15hb Februari 2004
Ada jemputan kahwin. Kenduri kakak pada kawan aku (Fiza) di AU Keramat. Aku makan nasi minyak dengan jayanya. Siap bertambah lagi. Pastu balik rumah lepak-lepak aje... Malamnya aku rasa x sedap perut, rasa tak puas bila buang air kecik. Selang sejam aku berulang ke tandas. Sampai pukul 12 tengah malam baru aku lena tertido selepas beberapa kali ke tandas.
16hb Februari 2004
Pukul 5.30 pagi aku terjaya sebab bahagian atas abdomen aku sakit sangat. Hubby lak cakap nak bersalin kot, tapi aku due lambat lagi... EDD aku 28/2/2004.... masih ada 2 minggu lagi dan berdasarkan pengalaman kawan kalo belom EDD pastinya kena halau balik dari hospital... Jadik aku pun tengok TV sebab nak menghilangkan rasa sakit tu.... Dalam pukul 6 lebih (pagi) aku x tahan sakit atas abdomen tu. Hubby pun ajak ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).... yang lawaknya hubby dah sampai HUKM tapi tak tau nak drop aku kat mana... Jadik aku ajak la dia balik.... Sampai rumah sakit dah hilang then aku pun sambung tido....
Sorry x dapat sambung cerita coz aku betul2 mengantuk... Sambung esok la ye.... Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan