Rabu, 13 Julai 2011

perkembangan Aneesa & Aleesya

Lagi 5 hari si kembar Aneesa dan Aleesya berusia 2 bulan. Kejab aje. Kalo mama cuti 60 hari pasti mama dah kena bersedia untuk naik keje. Nasib baik mama ambik cuti 90 hari. Ada lagi 35 hari mama boleh mengulik twin. Mama seronok sangat dengan perkembangan si twin sekarang ni.

Aleesya aka adik
Dah boleh tinggal kalo mama atau kak ila buat keje. Bagi puting dan letak dalam playpen dia akan baring sambil menggerakkan tangan dia. Bila dah boring baru berbunyi minta mama/kak ila yegur dia kejab. Lepas dah tegur atau agah kejab, dia akan tenang dan boleh di tinggalkan. Tahu-tahu dia dah tertidur dengan sendirinya. Lepas dah tido kena meniarapkan kalo tak tido kejab aje.
Selain tu, Aleesya murah dengan senyuman terutama dengan papa. Aleesya memang dari dalam tummy mama lagi dah menunjukkan gaya yang dia anak papa. Dulu dalam tummy kalo papa panggil mesti respon baik, sekarang lak kalo papa agah senang-senang aje dia senyum. Tapi kalo dengan mama payah sikit. Memang anak papa betul.

Aneesa aka uda
Aneesa merupakan anak manja mama. Asyik nak mengempeng. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Kena berteman, kalo tak mesti nangis kuat. Tak berapa suka puting/kopek. Kalo bagi mesti mengamuk. Suka kat nipple mama aje. Bila malam taknak minum susu formula langsung. Nak breastfeed aje. Mama suka-suka sebab orang lain tak leh sangat nak jaga dia. Mama aje yang boleh BF dia... hehehehehehe
Bila tengok sesuatu mesti fokus sampai kekadang juling mata dia... hehehe.. suka tido dalam baby carrier sebab nak selalu dengan mama. Bila mama nak masak mama masukkan dalam carrier then bawa dia ke dapur, masak sama-sama.





2 ulasan:

Pinky berkata...

so cutelar anak2 akak...kak uplod gambar dieorang banyak2 lar.....seronok tgk kt die org.....
:))

Zaidah berkata...

Ok Pinky... nanti akak upload lagi