Rabu, 1 September 2010

Percubaan Pertama - Clomid 50mg

Bulan lepas aku mula period pada 2hb. Aku mula makan clomid pada hari ke-tiga hingga ke-7.. Aku makan clomid 50mg... Makan setiap hari sebelah malam sebab setiap kali aku ambik clomid kepala berpusing. Jadi disyorkan makan malam sebab terus tido jadi effect dia tak teruk sangat. Semasa pengambilan clomid aku takde rasa apa-apa.. Hanya akan pening sedikit selepas beberapa ketika menelan pil clomid.

Selepas ke hari ke 12 aku rasa sakit dan penuh di bahagian bawah abdomen kiri dan kanan. Sepatutnya aku kena buat TVS tapi aku tak pergi sebab bulan puasa... Tak pasal-pasal terbatal puasa aku. Jadik aku ngan hubby terus aje bergiat mencuba sehingga hari ke-15. Aku sentiasa positif dengan diri.


Sehingga hari ke 28, aku masih tidak didatangi period. Aku telah membeli pregnant test dan telah menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun, keputusannya negatif. Sehingga hari ke 31 aku masih tidak didatangi period. Aku mencuba sekali lagi menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun aku hampa.... Tetap negatif juga resultnya...

Dan petang tadi selepas seharian aku berpuasa, tepat pukul 7.12pm aku period.... Ya Allah, besar sungguh dugaan. Rezeki yang ditunggu tidak juga tiba. Dan puasa ku terbatal sebelum 10 minit lagi untuk berbuka... Aku terus mesej suamiku tentangnya. Dia terus menelefon aku dan mengatakan bahawa rezeki kami belum tiba.. Bersabar la..

Tiada ulasan: