Sabtu, 4 September 2010

Al-Fatihah

Aku ni anak angkat bagi arwah mak aku... Aku masih punya mak kandung dan 2 orang mak tiri. Abah kandung aku juga masih hidup. Semalam, arwah bapak tiri aku meninggal dunia selepas 17 tahun berkawin dengan mak aku. Umur pakcik 71tahun. Aku yang duduk di KL kelam kabut balik. Suami bagi mak kandung aku aka bapak tiri aku. Aku sepatutnya balik walaupun bukan mereka memelihara aku. Sebab dalam Islam Mak dan Abah tetap wali waris aku yang sah.

Aku selepas bersahur terus pergi ke Gelang Patah dengan baju putih dan bertudung putih. Namun aku x sempat untuk berjumpa arwah. Aku sampai pukul 10.45pagi. Arwah selamat dikebumikan tepat pukul 10.00 pagi. Memang bukan rezeki aku untuk menatap wajah arwah kali terakhir.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, JB pada pukul 2.05am. Sebab kematian yang tercatat di dalam permit menguburkan ialah Nstemi with cardiogenic shock.

Al- Fatihah....

Tiada ulasan: