasi tu rasa x sedap... Jadi setiap harilah mama dan papa makan di kedai Mamak NZ Wangsa Maju.
Dan setiap malam mesti mama bermimpikan seorang tua berdiri di sebalik dinding dan menenung mama dengan tenungan yang menakutkan. Matanya besar. Sampai sekarang mama x boleh lupakan wajah orang tua itu. Semasa mengandungkan kakak juga mama x begitu rasa pergerakkan kakak dalam kandungan mama. Mama hanya rasa bila kakak sedu di dalam perut mama.
Semasa 7 bulan, mama mimpi yang mama melahirkan anak tanpa tangan, esoknya juga mama ajak papa ke klinik untuk scan kakak.... hahahahahaha.... Masa 7 bulan juga mama jatuh dari kerusi sebab masa tu mama sebok mengemas rumah... Alhamdulilah, keperempuanan kakak terselah dari dalam kandungan lagi. Mama suka memasak dan mengemas semasa mengandungkan kakak. Sekarang kakak dah tunjukkan skill kakak mengemas dan membantu mama mencuci pinggan.... Heheheheheehe....
Rasanya itu aje pengalaman mengandung kakak yang dapat mama kongsikan kat sini.... Esok mama akan sambung bagaimana prosese kelahiran kakak pula.

Ahad, 6 Februari 2011

Kek Batik/Puding Batik Biskut Marie


Bahan-bahan :

40 keping biskut Marie
5 sudu mentega
3 sudu MILO
1/4 tin susu krimer pekat manis
1 biji telur
1/2 cawan air
3 sudu besar koko
2 sudu gula
sedikit emulco coklat (x letak pun sbb xde)

Cara Membuatnya :
1. Panaskan mentega dan 1/2 cawan air hingga mentega itu cair.Gunakan api perlahan.
2. Masukkan milo,susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
3. Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
4. Masukkan biskut marie yang telah dibelah 4. Kacau hingga semua biskut basah.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inci atau 9 inci. Griskan dengan minyak atau lapik plastik.
6. Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk,tekan dengan plastik agar padat.
7. Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam.Setelah keras, bolehlah dipotong dengan pisau tajam.

Tips membuat puding/kek batik:
1. Biskut Marie hendaklah dipatahkan 4.Jangan terlalu kecil kerana tak nampak corak batiknya.
2. Mentega hendaklah dicairkan baru dimasukkan bahan-bahan yang lain.
3. Adunan hendaklah dikacau hingga pekat, baru masukkan biskut marie. Kacau sebentar saja supaya biskut marie tidak terlalu lembik.
4. Griskan loyang atau lapikkan dengan plastik agar mudah dikeluarkan.
5. Setelah menuang adunan ke dalam loyang, tekan perlahan dengan plastik supaya padat.
6. Biarkan puding suam baru masukkan dalam peti sejuk. Untuk cepat beku, masukkan dalam freezer atas selama 1 jam.
7. Setelah beku, potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

Rabu, 2 Februari 2011

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Mengandung

Hari ni aku kena minum air gula untuk memastikan aku tidak menghadapi gestational diabetes (diabetes ketika hamil).
Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Sapa yang kena minum air gula ni?
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
Bagaimana proses minum air gula
1. Kena berpuasa dari pukul 10 malam pada malam sebelum ke klinik
2. Pukul 7.30pagi kena dah ada kat klinik untuk ambil nombor giliran.
3. Apabila nombor giliran dipanggil, maka darah kita akan diambil sebanyak 5ml
4. Selepas tu, nurse akan bagi kita segelas air gula (mengandungi gula sebanyak 75 gram)
5. Selepas habis minum gula kena tunjuk kat nurse cawan kosong tu.
6. Nurse akan bagi tempoh 2 jam untuk tunggu, tapi x bagi balik. Kena tunggu di klinik sebab kalo balik bacaannya akan lari (kata nurse la)
7. Paras gula yang normal
Puasa <> Selepas minum air gula (selepas 2 jam) <>
8. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
Kesan Terhadap Bayi
1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Ahad, 2 Januari 2011

Orientasi Tahun 1 - Naurah Qistina binti Mohd Radzi

Hari ini Naurah Qistina bt Mohd Radzi, anak sulung aku memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Dia begitu teruja untuk menjalani persekolahannya. Aku sebagai ibu pun secara tak langsung kena bersiap-siap awal pagi bagi memastikan anakku makan sarapan dengan sempurna. Seawal pukul 6pagi aku telah menyiapkan roti sosej bertelur untuk anakku ini beserta air susu. Pukul 6.30pagi dia dengan sendirinya bangun tidur, tak perlu aku kejut pun. Papa hanya buka lampu, dia terus bangun dan cari aku di dapur. Dia juga yang mengetuk pintu bilik air menyuruh papanya cepat bersiap. Mandi dengan sendirinya tanpa disuruh... Alhamdulilah, semoga sifat ini berterusan sehingga la dia besar.
Pukul 7.15pagi, kami bertolak ke sekolah. Aqil pun teruja mengikut kakaknya ke sekolah. Papa dan mama yang lebih teruja. Dia sampai-sampai sekolah sakit perut pulak, gabra atau tak biasa makan awal pagi? Hehehehe... Aku bawa dia ke tandas. Selepas tu terus ok... beratur di Dataran Nilam, kelas 1G. Guru kelasnya Cikgu Sharwani. Secara kebetulan anak kawan aku, Kak Leha, Anis sekelas dengan Nana. Jadi dia seronok untuk belajar bersama-sama. tengok aje la senyuman yang terpancar di muka kedua-dua mereka. Alhamdulilah....
Balik2 rumah terus siapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Tanpa ada dalih dia dengan sendirinya membuat kerja tersebut. Bagus... Awal-awal semangat... Hehehehehe