Pencapaian kakak dalam Bahasa Melayu boleh dibanggakan, namun pengguasaan Bahasa Inggeris pula boleh dikatakan dalam peringkat sederhana. Oleh itu, semasa cuti ini kami (aku dan hubby) memberikan penekanan lebih kepada Bahasa Inggeris. Sebelum ini kakak telah menguasai Siri 1 Buku Ladybird Key Words. Semalam (21-11-2010) dia menguasai Siri 2 Buku Ladybird Key Words. Sekarang dia masih menyiapkan Buku Ladybird Key Words siri 2C, dalam buku ini dia perlu mengeja dan menulis perkataan yang pernah dia baca dalam buku siri 2A dan 2B. Tetapi kami menukar pendekatan dengan memberi dia peluang mengeja dan menaip perkataan di dalam aplikasi Microsoft Word. Jadi dia lebih berminat berbanding menulis di dalam buku tulis. Papanya juga mengambil peluang itu untuk memperkenalkan aplikasi tersebut kepada kakak supaya dia tahu apa itu Save, Close, Print, New Page dan bermacam lagi.
Ini pula bahan belajar Aqil. Bahan ini mama buat sendiri dengan mengikut beberapa bahan rujukan yang ada. Alhamdulilah, Aqil memberi kerjasama yang baik kerana selepas dia belajar dia boleh bermain game di komputer. Sebelum ini, apabila diajak membaca atau belajar bersama kakak pasti dia menangis dan meraung tidak mahu turut serta. Dalam cuti ini pula dia begitu memberi perhatian dan kerjasama yang baik. Alhamdulilah. Mari lihat apa yang Aqil dah buat...
Boleh tahan la jugak
Kali kedua menulis nama, semakin cantik dan kemas
Aktiviti memperkenalkan bentuk huruf a dan bunyi huruf a, aaaa..... Kemahiran dan teknik menulis huruf a kecil mengikut garisan
menulis huruf a di atas badan ayam menggunakan pelbagai warna
maze menikut huruf a untuk membantu anak ayam berjumpa dengan ibu ayam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan