Kebanyakan ibubapa mengharapkan anak sulung mereka lelaki, tapi aku bersyukur dan bertuah bila Allah mengurniakan aku anak sulung perempuan. Walaupun baru berusia 6 tahun tapi dia tahu keadaan kesihatan aku yang tidak berapa mengizinkan ini... Jadi pasti dia akan membantu aku setiap hari semenjak bibik takde.. Rutinnya memastikan semua pinggan atau gelas dibasuh termasuk juga botol susu adiknya. Selepas itu, dia akan mengambil vakum untuk vakum seluruh rumah... Walaupun kecil dia gagah menarik vakum untuk memastikan semua habuk disedut. Habis satu rumah dironda dengan vakum hitamnya.
Adik pula ditugaskan untuk mengutip semua mainan yang bertaburan di lantai dan mengemas sofa. Adik akan meyusun semua bantal sofa seperti yang biasanya bibik dia susun... Walupun merungut tetapi si kecik akan membuatnya juga. Aku bersyukur sangat sebab contoh dari kakaknya menurun kepada si adik. Dia pasti akan mengemas dan kemudiannya duduk di sofa tanpa membuat sepah kembali.
Apabila semuanya dah siap dikemas, aku sebagai ibu pastinya akan memberi mereka sedikit ganjaran yang memang dinantikan oleh mereka berdua. Pagi ini aku sediakan sarapan sosej dan telur goreng kegemaran mereka. Dah penat mengemas pastinya mereka makan dengan penuh selera. Aku pun seronok melihatnya...Bantuan mereka tidak habis disitu sahaja.. Selepas mandi kakak pasti membantuku menyidai pakaian yang telah aku basuh. Dia juga ditugaskan mengemas dan menyimpan baju yang telah aku lipat. Adik pun kena melakukan tugas itu sebab mereka kena menyimpan baju masing-masing ke dalam laci baju mereka.
Alhamdulilah, semua anak aku rajin dan bekerjasama... Semoga sifat mereka kekal hingga ke besar. Amin....