Dah berkurun nak sambung tapi x jugak bersambung....
hari ni gagahkan hati untuk sambung kembali.....
Aku sambung tidur bila sampai kat rumah. Dalam pukul 9 pagi aku jaga balik then terus ajak hubby pi Poliklinik Permata jumpa dengan Doktor Hjh Asmah. Tunggu turn, aku masa tu orang ke 3. Masuk-masuk jumpa doktor aku bagitau yang abdomen aku belah atas sakit sejak malam tadi. Aku tanya tu tanda2 nak bersalin ke sebab semua member aku cakap kalo nak bersalin sakit kat bawah abdomen macam senggugut. Aku takde lak sakit macam tu. Doktor Hjh Asmah pun suruh aku baring atas katil then dia buat VE.... Itu kali pertama aku kena VE, tp doktor Hjh Asmah gentle dan slow aje. Tak sakit pun. Dia pun check rupa-rupanya dah 3cm terbuka.... Wah, tapi aku tak rasa sakit macamana yang kawan2 aku ceritakan. Terus Doktor Hjh Asmah bagi surat refer ke HUKM.. Sebab memang aku ada appointment kat sana...
Sampai2 HUKM bagi surat refer then call kak Khadijah (mak anak murid aku, dia nurse kat situ). Terus kena buat CTG... Tinggi nurse kata, puan tak sakit ke? aku rasa macam ok aje. Takde la sampai nak meraung tu takde la... masih boleh tahan. Terus doktor kat O&G tu pecahkan air ketuban aku dan aku pun disorong ke labor room. Aku di tempatkan di bilik no. 4. Masa tu, lapar gile tapi bila dah masuk labor room mana leh makan. Aku diikat dengan pelbagai wayar... Tangan kiri kanan ada drip. Tak lama kemudian datang nurse tanya aku nak ke tidak epidural? Apa benda alah la pulak tu. Nurse tu pun terangkan. 2/3 orang datang pujuk suruh aku ambik epidural. Aku yang takde pengalaman terus setuju. Maka tak lama lepas tu datang pakar bius. Aku pun diberikan epidural. Aku masuk Labor room dalam pukul 12.00 tengahari, sepanjang tu asyik aje ada doktor datang buat VE, check bukanya pintu rahim aku. Hensome lak doktor tu, yang paling tak leh tahan namanya sama macam nama hubby.
Dalam pukul 5.00 petang rahim aku dah terbuka 7cm. Nurse kata lagi 2/3 jam lagi la baru aku bersalin. Aku x rasa sakit walaupun sekumit pun. Sebok baca paper dan Majalah Mingguan Wanita. Hehehehehe.... orang lain asyik terjerit-jerit, aku lak relax aje.... Pukul 5.45 petang nurse datang then dorang terkejut coz dah nampak kepala anak aku di panggal faraj aku. Terus dorang suruh aku teran. Alamak nak teran macamana????? Takde pengalaman dan aku takde rasa apa2 langsung. Dorang paksa jugak kata dia kalo aku tak teran anak aku akan lemas... Teran la aku, tapi nurse kata aku salah teran.... Alamak!!!! Then apa lagi maka dengan paksarela kulit aku di tetas oleh doktor (3 lapis). Dengan sikit tolakkan maka keluarlah puteri sulung ku. Kuat sungguh suara dia menangis. Suami aku paling excited.... Lepas tu doktor jahit luka aku lama jugak.
Aku sepanjang mengandung memang HB low maka masa melahirkan anak aku tu, aku tumpah darah. Selepas 1 jam dipantau, aku dibenarkan balik ke wad. Itu la pengalaman melahirkan anak pertama aku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan