Isnin, 22 November 2010

Aktiviti semasa cuti

Sekarang ni sudah bermula cuti sekolah. Jadik aku telah menetapkan jadual untuk Naurah Qistina (kakak) dan Muhammad Naufal Aqil (Aqil) untuk penggunaan komputer bagi membolehkan mereka bermain game. Jadual mereka juga melibatkan jadaul belajar/study bagi kakak dan Aqil. Dengan ada jadual ni mereka tidaklah mengadap komputer 24jam. Simple aje jadualnya, masa belajar pada pukul 3.00 petang - 4.00 petang dan juga 7.30mlm - 8.00mlm.... Seronok gak bila adanya jadual sebab boleh tengok ketepatan masa anak-anak aku sendiri menguruskan waktu bermain mereka. Mereka secara automatik akan memberhentikan permainan game apabila tiba masa yang ditetapkan. Alhamdulilah

Tiada ulasan: