Sabtu, 5 Mac 2011

26Weeks+3Days 3D Scan di Vision College

Pertengahan Februari hari tu aku sebok mencari klinik terdekat (di Setapak) ada buat 3D scan. Cari punya cari dapat la list beberapa klinik yang menyediakan 3D scan. Namun harganya boleh tahan mahal. Last-last aku try call Vision College sebab dari member2 maya katanya dalam RM90 aje. Jadi aku pun call dan clerk dia bagi date 5hb Mac 2011 hari Sabtu. Kira ok la tu sebab time cuti leh la hubby hantar aku. Kalo tak payah gak nak drive sendiri.

Maka hari ini, aku pepagi dah bersiap untuk ke Vision College. Pukul 9.45pagi kami bertolak ke Kelana Jaya. Aku tak tahu pun kat mana Vision College tu, yang aku tahu dia dekat2 dengan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Maka aku pun suruh la En Hubby drive kete terus ke Kompleks Tabung Haji (itu pun kami ingat2 lupa).... Sampai sana terus cari Giant lama coz Giant Besar Kelana Jaya pun ada gak. Last2 jumpa Vision College tu.

Memula isi form dulu. Tunggu dalam 15 minit, sampai turn aku. Aku diarahkan untuk berbaring. Memula sonographer ambik ukuran kedua-dua babies. Nak tengok berat dan umur mereka. Twin A beratnya 902 gram berusia 26weeks+1day.... Twin B beratnya 818gram berusia 25weeks+5days.... pembesaran mereka kecil sedikit dari umur sebenar. Beza beberapa hari... Tapi biasala sebab ruangan kecil dan mereka berdua berebut zat...

Sekarang kita tengok pulak gambar muka twin....
Twin A - hidung dan mulutnya sama macam Nana (kakak) dan Aqil (abang)

Twin B pemalu sikit sebab duduk belakang badan twin A. Asyik sembunyikan muka dia. Tapi hidung dan mulut tetap sama.

Video dorang akan diuplaod kemudian sebab lambat sikit prosesnya sebab nak masukkan dalam youTube.... Tunggu!!!!!

Bayaran untuk 3D/4D scan di Vision College bagi single baby hanya RM90 sahaja. Namun bagi aku bayarannya di up kan menjadi RM100. Kira oklah beza RM10 aje... Prosedurnya memang lama dan sonographer memang banyak membantu untuk mendapatkan gambar muka babies yang terbaik. Memang tip top coz bayaran murah dan prosesnya juga lama...... Siap dapat CD untuk dibawa pulang. Leh tunjukkan pada ahli keluarga yang lain....

1 ulasan:

('',)pzAEdy~ berkata...

sis, vission college tu kat mana ye ??