Lagi 6 hari, anak sulung mama akan berusia genap 7 tahun. Tujuh tahun dulu pelbagai pengalaman yang telah kami berdua (mama&papa) hadapi untuk membesarkan anak sulung kami dengan sempurna.
Papa
Begitu excited dengan kelahiran anak sulungnya... Malah pernah cakap dengan mama sayangnya dia pada anaknya 200%.... Pada mama yang melahirkan anaknya hanyalah 99%.... Kesian mama, tapi itu salah satu cara papa menunjukkan sayangnya dia pada anaknya itu..
Mama
Semasa kakak kecil lagi mama adalah mama yang garang. Kakak pasti kena marah atau pukul (pukul2 manja). Ini kerana mama rasa dari kecil mama kena didik anak mama supaya berdisplin. Alhamdulilah, sekarang anak mama adalah anak yang memang baik walaupun kekadang moody gak... Mama rasa cukup senang menjaga kakak dan kakak seorang anak yang begitu berdikari. Alhamdulilah...
Kat sini mama nak abadikan saat-saat mengandungkan kakak....
Selepas 6 bulan mama & papa berkahwin, Alhamdulilah akhirnya mama mengandungkan kakak. Orang paling excited semestinya papa... Segala mala makanan yang x sihat tak dibenarkan makan. Semasa mengandungkan kakak, Alhamdulilah mama x ada sebarang alahan yang teruk. Alahan manja2 ada.... Contoh alahan yang sampai sekarang turut mempengaruhi kakak adalah semasa mengandungkan kakak mama x suka makan nasi. Tapi bihun dan mee mamak sahaja yang lalu untuk masuk ke tekak mama. X muntah kalo makan nasi tapi nasi tu rasa x sedap... Jadi setiap harilah mama dan papa makan di kedai Mamak NZ Wangsa Maju.
Dan setiap malam mesti mama bermimpikan seorang tua berdiri di sebalik dinding dan menenung mama dengan tenungan yang menakutkan. Matanya besar. Sampai sekarang mama x boleh lupakan wajah orang tua itu. Semasa mengandungkan kakak juga mama x begitu rasa pergerakkan kakak dalam kandungan mama. Mama hanya rasa bila kakak sedu di dalam perut mama.
Semasa 7 bulan, mama mimpi yang mama melahirkan anak tanpa tangan, esoknya juga mama ajak papa ke klinik untuk scan kakak.... hahahahahaha.... Masa 7 bulan juga mama jatuh dari kerusi sebab masa tu mama sebok mengemas rumah... Alhamdulilah, keperempuanan kakak terselah dari dalam kandungan lagi. Mama suka memasak dan mengemas semasa mengandungkan kakak. Sekarang kakak dah tunjukkan skill kakak mengemas dan membantu mama mencuci pinggan.... Heheheheheehe....
Rasanya itu aje pengalaman mengandung kakak yang dapat mama kongsikan kat sini.... Esok mama akan sambung bagaimana prosese kelahiran kakak pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan