ok... aku akan perkenalkan vitamin-vitamin yang disarankan oleh doktor/nurse untuk aku makan semasa aku mengandung. Aku rasa semua ibu2 mengandung pun akan dapat vitamin ni semasa dorang mengandung...
Botol pertama (warna pink) itu ialah Calcium Lactate Tablet. Nurse kata sebab aku mengandung kembar jadik aku kena ambik supplement kalsium yang lebih walaupun aku boleh minum susu. Sebabnya 2 babies akan ambik kalsium aku untuk pembentukkan tulang2 dorang. Jadik aku perlukan lebih kalsium.
Botol kedua (warna biru) ialah Ferromed. Aku memang dah dari 1st pregnant ada sejarah Hb low... Semasa deliver yang sulung aku siap tumpah darah lagi. Hubby aku cakap 1 besen nurse dok tadah darah aku... 2nd nasib baik x jadik macam tu... Jadik aku kena makan la vitamin ni.
Botol ketiga ialah asid folic yang doktor gynea aku bagi (doktor private), walaupun dah dapat asid folik dari Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-kanak Pasar Gombak. aku tetap makan vitamin ni sebab sayang kalo x makan. Entah kenapa sejak mengandung babies ni aku suka sangat makan ubat. X mcm mengadung yang dulu2 tu.
Papan ubat 1 (warna biru) tu adalah vitamin B Complex. Untuk bagi aku tenaga. Kalo x aku ni lemah semacam aje...
ptu Asid Folic. Untuk tumbesaran babies dan memastikan rahim aku cukup kuat untuk menampung babies.
Inilah 5 biji vitamin yang setiap hari aku telan untuk babies dalam rahim aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan