Khamis, 2 September 2010

Mempermainkan arah Kiblat

Selain daripada video Malaikat di Mekah, terdapat juga satu video yang menunjukkan seorang pompuan (tapi tak pasti) yang memakai baju kurung dan bertudung bersembahyang... Dahla tidak memakai telekung seperti biasa, bersembahyang di atas sejadah.

Perempuan itu rukuk menghala ke kiblat tetapi apabila tiba waktu sujud, dia sujud membelakangkan kiblat (arah bertentangan kiblat). Walaupun mungkin videonya hanya untuk membuat lawak, namun arah kiblat tidak patut dipermainkan. Dia perlu tahu yang kaum kafir zaman dahulu juga sujud membelakangkan kiblat. Ya Allah...

Sekarang ni manusia membuat video tanpa memikirkan sensetiviti agama. Ingat, walaupun lawak dan unik tapi benda2 macam tu telah dilakukan oleh orang kafir terdahulu...

Tiada ulasan: